From: ct nafisa <ctnafisa@yahoo.com.my>
To: SIM <sahabatinteraktif@yahoogroups.com>
Sent: Tue, December 21, 2010 11:37:20 AM
Subject: [sim] ARTIKEL : Ganyang Malaysia satu operasi MOSSAD
Ganyang Malaysia satu operasi MOSSAD
http://acinetobaxter.blogspot.com/search/label/Ganyang%20Malaysia%20satu%20operasi%20MOSSAD
Be proud, stay airborne!!
Otak saya ligat dan tidak henti berfikir terutamanya semasa memandu berkenaan krisis Ganyang Malaysia yang sedang hangat dilaungkan Indonesia. Yang menyedihkan adalah sikap 'ignorance' rakyat Malaysia sehingga ada yang masih sanggup untuk ke sana atas pelbagai urusan. 'Kalau orang tak suka kepada kita, mengapa kita masih mahu bertandang ke rumahnya tapi, walau orang itu tidak suka pada kita, kalau mereka minta di beri makan, maka berilah, biarpun nanti, dengan tenaganya itu, akan dirompaknya kita kembali.'
Dalam analisa pemikiran itu, tiba-tiba terlintas di benak fikiran saya bagaimana operasi Psy War yang dijalankan oleh intelligence tentera British MI6 dalam menjatuhkan Sukarno satu ketika dahulu adalah dengan memperalatkan media yang berpusat di Singapura. Mereka memulakan perang psikologi ini dengan menyiarkan berita di akhbar-akhbar Singapura yang Parti Komunis Indonesia telah mempengaruhi Sukarno dan akan membuat pembunuhan besar-besaran di Kota Jakarta.
Rakyat Indonesia yang sememangnya terkenal dengan sikap sembrono dan emosi melulu telah dimanipulasi dengan berita itu lalu bangkit menggulingkan Sukarno. Ianya dicetuskan oleh peristiwa G30 September 1965 iaitu pembunuhan 7 orang Jeneral Indonesia yang anti komunis.
Lalu Suharto muncul sebagai wira yang menyelamatkan bangsa Indonesia dari pengaruh komunis. 30 tahun kemudiannya, Suharto pula digulingkan dengan cara yang hina lantaran emosi melulu dan kurang wajar rakyatnya sendiri.
Pengajaran dari kisah itu, saya terfikir, adakah kempen Ganyang Malaysia sekarang ini adalah operasi Psy War MOSSAD yang berpusat di Singapura tanpa kita sedari. Bukankah media massa sekarang ini di kuasai oleh yahudi dan Discovery Channel itu sendiri adalah syarikat yahudi.
Tujuan Psy war MOSSAD dalam kempen Ganyang Malaysia ini adalah dengan memproksikan emosi dangkal dan sembrono rakyat Indonesia melalui manipulasi ke atas media sehingga menimbulkan peperangan antara dua Negara serumpun.
Sekiranya, Malaysia dan Indonesia berperang, maka akan musnahlah dua Negara Islam di rantau Asia tenggara. Tidak perlu lagi untuk mereka datang membawa bala tentera ke rantau ini. Cukup dengan melaga-lagakan dua Negara melalui rakyatnya.
Taktik yang digunakan adalah seperti kronologi berikut.
1. Menggunakan media untuk cetuskan konflik atas masalah yang sedia ada. Beberapa masalah antara Malaysia dan Indonesia berada di paras stabil sehinggalah Discovery Channel menunjukkan tarian pendet.
2. Uja media Indonesia untuk mengapi-apikan lagi cetusan konflik tersebut lantaran MOSSAD memahami emosi dangkal dan kurang rasional rakyat Indonesia. Media Indonesia pula seperti rakyatnya juga, ingin melariskan jualan akhbar dan meningkatkan penonton siaran akan mendapat hasil yang lumayan dengan berita sensasi tersebut.
tentera indonesia yg sukar mengawal nafsunya
3. Kepimpinan yang lemah dan kurang tegas dalam kedua-dua Negara itu akan memburukkan hubungan mesra rakyat antara kedua Negara. Tentera Indonesia menjadi sukar dikawal sepertimana yang terjadi di era Sukarno dan mula bertindak menceroboh dengan menuduh tentera Malaysia yang menceroboh. (Telah terjadi di Ambalat)
Rondaan tentera Malaysia yang dikatakan menceroboh
4. Sikap pasif dan tak ambil tahu rakyat Malaysia akan memanaskan lagi emosi Indonesia. Mereka akan menuduh Malaysia sebagai Negara yang tidak ambil peduli tentang perasaan marah jirannya.
5. sekiranya dahulu, TNI (Tentera Nasional Indonesia) di dukung oleh Parti Komunis Malaya dan Parti Komunis Indonesia, tetapi sekarang, TNI mempunyai tentera rakyat yang berjumlah 1.5 juta orang di bumi Malaysia sebagai tenaga kerja dan buruh.
TNI - Angkatan Darat
6. Tenaga kerja Indonesia ini akan menjadi 'diversion' atau tipu helah TNI dalam operasi ketenteraannya dengan menimbulkan kekacauan dan rusuhan dalam Negara. Ketika PDRM yang hanya berkuatan 75,000 sibuk menjaga dan mengembalikan keamanan dalam negeri, serangan darat, laut dan udara boleh dilancarkan dari dua penjuru Malaysia.
7. ATM yang hanya berkekuatan 150,000 dgn berpaksikan pada elemen infrantri yang hanya berkekuatan lebih kurang 35,000 dan di bantu oleh askar wataniah lebih kurang 20,000 tidak mampu mengawal sempadan Negara yang luas.
8. Malaysia tidak akan dikalahkan tetapi Negara itu akan mengalami kemusnahan yang teruk menyebabkan ekonominya jatuh dan keupayaannya untuk membantu Palestin dihentikan.
9. Indonesia juga akan mengalami kejatuhan ekonomi yang kritikal akibat belanja perang dan mengalami kekacauan dalam negeri lantaran kebuluran dan inflasi yang kronik.
Beribu tentera dan rakyat kedua Negara serumpun ini akan terkorban. Kedua-dua Negara ini akan menjadi lemah dari segi ekonomi dan ketenteraan lalu memudahkan Negara lain yang mempunyai impian untuk mengambik kesempatan.
Israel mempunyai alasan yang kukuh dan wajar untuk melakukan operasi Psy War seperti itu kerana bangsa yahudi sememangnya amat marah dengan Malaysia lantaran sikap rakyat Malaysia yang begitu anti yahudi sedangkan jarak antara mereka amat jauh dan tidak ada kena mengena dari segi politik, ekonomi, diplomatik dan sejarah bangsa.
Mereka juga mempertikaikan, kenapa rakyat Malaysia yang kononnya membela bangsa Palestin tetapi hanya menyepikan diri atas penindasan yang dilakukan Thailand dan Filifina ke atas orang islam, penaklukan US ke atas Afgahanistan dan Iraq serta penindasan di Rusia. Bangsa yahudi mendakwa bahawa Palestin itu sememangnya adalah tanah asal bangsa mereka dan ianya memang benar dan telah dibicarakan dalam al quran(???). Untuk meneruskan penguasaan mereka, Malaysia dan Indonesia perlu dilemahkan.
Itulah kesimpulan hasil imaginasi yang dapat saya analisakan. Bunyinya agak menakutkan tetapi ianya menguja semangat juang saya. Mudah-mudahan kita dapat mengambil iktibar dan berfikir dengan waras lagi rasional.
PENDAPAT 2
010/12/21 Khairani Darus <kbdarus@yahoo.com>
berita ni ada kebenarannya memandangkan MOSSAD telah lama bertapak di Singapura , (malahan singapura anak didikan Israel sejak spore berpisah dari msia) dan dgn penguasaan mereka di msia dengan projek APCO, sistem komunikasi POLIS Malaysia telah di supply oleh APCO. utk makluman APCO ni di perkenalkan kpd kerajaan msia oleh "KJ and friends." sendiri. yg penting duit komisen masyuk byak.................
(sila rujuk pd dokumen ownership APCO yg tersiar di internet skrg.)
kalu nk ikutkan, spore / mossad dh control comm police system kt msia, kat thailand, pn mossad dh control melalui Singtel saham.
kt pulau stratly, negera china dok cuba provokasi control pulau tersebut. dan cina ni, bila2 masa boleh bertukar arah dan sokong spore bila bantuan diperlukn.
so, utara / thai - mossad control.
msia ./ tengah - apco control.
selatan / barat selatan /indonesia - mossad control -ganyang msia project.
singapore - HQ mossad.
kalu ada sesiapa lawat spore recently, cuba perhatikan ramai rkyt negara CHINA bekerja disitu. dikabarkan, sesiapa yg berniaga di spore, dan ingin ambil pekerja asing, diWAJIBKAN mengambil satu orang pekerja asing dari Negara CHINA.
cuba perhatikan juga,yg pekerja2 cina dari negara china ni, bukan sebrang orng. wlaaupn mereka berlagak mcm kuli..........................
apabila wikileaks sebarkan quote pasal msia oleh krajaan spore iaitu "
"malaysia is unstable due to incompetent politicians."
Kenyataan ni ada kebenaran nya terutama dibawh pimpinan Najib. ini kerana najib terlibat dgn kes pembunuhan altantuya, dan dkabarkan CCTV di Singapura menunjukn najb bersama altantuya, dan razak di pertunjukan berlian di sana. secara tak langsung, gmbar2 ni boleh dijadikan mcm "ugutan" dari kerajaan spore tuk mendapatkan apa saja dari kerajaan msia sekarang. satu persatu hak msia terlepas dgn mudah - batu putih, tanjong. and the lists go on......
oleh kerana leader kerajaan msia sekrang already being tainted by morale scandals,-sex, murder-memang benar apa kata spore tu --->incompetent politicians.
saya rasa, ahli poltiks kita skrg tak perlu gelabah, marah , geram dgn apa yg dikatakan jiran kita -=spore- tu pasal keupayaan ahli politiks kita. atau nk tangkap mana2 blogger ke, amateur writer skalipn, dan sumbat ke ISA..
3) PENDAPAT 3
From: Ahmad K <ah????@gmail.com>
Subject: Re: [sim] ARTIKEL : Ganyang Malaysia satu operasi MOSSAD
To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Saya merasa pelik juga apabila sistem komunikasi polis dikaitkan dengan komunikasi dan hubungan awam antarabangsa.
Untuk memahami lebih lanjut, sila cari perkataan APCO di Internet. Kita akan dapati beberapa jenis APCO.
Salah satunya APCO worldwide - sebuah syarikat hubungan awam dari Washinton yang dikaitkan dengan beberapa kerajaan di dunia termasuk Malaysia dan Israel.
Keduanya adalah APCO International - satu badan pentadbir yang bermaksud "Association of Public-Safety Communications Officials - International". Ia adalah organisasi terbesar di dunia menghimpunkan pakar-pakar komunikasi keselamatan awam seperti polis, bomba, ambulan. APCO international menyediakan standard komunikasi untuk digunakan oleh pasukan polis dan sebagainya. Antaranya pasukan polis. Standard yang biasa digunakan sekarangni adalah P-25. Maknanya alat2 komunikasi pasukan polis contohnya mestilah sesuai dan mematuhi standard P-25, sekiranya mereka menggunakan standard P-25.
Sebagai analogy, WiMAX Forum telah menguruskan standard WiMAX berdasarkan standard IEEE 802.16. Maka semua alat2 komunikasi yang menggunakan WiMAX seperti P1 Wimax mesti lulus standard ni. Kalau tak lulus, tak boleh jual.
Jadi APCO P-25 ni nampak lebih releven dengan polis berbanding APCO worldwide. macam ada sesuatu yang tak kena disini.
sebaliknya terima hakikat, analisis scenario dan find the solution walaupn solution membuatkn kita ramai musuh dari kawan. atau hilang kuasa skalipun. atleast jika ditakdirkn mati, mati dlm keinsafan dan waris yg ditinggalkn tidak di maki hamun sehingga kiamat.
7 comments:
Sekadar ingin berkongsi berita mengenai sindiket yang menjadikan penghutang sebagai hamba, iaitu apabila mereka gagal membayar.
- Ashadi Zain (ashadizain@gmail.com)
Lima keluarga masih dikurung
Oleh Hardi Effendi Yaacob
hardi@bharian.com.my
2010/12/27
Mangsa dijadikan hamba majikan selepas gagal lunas hutang
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya lima keluarga lagi dipercayai dikurung dan dijadikan hamba di Bahau, Negeri Sembilan kerana tidak mampu membayar hutang mereka. Maklumat itu didedahkan seorang mangsa yang berjaya melarikan diri bersama isteri dan tiga anaknya sebelum membuat aduan kepada Astivaaram Foundation, 19 Disember lalu. Ketua Biro Pengaduan Awam Astivaaram Foundation, Sri Sanjeevan, berkata kegiatan itu dipercayai sudah lama berlaku, terutama membabitkan mangsa di kalangan kaum India yang bekerja sebagai buruh ladang.
“Biasanya, gaji buruh estet memang rendah dan terpaksa meminjam wang tauke (kontraktor) untuk meneruskan hidup. Difahamkan, mangsa kebanyakannya tahu pinjaman itu dikenakan kadar bunga yang tinggi.
“Namun, apa pilihan yang mereka ada untuk menyara isteri dan anak-anaknya. Bila hutang bertambah dan tidak mampu dibayar, mereka akhirnya diperangkap menjadi hamba,” katanya kepada Berita Harian.
Beliau berkata, kebanyakan mangsa dikurung bersama isteri dan anak mereka di lokasi tertentu sebelum dipaksa bekerja sebagai buruh ladang tanpa gaji.
Tidak cukup dengan itu, katanya, ada antara mangsa turut ‘dijual’ kepada kontraktor lain bagi menebus hutang, sekali gus menguntungkan majikan asal mereka.
“Mangsa memberitahu, kebanyakan mangsa dan isteri mereka akan dijadikan buruh paksa, manakala anak dipaksa melakukan kerja rumah, termasuk memandi dan memberi makan anjing pengawal yang menjaga rumah tempat mereka dikurung.
“Difahamkan, anak-anak itu ada didera. Ini perbuatan tidak berperikemanusiaan dan menentang hak asasi manusia. Tidak sangka dalam keadaan moden hari ini, masih wujud kegiatan perhambaan di Malaysia,” katanya.
Sanjeevan berkata, aktiviti perhambaan itu sukar dikesan kerana berlaku di kawasan terpencil, selain keengganan mangsa membuat laporan berikutan bimbang dengan ancaman dalang kegiatan berkenaan, termasuk ugutan bunuh.
“Mangsa sebenarnya lebih bimbangkan keselamatan anak yang dijadikan tebusan. Lagipun, bagaimana mereka boleh buat laporan jika sentiasa dikurung dan pergerakan diawasi,” katanya.
Beliau turut menggesa kerajaan dan pihak berkaitan, termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan segera dalam membanteras kegiatan itu, termasuk menyelamatkan mangsa
“Selepas Berita Harian mendedahkan kegiatan ini, dalang utama dipercayai cuba memindahkan mangsa ke beberapa lokasi lain bagi memastikan pergerakan mereka tidak mudah dikesan.
“Justeru, kita berharap tindakan segera dapat diambil bagi menyelamatkan mangsa, terutama anak yang teraniaya itu. Astivaaram Foundation yang memperjuangkan hak asasi manusia sedia bekerjasama dalam usaha itu,” katanya.
nape kita sering membantu rakyat Indonesia, sedangkan bantuan kita tidak pernah dihargai....sepatutnya kita lebih dahulukan membantu rakyat Malaysia yg tergolong dlm golongan miskin tegar agar mereka tidak rasa terpingir drpd bantu mereka yg ingin musnahkan negara kita.......
yang peliknya sesama islam pn nk btelagah.. sronok orang kafir n yahudi tgk...
hm...betul...x wajarlh mereka bertelagah sedemikian....bukn menyelesaikn masaalah, bertambah kekusutn adalh...
Ya, umat Islam seharusnya bersatu dan tidak membiarkan sebarang perkara (terutamanya perkara remeh) menjejaskan hubungan sesama kita.
Dalam keadaan ideal, hubungan sesama Islam adalah umpama tubuh badan. Cubit paha kanan, paha kiri terasa jua, yang mana umat Islam sanggup melakukan apa sahaja demi saudara seIslam (membantu dalam kebaikan sahaja). Apabila ini dilakukan, maka orang Islam semestinya berupaya menjadi penaung kepada seluruh umat manusia.
Oh ya, sedikit maklumat yang keluar topik sedikit tetapi tetap relevan adalah mengenai sikap peniaga Indon.
Apabila kita pergi ke Indonesia, kita mendapati bahawa khidmat pelanggan (customer service) mereka baik dan mesra, lantas menyerlahkan profesionalisme mereka. Ini perkara yang dapat kita pelajari daripada mereka.
Dalam pada itu, kita perlu berhati-hati dengan penyebaran ajaran tertentu yang berasal dari Indon kerana sebahagian daripadanya diragui. Rujuklah pada ulama muktabar. Wallahu'alam.
- Ashadi Zain (ashadizain@gmail.com)
"katakanlah yg benar walaupun pahit"... Inilah suara yg perlu kita utarakan...
Kdg2 sedih gak sebab rase sukarnye untuk menyuarakn sesuatu kbenarn lantaran faktor keadaan,kdg2 kita yg lemahni sering ditindas org yg berkuasa,jd sukar btul tuk bkak mulut...
Hm,tak wajarlh ini berlakukn,jd sme2lh kita cari kekuatan tuk mengatasi klemahan ini,dan yg pntg jgn smpai timbulkn perbalahn yg boleh menggugat keamanan dan keharmonian...
sepatutnya tidak perlu lah sehingga bertelagah seeloknya di selesaikan dengan baik..
Post a Comment