Tuesday, November 1, 2011

BERITA PPIM : Tindakan Ketua Pengarah Insolvensi betul

KUALA LUMPUR: Tindakan Ketua Pengarah Insolvensi menghadapkan Suradi Daruis ke mahkamah adalah satu langkah betul dalam menjalankan kuasanya menurut Akta Kebankrapan 1967.
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) dalam satu kenyataan berkata, Mahkamah Tinggi Shah Alam kelmarin melalui Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz mengatakan perintah dibuat oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 27 September lalu Suradi, 43, didapati bersalah dan dipenjara 30 hari kerana kegagalan membayar ansuran RM50 sebulan perintah sah.

“Suradi sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara 30 hari bermula 27 September atas kesalahan menghina mahkamah dan tindakan Ketua Pengarah Insolvensi menghadapkan dia kepada satu proses komital adalah tindakan betul dalam menjalankan kuasa menurut Akta Kebankrapan 1967. “Namun, dalam meneliti fakta kes ini secara khas, mahkamah mengurangkan tempoh penjara ke atas Suradi dari 30 hari ke 25 hari,” katanya.

Menurutnya, mahkamah ketika memberikan keputusan juga mengingatkan Suradi mematuhi perintah dan menjelaskan ansuran bulanan RM50. Harian Metro semalam melaporkan Suradi lega masih diterima bekerja sebagai penyelia stor selepas cuti Deepavali ini walaupun berstatus bekas banduan.

Menurutnya, pada masa ini, dia hanya menumpukan kepada keluarga dan ingin melupakan kenangan pahit dipenjara selama 25 hari di Penjara Kajang dan dibebaskan Jumaat lalu, lima hari dari tempoh penahanan sebenar yang sepatutnya berakhir Rabu ini.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut dilaporkan berkata pihaknya akan merujuk kes Suradi kepada Baitulmal bagi meringankan beban ditanggung.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/TindakanKetuaPengarahInsolvensibetul/Article/

5 comments:

azlyana said...

..mungkin betul tindakan nya..TAPI mungkin bagi sesetengah kes perlu di kaji dan diteliti dengan lebih terperinci..selidik mengapa sst perkara tu berlaku?...

azlyana said...

kesalahan yang sama tak semestinya hukuman yang sama...perlu lihat background kes tu jugak...

mutiara hati said...

yap,, betul jugak, dlam kes ini bukanlah disengajakan tdk membayarnya, tetapi ia disebabkan sesuatu yg tdk dpt dielak,malahan ada usaha yg dilakukan utk membayarnya....
ada sesetengah perkara perlu ada budi bicaranya selagi mana ia tdk bercanggah dgn hukum hakam agama....Membayar hutang mmg wajib, namun ia masih boleh bermusyawarah,...

probro said...

tindakan ketua pengarah memang betul. Saya sokong. BETUL-BETUL BODOH DAN ZALIM.

Mahmood Adam said...

sesungguhnya orang yang mencerca seseorang itu sebagai bodoh dan zalim, sebenarnya adalah sebenar-benar zalim dalam masa yang sama memperlihatkan kebodohan diri sendiri di khalayak ramai.

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...