Monday, August 17, 2015

INFO #PPIM: KISAH SUKA DUKA PEMILIK RESTORAN DANGAU ANIS PUTERI CORNER


Penduduk di sekitar Pantai Dalam, Kuala Lumpur pasti sudah merasai sajian yang terdapat di restoran 'Dangau Anis Puteri Corner' ini bukan? 

Memang tak dinafikan bahawa hidangan yang disajikan di restoran ini sangat sedap dan berpatutan. Pada waktu makan tengahari, restoran yang memiliki hampir 200 meja ini akan penuh dan pelanggannya tidak berhenti silih berganti sehingga menu habis!

Tahukah anda, siapakah pemilik restoran ini?

Admin difahamkan, pemilik restoran ini adalah seorang wanita lewat 30-an yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Beliau memulakan perniagaan beliau dengan hanya satu 'kereta sorong' pada awal tahun 2000.

Sebelum memulakan perniagaan, beliau dan bekas suaminya berhijrah ke Kuala Lumpur dengan hanya berbekalkan wang belanja sebanyak rm50 sahaja. Mereka sama-sama menempuh kesusahan dan pernah dihalau dari rumah kerana tidak mampu mampu membayar wang sewa.

Kemudian, permohohonan pinjaman sebanyak RM2,000 dari Baitulmal telah diluluskan dan wang itulah yang digunakan untuk membayar kadar sewaan rumah baru mereka dan modal memulakan perniagaan ini.

Kini perniagaannya telah berkembang dan lihatlah sendiri hasilnya:





Admin kagum dengan semangat keusahawanan yang dimiliki wanita ini, bukan semua orang mampu bertahan sehingga berjaya mengecapi kejayaan seperti ini. Syabas!

*Banyak lagi tempat yang akan admin kongsikan selepas ini. InsyaAllah.


No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL