Sunday, August 2, 2015

MESYUARAT AGUNG KALI PERTAMA PERDIM 2015


Mesyuarat Agung Pertama Persatuan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM) yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Dato' Seri Dr Hilmi bin Hj Yahaya telah berlangsung dengan jayanya di Palace of The Golden Horses, siang tadi.

AKTIVITI PPIM : Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan bersama Penasihat PPIM, Dato' Noorazman Idris turut menghadiri...
Posted by Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) on Friday, July 31, 2015
Diharap melalui Mesyuarat Agung pertama ini, PERDIM akan komited untuk terus berjuang dalam isu kesihatan rakyat Malaysia. Selain itu, semoga PERDIM mampu menjadi NGO yang digeruni.

Untuk pengetahuan, sebelum ini pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pernah bekerjasama dengan PERDIM  dalam mendesak kerajaan batalkan pengasingan hospital dgn farmasi, Namun isu tersebut masih belum diputuskan pihak kerajaan sehingga kini.

Akhir kata, admin kongsikan sedikit informasi untuk tatapan pembaca. Selamat membaca!


"PERDIM diilhamkan oleh beberapa pengamal perubatan umum di Malaysia yang melihat keperluan sebuah wadah bagi doktor-doktor perubatan moden yang beragama Islam untuk berinteraksi, bersuai-kenal, berbincang, bermuafakat dan seterusnya menyumbang idea dan keringat menyuarakan wacana mereka supaya agama Islam sentiasa seiring dengan peradaban perubatan moden di Malaysia.

Selain itu, Meskipun PERDIM baru mengorak langkah di persada perubatan moden di Malaysia, niatnya selari dengan persatuan-persatuan perubatan moden yang telah bertapak sekian lama, memperjuangkan nasib para doktor. Uniknya, PERDIM diilhamkan dan diterajui oleh kumpulan doktor yang secaranya pemilik klinik-klinik swasta di Malaysia. Oleh itu PERDIM dilihat sebagai pelengkap kepada persatuan-persatuan perubatan yang lain.

PERDIM komited mengembleng kepakaran para ahlinya meneraju tradisi ilmu perubatan moden tanpa melupakan tanggung-jawab mereka sebagai seorang Muslim.

Sumber: Wikipedia

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL