Friday, December 24, 2010

Berita Harian Online | Logo halal lebih ‘mahal’ daripada nilai produk

Berita Harian Online | Logo halal lebih ‘mahal’ daripada nilai produk

LOGO halal yang tidak diiktiraf JAKIM dibuang dalam operasi di restoran di ibu negara. - Gambar hiasan


UMUM melihat penggunaan logo dan sistem pensijilan halal semata-mata untuk kepentingan pengguna Melayu Muslim di negara ini membuat pilihan barangan di pasaran tanpa ragu-ragu.

Namun, selepas diperkenalkan hampir 10 tahun, perkembangannya amat mengejutkan kerana perkataan halal bukan lagi menjadi milik mutlak etnik Melayu Muslim bahkan semakin berkembang di persada antarabangsa.
Komuniti peniaga kebanyakan bukan Islam mula sedar kepentingan halal dan memohon supaya produk barangan mereka diberikan pengesahan halal. Perubahan ini memecah tembok sempadan perbezaan agama dan budaya yang menganggap piawaian halal hanya untuk penganut Islam.
Begitu juga, pemilik industri dari Amerika Syarikat, Jerman, Belanda, Australia dan New Zealand, yang membuat pelaburan besar di negara ini. Di Asia, Jepun dan Thailand juga mementingkan aspek ini.

Mereka menjadikan logo halal sebagai alat pemasaran untuk memenangi hati pengguna. Statistik 2010 menunjukkan 74.7 peratus pemegang sijil halal Malaysia adalah bukan Bumiputera untuk kategori produk, premis makanan dan rumah sembelihan.

Jumlah keseluruhan pemegang sijil halal Malaysia bagi 2008-2010 (sehingga Oktober) ialah sebanyak 3,889. Jumlah ini dijangka meningkat selepas pindaan Akta Perihal Dagangan 1972 yang dijangka berkuatkuasa tahun depan.

Golongan pengeluar meletakkan nilai logo halal pada barangan mereka lebih mahal dan bernilai berbanding produk dikeluarkan. Ada berpandangan, tanpa logo halal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Jabatan/ Majlis Agama Islam, sukar untuk memasarkan produk.
Malah, dalam keadaan tertentu pengguna akan mempertikaikannya. Kini halal menjadi nilai komersial yang penting mengatasi sempadan bangsa, agama dan antarabangsa.

Kita mungkin tertanya mengapa logo halal dikeluarkan di negara ini digandingkan dengan perkataan Malaysia, iaitu Halal Malaysia. Pada perspektif syarak, perkataan halal sudah cukup sebagai penunjuk aras barangan itu dibenarkan atau harus digunakan dari segi hukum, keselamatan dan mutu.

Inilah keunikan di Malaysia. Sebelum penandaan halal menjadi faktor penting dalam dunia perniagaan hari ini, sensitiviti halal sudah tertanam kukuh dalam kebudayaan masyarakat Islam terutama bagi sumber makanan dan produk barangan gunaan harian.

Namun, penggunaan bahan dan barangan ringkas lebih-lebih lagi dalam produk makanan pada masa lalu menyebabkan pelabelan ini tidak dipandang penting berbanding hari ini. Tambahan, pengetahuan dan kesedaran masyarakat Islam terhadap kandungan bahan mentah tidak begitu diberi perhatian.

JAKIM sebagai badan penyelaras pensijilan halal di Malaysia sudah memperkenalkan logo halal Malaysia yang standard bagi menjawab segala persoalan kerana Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) turut mengeluarkan logo halal masing-masing yang mempunyai identiti tersendiri.

Sebagai panduan kepada pengguna, logo dikeluarkan secara rasmi kepada premis pemohon ialah berwarna hitam pekat. Bagi memudahkan pihak pengeluar, mereka dibenar menggunakan warna lain mengikut produk dihasilkan asalkan tidak sedikitpun merubah spesifikasi logo asal.

Dengan penggunaan satu logo mulai 2007, maka secara langsung logo lama yang masih beredar di pasaran tercatat perkataan JAKIM, JAIN atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dijangka akan dihapuskan secara berperingkat.

Tujuan utama pengenalan logo ini untuk penyelarasan selain menghapuskan penggunaan logo halal palsu dan sebarang logo halal yang tidak disahkan pihak berkuasa negara Islam. Logo halal digunakan premis tanpa pengesahan rasmi JAKIM/JAIN tidak boleh dipertanggungjawabkan sungguhpun penggunaannya tiada sekatan dari sudut perundangan.

Pembentangan Bajet 2010 membuktikan keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menitikberatkan perkhidmatan dan produk halal kerana Malaysia kini dikenali di mata dunia sebagai hab makanan dan produk halal.

Bagi tujuan itu juga, JAKIM bekerjasama dengan pelbagai pihak berkaitan untuk mempertingkatkan keupayaan sistem pensijilan halal dengan penyeragaman mekanisme pensijilan halal mematuhi standard dan prosedur mengikut keperluan ISO/IEC Guide 65.

Malaysia menerusi Jabatan Standard Malaysia juga menerbitkan standard halal MS1500. Selain itu, latihan juga diberikan kepada juruaudit dan panel pengesahan halal negeri di samping pendedahan mengenai aplikasi sistem e-halal.

JAKIM bersama agensi berkaitan seperti Jabatan Pertanian Malaysia (JPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Halal Development Corporation (HDC), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan badan pengguna serta pihak industri memainkan peranan penting dalam standard ini.

JPV bekerjasama dengan JAKIM memberi khidmat kepakaran teknikal dari sudut syarak bagi menentukan status halal daging dan produk berasaskan daging yang diimport.

Sehingga kini, sebanyak 50 badan Islam dari 24 buah negara mendapat pengiktirafan Malaysia malah tahun ini saja, JAKIM menerima 18 permohonan baru Badan Pensijilan Halal Luar Negara.

JAKIM tidak keseorangan dalam menguruskan pensijilan halal kerana HDC yang bertanggungjawab membangunkan industri halal dan mempromosikan halal di persada dunia turut membantu. Sebagai pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan pengguna, PPIM berperanan menyebarkan maklumat berhubung isu halal kepada umum.

JAKIM akan mempertingkatkan kerjasama dengan Jabatan Kimia, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT), universiti dan semua pemain industri halal untuk memastikan pensijilan halal dikendalikan dengan cekap.

Penggunaan logo halal tidak lagi dipandang enteng tetapi berubah menjadi keperluan pihak industri pengeluar produk makanan dan barangan gunaan. Menerusi elemen halal, kerajaan berjaya menggalakkan persaingan perniagaan dan memastikan produk lebih berkualiti serta meyakinkan.

Sebenarnya kita tidak boleh memisahkan halal daripada sumber atau puncanya. Hanya pengguna yang bijak menggunakan hak akan memilih perkhidmatan produk halal yang sememangnya terjamin dari aspek keselamatan dan kebersihan seiring moto ‘Halal Malaysia Jaminan Terpilih’.

Penulis ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

12 comments:

administrator said...

Ya, persijilan halal sememangnya memainkan peranan yang penting bagi membantu pengguna mengenalpasti produk-produk yang selaras dengan kehendak Islam.

Pada masa yang sama, umat Islam perlu ingat bahawa halal bukan hanya terpakai bagi makanan, tetapi juga bagi segala aspek dalam kehidupan.

Halal juga merangkumi lain-lain aspek seperti kewangan, perbankan, alat solek dan sebagainya. Selain itu, satu perkara yang juga amat penting adalah memastikan kehalalan sumber rezeki kita.

Dengan mendapatkan rezeki secara halal, maka generasi seterusnya yang lahir juga insya Allah menjadi generasi yang berilmu, beriman dan beramal.

Dalam pada itu, umat Islam juga pasti sedar bahawa antara sebab Jepun dapat memajukan ekonominya ke tahap yang tinggi adalah kerana mereka menyokong bisnes orang Jepun.

Kalau tidak silap saya, dalam Islam juga, amalan seperti ini digalakkan, iaitu umat Islam perlu mengutamakan pembelian dan urusniaga dengan bisnes orang Islam sebelum mencari di lain-lain tempat. Tetapi pastikan juga orang Islam itu mementingkan aspek halal dalam perniagaannya.

Ini kerana terdapat juga orang Islam yang hanya Islam pada nama tetapi langsung tidak mementingkan aspek halal, malah lebih liberal daripada orang bukan Islam.

Maka dengan membeli produk halal daripada peniaga Islam, kita mendapat produk yang selaras dengan tuntutan Islam dan pada masa yang sama, kita memajukan blok ekonomi Islami.

administrator said...

- Ashadi Zain (ashadizain@gmail.com)

lovelly said...

sebagai pengguna kita perlu berhati-hati dalam soal halal haram terutamanya didalam makanan itu sendiri kerana ia akan menjadi intipati diri kita sendiri kelak

hana said...

Ya...hal ini perlu kita titikberatkan agar apa yg masuk ke dalam badan kita halal dan suci bersih. Makanan yg tidak halal juga boleh memberi kesan pada kelakuan dan sikap kita...

Unknown said...

kdg2 pengguna tidak thu membezakn logo halal jakim yg asli dgn yg palsu...jd pengguna perlu lebih lg didedahkan dgn logo yg asli jakim sama ada melalui media cetak atau elektronik agar mereka tidak lg tertipu dgn logo yg palsu....

Unknown said...

tapi sy musykil pemilik restoran yg berbangsa Cina yg menjual makanan dan minuman yg tidak halal masih ada juga logo halal di premis nya...restoran ini bertempat di ibu kota.kenapa ia di benarkan dan tidak di ambil tindakan sedangkan ramai pekerjanya yg beragama Islam.

lovelly said...

isu halal diberikan kepada org cina yang bukan muslim adalah tidak patut..Jika kite teliti tiada logo Jakim di kedai2 kopi,seperti Kopitiam. Adalah lebih baik pengguna islam mengelakkan diri dan beralih kekedai2 orang islam. Yang mana halalnya lebih terjamin

administrator said...

Ya, selagi ada pilihan, makanlah di kedai orang Islam dan berurusniagalah dengan para peniaga Islam.

Jika produk dan layanan peniaga Islam kurang berkualiti, berikanlah nasihat kepada mereka. Pada masa yang sama, para peniaga Islam juga seharusnya sentiasa menawarkan produk yang terbaik kepada para pelanggan, di samping perkhidmatan dan layanan kelas pertama.

Berfikiran terbuka pada teguran dan bersikap profesional dalam segala tindakan juga dapat membantu usahawan Muslim supaya terus maju ke depan.

Tidak juga lupa peranan yang seharusnya dimainkan oleh usahawan yang sudah berjaya, iaitu membantu orang lain yang ingin menceburi bidang perniagaan, demi kemajuan umat Islam dan seluruh umat manusia.

- Ashadi Zain (ashadizain@gmail.com)

administrator said...

Berikut adalah laporan berita mengenai sijil halal pusat sembelihan ayam yang digantung oleh Jabatan Agama Islam Sarawak. Berhati-hatilah semasa membeli-belah.

- Ashadi Zain (ashadizain@gmail.com)

JAIS gantung sijil halal

Oleh SOPI SAMAILE
utusansarawak@utusan.com.my



Putit Matzen memeriksa ayam yang disembelih di salah sebuah pusat penyembelihan ayam segar dalam operasi bersepadu di Jalan Kuching-Serian, Kuching, semalam.- BERNAMA

--------------------------------------------------------------------------------



KUCHING 29 Dis. - Ayam lemas manakala urat halkum tidak putus sepenuhnya mengikut syarak menyebabkan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) menggantung sijil halal milik sebuah pusat sembelihan di Jalan Kuching-Serian, dekat sini.

Penemuan tersebut hasil pemeriksaan mengejut pihak berkuasa terhadap pusat sembelihan tersebut pada tengah malam tadi.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Putit Matzen berkata, pihaknya mengambil tindakan tegas menggantung sijil halal premis berkenaan kerana syarikat terbabit tidak serius dalam mematuhi syarat yang ditetapkan.

Menurutnya, penggantungan sijil halal syarikat terbabit boleh ditarik balik sekiranya mereka mematuhi semula syarat pensijilan halal dalam tempoh sebulan.

"Pusat sembelihan tersebut tidak mematuhi dua standard pensijilan halal iaitu penggunaan renjatan elektrik dengan air yang banyak sehingga menyebabkan ayam lemas.

"Kesalahan kedua melibatkan proses penyembelihan tidak sempurna kerana urat tidak putus sepenuhnya," katanya kepada pemberita selepas menyertai pemeriksaan mengejut ke atas tiga pusat sembelihan ayam dekat sini malam tadi.

Operasi berkenaan diketuai Ketua Unit Pembangunan Halal MIS, Asmawaty Ahmad dengan disertai 55 anggota membabitkan beberapa agensi penguat kuasa kerajaan selain pasukan polis malam tadi.

Terdapat sembilan pusat sembelihan ayam di sekitar bandar raya ini dan daripada jumlah tersebut tiga telah diperiksa dalam operasi yang turut membabitkan beberapa agensi penguat kuasa kerajaan selain pasukan polis.

Dalam pada itu, Putit memberitahu, pusat penyembelihan tersebut juga pernah diberi amaran kerana melakukan kesalahan yang sama pada 12 Oktober tahun ini.

Katanya, jika syarikat berkenaan masih melakukan kesalahan sama untuk kali ketiga, maka JAIS tidak akan teragak-agak untuk menarik balik sijil halal.

"Semua pusat penyembelihan di negeri ini yang mendapat pensijilan halal harus mematuhi peraturan yang ditetapkan jika tidak, sijil halal mereka akan ditarik balik.

"Jangan pandang ringan soal halal ini dan kita di MIS dan JAIS akan sentiasa memastikan setiap pusat sembelihan ayam mematuhi piawaian yang telah digariskan," ujarnya.

Putit menambah, sijil halal yang digantung atau ditarik balik hanya dikembalikan selepas pusat sembelihan berkenaan mematuhi standard yang ditetapkan Jawatankuasa Teknikal Persijilan Halal.

Selepas ditarik balik, mereka dilarang sama sekali menggunakan logo halal pada produk yang dikeluarkan.

stopa said...

Al kisahnya SIJIL HALAL....

Bilamana kita mengkisahkan SIJIL HALAL ini banyak isu isu yg telah dibawa oleh PPIM serta JAKIM sendiri, Sijil HALAL ni sebenarnya satu paparan kertas putih yg boleh membawa KEMUSNAHAN atau BENCANA pada UMAT ISLAM jika kita tidak tahu bagaimana untuk menilaikan sesuatu apa yg dilakarkan oleh kertas atau pelekat SIJIL HALAL, manupulasi SIJIL HALAL ini sering disalahgunakkan oleh PENIAGA yg hanya mahu mengutip keuntungan dari pengguna secara tidak beretika dan ianya dijadikan satu bahan memberbodohkan pengguna khususnya orang ISLAM, cuba kita lihat sekarang banyak dah orang Islam yg PERANGAI Seperti KAPIR yg dilakhnat, kerana hanya berpandukan SIJIL HALAL lah yg membuatkan kita berperangai begitu, sebab Sijil HALAL lah semuanya ini terjadi....

Kerana apa saya berkata begitu, kerana SIJI HALAL lah Umat Islam berkunjung ke KEDAI KEDAI KAPIR untuk menyantap makanan yg tidak HALAL SERATUS PERATUS, pandang saja SIJIL HALAL maka berduyun duyun lah orang Islam duduk menjamu selera, jadi SAHIH NYA HALAL ni hanya berpandukan pada SIJIL HALAL, apakah sijil halal itu benar benar halal....... itu kita perlu tanya pada JAKIM keran pengeluarnya adalah dari JAKIM....

Hebat sangatkah SIJIL HALAL ni yg boleh menarik UMAT ISLAM memakan ditempat yg belum tentu HALAL... hanya dengan pampangan SIJIL HALAL JAKIM maka tempat itu HALAL.... Sedarkah kita bahawa cara membuat makanan berikut adakah sipembuat itu benar benar IKHLAS mengikut piawai atau hanya sambil lewa..... Bayangkanlah jika pembuat makanan HALAL itu seorang yg bukan ISLAM, apakah yg dia tahu apa itu HALAL, sedangkan BERAK PON DIA TAK BASUH cuma kesat dengan tisu selepas itu buat makanan HALAL.... Itu satu saja yg saya ingin katakan disini. kalu mahu diceritakan disesawang PPIM ni mungkin banyak lagi 60 hari 60 malam pon masih belum habis....

Definisi HALAL begitu meluas serta begitu subjektif sekali, HALAL hanya untuk orang ISLAM sahaja kerana ISLAM menitikberatkan kesucian dalam segala hal, jadi jika kita amati apa yg KAPIR harbi ni sebok sebok tentang HALAL, begitu juga jika kita katakan PENGGUNA ISLAM ni banyak yg BODOH, BANGANG & DUNGU kerana meletakkan kepercayaan pada SATU KERTAS yg BERLAKAR SIJIL HALAL maka diRADAK & di MEKEDARAH secara LAHAP oleh kebanyakkan pengguna ISLAM.

Kita buat lah apa apa SIJIL pon jika kita sendiri sebagai UMAT ISLAM tidak perihatin dan kita sendiri yg hanya suka ambil mudah, insyallah kita akan berterusan MENYANTAP makanan HARAM yg bercampur HALAL kedalam batang tubuh, jadi secara tak langsung terhakisnya sikap kita terhadap AJARAN ISLAM yg sebenar.... YOU ARE WHAT YOU EAT......

Bersanbung.....

stopa said...

Al kisahnya SIJIL HALAL....

Bilamana kita mengkisahkan SIJIL HALAL ini banyak isu isu yg telah dibawa oleh PPIM serta JAKIM sendiri, Sijil HALAL ni sebenarnya satu paparan kertas putih yg boleh membawa KEMUSNAHAN atau BENCANA pada UMAT ISLAM jika kita tidak tahu bagaimana untuk menilaikan sesuatu apa yg dilakarkan oleh kertas atau pelekat SIJIL HALAL, manupulasi SIJIL HALAL ini sering disalahgunakkan oleh PENIAGA yg hanya mahu mengutip keuntungan dari pengguna secara tidak beretika dan ianya dijadikan satu bahan memberbodohkan pengguna khususnya orang ISLAM, cuba kita lihat sekarang banyak dah orang Islam yg PERANGAI Seperti KAPIR yg dilakhnat, kerana hanya berpandukan SIJIL HALAL lah yg membuatkan kita berperangai begitu, sebab Sijil HALAL lah semuanya ini terjadi....

Kerana apa saya berkata begitu, kerana SIJI HALAL lah Umat Islam berkunjung ke KEDAI KEDAI KAPIR untuk menyantap makanan yg tidak HALAL SERATUS PERATUS, pandang saja SIJIL HALAL maka berduyun duyun lah orang Islam duduk menjamu selera, jadi SAHIH NYA HALAL ni hanya berpandukan pada SIJIL HALAL, apakah sijil halal itu benar benar halal....... itu kita perlu tanya pada JAKIM keran pengeluarnya adalah dari JAKIM....

Hebat sangatkah SIJIL HALAL ni yg boleh menarik UMAT ISLAM memakan ditempat yg belum tentu HALAL... hanya dengan pampangan SIJIL HALAL JAKIM maka tempat itu HALAL.... Sedarkah kita bahawa cara membuat makanan berikut adakah sipembuat itu benar benar IKHLAS mengikut piawai atau hanya sambil lewa..... Bayangkanlah jika pembuat makanan HALAL itu seorang yg bukan ISLAM, apakah yg dia tahu apa itu HALAL, sedangkan BERAK PON DIA TAK BASUH cuma kesat dengan tisu selepas itu buat makanan HALAL.... Itu satu saja yg saya ingin katakan disini. kalu mahu diceritakan disesawang PPIM ni mungkin banyak lagi 60 hari 60 malam pon masih belum habis....

Definisi HALAL begitu meluas serta begitu subjektif sekali, HALAL hanya untuk orang ISLAM sahaja kerana ISLAM menitikberatkan kesucian dalam segala hal, jadi jika kita amati apa yg KAPIR harbi ni sebok sebok tentang HALAL, begitu juga jika kita katakan PENGGUNA ISLAM ni banyak yg BODOH, BANGANG & DUNGU kerana meletakkan kepercayaan pada SATU KERTAS yg BERLAKAR SIJIL HALAL maka diRADAK & di MEKEDARAH secara LAHAP oleh kebanyakkan pengguna ISLAM.

Kita buat lah apa apa SIJIL pon jika kita sendiri sebagai UMAT ISLAM tidak perihatin dan kita sendiri yg hanya suka ambil mudah, insyallah kita akan berterusan MENYANTAP makanan HARAM yg bercampur HALAL kedalam batang tubuh, jadi secara tak langsung terhakisnya sikap kita terhadap AJARAN ISLAM yg sebenar.... YOU ARE WHAT YOU EAT......

Bersambung.....

Halal Bestari Trading (001664083-A) said...

Alhamdulillah syarikat kami telah diiktiraf oleh Jakim sebagai pengeluar minyak wangi Halal Muslim pertama. layari www.halalbestari.com

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL