Wednesday, November 30, 2016
3225) RIBUAN ETNIK ROHINGYA BERHIMPUN PROTES KEKEJAMAN KEATAS SAUDARA MEREKA – ONLINE MERDEKA – 25/11/2016
MO, 25/11/2016, KUALA LUMPUR – Perhimpunan demonstrasi untuk etnik Rohingya diadakan di segenap negara tidak ketinggalan juga di Malaysia. Ribuan etnik Rohingya yang berada di Malaysia berhimpun dan mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur.
Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik bersama mengadakan perhimpunan mewakili rakyat Malaysia untuk menghantar memorandum bantahan kepada kedutaan Myanmar di ibu negara petang tadi.
Himpunan yang turut disertai ratusan warga Myanmar yang menetap di Malaysia itu telah berkumpul selepas solat Jumaat di hadapan masjid bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak sebelum berarak ke kedutaan Myanmar.
Antara NGO yang hadir Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) dan Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Gerakan Baju Merah V2 dan Pas.
Etnik Rohingya beragama Islam dilaporkan ditindas dan dizalimi dengan kejam, mengakibatkan beribu-ribu penduduk berkenaan meninggalkan kampung halaman bagi mengelak daripada menjadi mangsa kekejaman yang didakwa melibatkan tentera negara itu.
Rakyat Malaysia petang ini menyatakan solidariti mereka berarak dalam hujan mengutuk kekejaman junta tentera Myanmar.
Lebih 1,000 orang menyertai Himpunan Aman Solidariti Bebaskan Rakyat Myanmar Etnik Rohingya mengambil bahagian berarak ketka cuaca hujan lebat selepas solat Jumaat.
Tunjuk perasaan anjuran NGO dan parti politik itu menuntut supaya kekejaman dan pembersihan etnik terhadap kaum Rohingya dihentikan.
Terdahulu, solat hajat diadakan sejurus sembahyang Jumaat. Turut menyertai bantahan kezaliman junta tentera Myanmar itu adalah Unit Amal di bawah Pas yang mengawal pergerakan himpunan.
Himpunan tersebut juga menyaksikan peserta membawa sepanduk mengutuk kekejaman terbaharu tentera dan penduduk Buddha Myanmar membakar rumah, merogol wanita Rohingya dan membunuh orang awam.
Mereka berkumpul di hadapan Menara Tabung Haji sejurus selepas solat Jumaat sekitar jam 2.00 petang sebelum berarak menuju ke kedutaan Myanmar di Jalan Ampang bagi memprotes pembunuhan saudara dan rakan mereka oleh penguasa negara itu.
Peserta demonstrasi berarak kira-kira 2.6 kilometer sambil membawa sepanduk mengecam kekejaman kerajaan Myanmar, dan juga gambar-gambar mangsa yang dibunuh dengan kejam.
Ada di antara mereka yang berarak sambil berteriak-teriak menyatakan rasa kecewa dan sedih dengan nasib yang menimpa saudara-mara mereka itu.
Salah seorang peserta demonstrasi menyatakan beliau cukup sedih apabila diberitahu bahawa semua 17 anggota keluarga mati di bunuh di Arakan.
“Keluarga saya 17 orang mati dibunuh oleh tentera zalim dan orang Buddha, saya tak dapat cari mereka tapi akhirnya saya dapat tahu mereka mati dibunuh.
“Tidak ada siapa dengar suara kami, kami ibarat semut, kami tak ada nilai dalam dunia ini, dia perlakukan kami seperti semut,” kata beliau dengan nada sebak.
Beliau mendakwa kezaliman dilakukan ke atas etnik Rohingya kerana mereka menganut agama Islam.
“Kami tak pernah timbulkan kekacauan dan kami tidak ada senjata. Kami hanya mahu keamanan,” katanya.
Pada himpunan petang ini tiga orang peserta turut ditahan kerana berada di luar kawasan yang dibenarkan. Seorang daripada tahanan itu juga berkali-kali cuba mencederakan dirinya dengan menghentakkan kepalanya ke pagar besi di lori polis.
Manakala seorang lagi berteriak dengan menyatakan dirinya tidak bersalah dan Islam agamanya.
Perhimpunan petang tadi juga disertai oleh rakyat Malaysia daripada ahli parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan yang kemudiannya cuba menyerahkan sebanyak lima memorandum kepada keduataan Myanmar.
Antara memorandum itu adalah daripada Gerakan Baju Merah V2, PAS, Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS) dan Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).
Bagaimanapun semua memorandum itu hanya dapat diserahkan kepada pengawal keselamatan di kedutaan Myanmar.
Hadir sama pada himpunan petang tadi adalah Ketua gerakan Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos.
Etnik Rohingya beragama Islam dilaporkan ditindas dan dizalimi dengan kejam, mengakibatkan beribu-ribu penduduk berkenaan meninggalkan kampung halaman bagi mengelak daripada menjadi mangsa kekejaman yang didakwa melibatkan tentera negara itu.
Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2016
(883)
-
▼
November
(69)
- 3231) "TANGISAN ROHINGYA SIAPA DENGAR" - WARTAWAN ...
- 3230) HENTI AMBIL PEKERJA MYANMAR: NGO – BERITA HA...
- 3229) BOIKOT PREMIS TANDA PROTES KEKEJAMAN – HARIA...
- 3228) HENTI AMBIL PEKERJA MYANMAR – UTUSAN MALAYSI...
- 3227) HENTIKAN PENGAMBILAN PEKERJA MYANMAR -NGO – ...
- 3226) BOIKOT: DARIPADA OLIMPIK KEPADA PIALA AFF – ...
- 3225) RIBUAN ETNIK ROHINGYA BERHIMPUN PROTES KEKEJ...
- 3224) ORANG RAMAI BANTAH KEKEJAMAN KE ATAS ETNIK R...
- 3223) ORANG RAMAI BANTAH KEKEJAMAN KE ATAS ETNIK R...
- 3222) RIBUAN ETNIK ROHINGYA BERHIMPUN PROTES KEKEJ...
- 3221) BOIKOT: DARIPADA OLIMPIK KEPADA PIALA AFF – ...
- 3220) HENTIKAN PENGAMBILAN PEKERJA MYANMAR -NGO – ...
- 3219) SIDANG MEDIA : “GESAAN HENTI KEKEJAMAN OLEH ...
- 3218) HIMPUNAN KECAM, BANTAH PENINDASAN – BERITA H...
- 3217) PANTAU LESEN PEMAJU, SIJIL ARKITEK – PPIM – ...
- 3216) SIDANG MEDIA : “INDUSTRI PERBANKAN MENAFIKAN...
- 3215) HOW TO DIMINISH BERSIH – MALAYMAIL – 24/11/2016
- 3214) 48 PUTIH MATA, KONON DATUK TAWAR ‘DIPLOMA’ E...
- 3213) PENCERAMAH UNTUK PROGRAM INOVASI KURSUS MAKR...
- 3212) TEMU BUAL BERSAMA TOQQI DI DALAM PROGRAM PPI...
- 3211) MOHD. FARED PRESIDEN PBNK BAHARU – UTUSAN ON...
- 3210) KUMPUL MAKLUMAT ANGKAT KES – HARIAN METRO – ...
- 3209) KES PALING BESAR RM30 JUTA – SINAR HARIAN – ...
- 3208) AKADEMIK KELENTONG – HARIAN METRO – 22/11/2016
- 3207) ELAK JADI MANGA JUAL BELI ATAS TALIAN – 21/1...
- 3206) ANDA TANYA PPIM JAWAB – BERITA HARIAN – 20/1...
- 3205) TIMBANG CADANGAN RONDAAN WAJIB – HARIAN METR...
- 3204) BERSIH : GANGGU HIDUP RAKYAT – MINGGUAN MALA...
- 3203) SIDANG MEDIA: HUKUMAN BERAT UNTUK MENDERA AT...
- 3202) KEWAJARAN BENAR OPERASI CTOS DIPERSOAL - BER...
- 3201) RAKYAT MINTA TANGGUH CAJ BAHARU WAD KELAS 1,...
- 3200) SIARAN LANGSUNG RUANG BICARA : INTEGRITI NGO...
- 3199) MUDARAT MINYAK MASAK KITAR SEMULA – KOSMO – ...
- 3198) KETUA PPIM SANGKUT CTOS – BERITA HARIAN – 18...
- 3197) TEMUBUAL BERSAMA WARTAWAN BERITA HARIAN @ NS...
- 3196) SUDAH SAMPAI MASA SUBSIDI KEPADA WARGA ASING...
- 3195) MINYAK MASAK BERSUBSIDI 1 KG DALAM BOTOL - M...
- 3194) KPDNKK, PPIM BEKERJASAMA BANTERAS AHLONG, JU...
- 3193) KERAJAAN MAHU PERKENALKAN MINYAK MASAK SUBSI...
- 3192) SEKITAR FORUM PENGGUNA VI 2016 - 12/11/2016
- 3191) SHEIKH AHMAD DIANUGERAHKAN TOKOH KEBAJIKAN D...
- 3190) MINYAK SUBSIDI DALAM BENTUK BOTOL – SINAR HA...
- 3189) NAIK CAJ RAWATAN HOSPITAL KERAJAAN TAMBAH BE...
- 3188) PIKUL AMANAH KETUAI BRIGED PENGGUNA – HARIAN...
- 3187) PERTIMBANG SUBSIDI MINYAK DALAM BOTOL – HARI...
- 3186) ANDA TANYA PPIM JAWAB – METRO AHAD – 13/11/2016
- 3185) KURANG INTEGRITI PUNCA SINDIKET JUDI BERLELU...
- 3184) 10,000 RESTORAN SEDIA BERI DISKAUN – BERITA ...
- 3183) BEKALAN MINYAK MASAK DIJANGKA PULIH ESOK – B...
- 3182) NGOS URGE GOVERNMENT TO CREATE PRICE MECHANI...
- 3181) TAKUT JUMPA ALONG? ABANG PPIM SEDIA TEMANKAN...
- 3180) SIDANG MEDIA FORUM PENGGUNA PPIM 2016: DAHSY...
- 3179) MINYAK MASAK: PPIM CADANG GUNA SISTEM KUPON ...
- 3178) FORUM PPIM: KUPAS DUA ISU MENARIK – SINAR HA...
- 3177) USAH TUNGGU WABAK JE BERULANG – BERITA HARIA...
- 3176) SUBSIDISED COOKING OIL FOR HOUSEHOLD USE ONL...
- 3175) PENGUATKUASAAN BERTERUSAN TANGANI ISU MINYAK...
- 3174) BERI KUPON SUBSIDI – SINAR HARIAN – 8/11/2016
- 3173) KAJI MEKANISME SUBSIDI – SINAR HARIAN – 7/11...
- 3172) PPIM CADANG KUPON SUBSIDI MINYAK MASAK – UTU...
- 3171) SIDANG MEDIA – KEMELUT MINYAK MASAK – 5/11/2016
- 3170) PERLU PENGUATKUASAAN BERTERUSAN – SINAR HARI...
- 3169) KADAR DIVIDEN TINGGI MAMPU GALAK SERTAI AKAU...
- 3168) KPDNKK PERLU SEDIAKAN MEKANISME HARGA BAHARU...
- 3167) TELITI MEKANISME KAWAL HARGA – HARIAN METRO ...
- 3166) PPIM SARAN KERAJAAN KAJI SISTEM SUBSIDI – SI...
- 3165) FORUM BINCANG ISU PENGGUNA – HARIAN METRO – ...
- 3164) CIPTA MEKANISME KAWAL HARGA MINYAK – HARIAN ...
- 3163) BEKU AKAUN, DEDAH TRANSAKSI PNERIMA DANA GEO...
-
▼
November
(69)
No comments:
Post a Comment