Monday, October 21, 2013
Sunday, October 20, 2013
Friday, October 18, 2013
Wednesday, October 16, 2013
932) ARTIKEL-Cuba Teliti Resit Anda!
Berapa kerapkah kita melihat resit selepas
apa-apa pembelian?
Mungkin kita acap kali terus sahaja
membuang resit tersebut tanpa melihatnya. Kecualilah jika ia selepas pembelian
yang mahal dan menggunakan kad kredit. Tetapi selalunya selepas kita berkunjung
ke 7-Eleven terdekat dan membeli setin minuman, atau menikmati ayam goreng di
KFC, adakah kita mengambil masa untuk melihat kembali resit pembelian dan
cuba untuk memahaminya?
Adakah anda sedar bahawa terdapat Cukai
yang mungkin selama ini kurang disedari oleh anda sebagai pengguna?
Adakah anda sedar yang anda telah hidup
dengan membayar Cukai ini sejak sekian lama?
Adakah anda tahu berapakah Cukai yang
dikenakan pada setiap pembelian?
Tidak dinafikan, semua Negara di dunia ini
mengutip cukai untuk menjana dana atau hasil untuk Negara. Cukai Perkhidmatan
ialah salah satu contoh cukai yang dikutip.
Sebagai pengguna, kita sepatutnya sentiasa
memberi perhatian kepada Cukai tersebut. Sebagai pengguna yang bijak, kita
sepatutnya sedar tentang Cukai yang dikenakan, kenapa dan mengapa Cukai ini dikenakan ke atas pembelian kita.
Pengguna yang bijak mempunyai hak untuk
mengetahui apakah Cukai yang dikenakan ke atas kita, apakah kadarnya dan kenapa
kita sebagai pengguna perlu membayar cukai tersebut. Kita perlu memahami
tanggungjawab kita sebagai pembayar cukai dan mengenali apakah barangan yang
dikenakan cukai dan apakah barangan yang tidak dikenakan cukai supaya kita
boleh membuat pilihan yang bijak semasa membeli.
Salah satu bentuk cukai ialah cukai jualan
yang umumnya pada kadar 10 peratus yang dikenakan ke atas kebanyakan barangan.
Kita tidak akan dapat lihat jumlah cukai jualan yang kita bayar untuk sesuatu
barangan itu sebab nilai cukai jualan itu telah dimasukkan ke dalam kos barangan
yang kita beli. Lebih menarik lagi apabila barangan ini melalui satu proses
jual beli daripada pengilang, pemborong, peruncit dan kepada pengguna nilai
cukai jualan ini akan bertambah disebabkan oleh faktor nisbah keuntungan oleh peniaga
peniaga tersebut. Akhirnya kita sebagai pengguna perlu membayar harga yang
lebih untuk barangan tersebut.
Apabila kita menikmati hidangan di cafe
pula, cukai perkhidmatan yang dikenakan ialah pada kadar enam peratus.
Kedua-dua cukai jualan dan cukai perkhidmatan
ini telah digunapakai sejak sekian lama dan tidak ramai yang ambil kisah
tentangnya. Kita menganggap kedua-dua bentuk cukai ini sebagai ‘normal’, atau
mungkin kita tidak tahu pun tentang bentuk cukai yang dikenakan sekarang.
Sepatutnya umum sedar yang Cukai Barang dan
Perkhidmatan atau GST yang dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi bukanlah
satu bentuk cukai yang baru, sebaliknya ialah sebagai pengganti kepada
bentuk-bentuk cukai yang telah digunapakai sejak sekian lama iaitu cukai jualan
dan cukai perkhidmatan. Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan ini akan
dimansuhkan dan di gantikan dengan GST.GST bukanlah cukai tambahan kepada
kedua-dua cukai tersebut.
GST merupakan satu sistem cukai yang lebih
adil, telus dan efisien.
Berita yang menarik bukan? GST adalah lebih
daripada itu, dan sebagai pengguna yang bijak anda patut memahami apa itu GST.
Salah satu cara untuk anda memahami GST adalah untuk melayari laman sesawang
pihak Jabatan Kastam di Raja Malaysia di www.gst.customs.gov.my
Selamat mencuba!!!!!
Friday, October 11, 2013
Tuesday, October 8, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2013
(400)
-
▼
October
(18)
- 935) Utusan Malaysia 20/10/2013 - Nyatakan jumlah ...
- 934) Utusan Malaysia18/10/13 - SPAD digesa buat ka...
- 933) HARIAN METRO 16/10/13-Dakyah Melayu Sesat
- 932) ARTIKEL-Cuba Teliti Resit Anda!
- 931) Malam amal raudhatus sakinah
- 930) IMkasih4U bakal lahir usahawan kesihatan
- 929) Sekalung Tahniah pada YH Dato' Noor Azman Idris
- 928) 8 Isu utama pengguna untuk tindakan Polis Dir...
- 927) Resolusi Pengguna Sempena Forum Pengguna III ...
- 926) Utusan Online - Tiada kaitan dengan pengganas
- 925) ABN News- Penemuan senjata api tiada kaitan p...
- 924) Utusan Online - Kerajaan Kelantan akui bil ai...
- 923) Bernama - Penemuan senjata api tidak mempunya...
- 922) Forum Pengguna III 2013 - ''Ke Arah Kesejahte...
- 921) Forum Pengguna III 2013 - ''Ke Arah Kesejahte...
- 920) Forum Pengguna III 2013 - ''Ke Arah Kesejahte...
- 919) Forum Pengguna III 2013 - ''Ke Arah Kesejahte...
- 918) Kosmo 1/10/13 Rokok Mahal bantu kurangkan kos...
-
▼
October
(18)