Friday, December 31, 2010

ADUAN PILIHAN-DRAMA DI TV YANG PENUH UNSUR SYIRIK, KHURAFAT DAN TAHYUL


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, rancangan tv dipenuhi dengan pelbagai jenis cerita dari Indonesia samada disiarkan oleh TV3, RTM mahupun ASTRO. Oleh sebab itu saya merasakan cerita Indonesia yang dipaparkan sekarang banyak memberi impak negatif kepada penonton di Malaysia. Saya mengatakan begitu adalah kerana ada beberapa slot rancangan terutamanya yang dipaparkan di TV3 mengandungi unsur tahyul, khurafat, penipuan, penganiayaan, penindasan dan sebagainya. Bukan itu sahaja, boleh di katakan 1/3 daripada siaran tv kini dilimpahi dengan cerita-cerita Indonesia. Saya amat tidak setuju kenapa pihak-pihak penyiaran kerajaan mahupun swasta terlalu taksub untuk memaparkan cerita-cerita Indonesia berbanding cerita-cerita rakyat kita sendiri.
Cuba bayangkan, majoriti watak dalam drama mereka akan diselitkan dengan watak seorang perempuan yang hamil luar nikah. Yang peliknya, wanita yang hamil luar nikah ini diagung-agungkan, dibela kerana watak mereka juga kebanyakan watak heroin. Jadi jika perkara ini dianggap satu perbuatan mulia, tidak hairanlah masyarakat kita juga akan terpengaruh. Semakin ramai wanita yang hamil luar nikah akan dilindungi dan masalah pembuangan bayi semakin bertambah.
Berkaitan cerita tahyul dan khurafat pula, memang banyak dilakonkan dalam cerita Indonesia ini. Sebagai contoh rancangan dari tv3 yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis bertajuk ‘Lagenda’. Melalui cerita-cerita yang disiarkan banyak mengisahkan cerita mengarut, tahyul, dan tidak berada di alam nyata. Dengan ini terang-terangan ia menggambarkan betapa pengaruh cerita Indonesia akan memberi kesan negatif kepada rakyat kita.
Oleh itu, saya berharap pihak berwajib dapat mengambil inisiatif untuk mengurangkan penyiaran cerita-cerita Indonesia daripada pihak penyiaran RTM, TV3 dan ASTRO. Hal ini adalah demi mendidik generasi kita ke arah kehidupan sosial dan agama yang lebih baik.
-WARGA PRIHATIN-

11 comments:

administrator said...

Dalam dunia moden hari ini, filem dan hiburan memang memainkan peranan besar dalam membentuk sikap dan pandangan masyarakat.

Oleh yang demikian, apabila filem dan hiburan tidak dimanfaatkan secara betul, ia mendatangkan kesan buruk yang seterusnya termanifestasi dalam bentuk masyarakat yang hilang arah hidup dan terlalu cenderung pada budaya hedonisme.

Dalam konteks filem, Lembaga Penapisan Filem menggalas tugas besar bagi memastikan setiap kandungan yang disiarkan pada masyarakat bukan sahaja mengandungi nilai yang murni dan luhur, malah dapat membantu membangunkan komuniti yang maju dari segala segi, yakni kemajuan yang merangkumi segala aspek fizikal, mental dan kerohanian.

Berkaitan dengan filem luar yang membanjiri pasaran Malaysia, ketidaksamaan budaya dalam filem tersebut akan mewujudkan herotan budaya dalam dinamika masyarakat watan.

Adalah baik apabila filem luar yang ingin dipaparkan disaring terlebih dahulu supaya hanya nilai yang baik sahaja ‘diimport’ ke dalam negara dan bukannya nilai yang sarat dengan kebobrokan, yang akhirnya melahirkan warga yang songsang budaya dan sikapnya.

Selain itu, pengimportan terlalu banyak filem asing sudah tentu menjejaskan industri perfileman tempatan, malah ekonomi negara kita sendiri.

Pada masa yang sama, industri perfileman tempatan juga perlulah memperbaiki segala kelemahan mereka, termasuk:
1. Memberikan peluang kepada lebih ramai tenaga kreatif dari pelbagai lapisan masyarakat untuk turut serta dalam pembikinan filem.

2. Memastikan industri perfileman, termasuk percambahan idea, storyboard, penulisan skrip dan sebagainya tidak hanya dimonopoli golongan tertentu.

3. Mengadaptasi buku-buku penulis tempatan bagi memastikan nilai-nilai Islami dan nilai-nilai murni sentiasa wujud dalam filem.

4. Memberikan bayaran yang selayaknya kepada semua pihak yang menyumbang dalam perkembangan industri perfileman. Ini kerana "if you pay peanuts, you get monkeys".

5. Dan sebagainya.

- Ashadi Zain (ashadizain@gmail.com)

Unknown said...

tak tahulah jenis cerita yang disajikan kepada penonton kerana seharusnya stasen tv harus terlebih dahulu menilai sebelum menayang filem tersebut. jadi peliknya, Penapis filem tidak berfunsi lagi ke? Stasen tv tu dah memang nak kaut untung tetapi yang kashiannya adalah masyarakat yang disajikan bahan peracun fikiran. malangnya nasib penonton melayu

miss said...

apa dah jadi sekarang dgn siaran yang disajikan. Mereka lebih mementingkan keuntungan daripada memikirkan kesan keatas kanak-kanak terutamanya. Mereka akan mudah terpengaruh dgn prkara2 begini

Unknown said...

kita sering dihidangkan dgn cerit2 dr negara seberang ni tidak kira pagi, petang atau malam,dan stesyen tv di malaysia bangga dpt memaparkan cerita2 dr indonesia ni....sapatutnya mereka perlu menyokong industri negara dgn memaparkan cerita dr industri tempatan daripada menyokong cerita dari luar negara yg kdg2 tidak logik difikir dgn akal yg waras......

administrator said...

Bercakap tentang pengaruh filem luar, hari ini terdapat laporan berita mengenai filem Tamil yang dikatakan mengandungi banyak unsur keganasan yang seterusnya dapat mempengaruhi sikap dan perlakuan masyarakat secara negatif.

Bagi para netters yang ingin membacanya, sila ke

http://artikelashadizain.blogspot.com/2011/01/cap-gesa-rtm-henti-tayang-filem-tamil.html

- Ashadi Zain (ashadizain@gmail.com)

Unknown said...

sebut tentang cter indonesia ni, sy sndiri asal tukar je chanel nmpk cter indon...dh naik bosan dan meluat sgt dh dgn cter indon yg terang2 tipu penonton...yg pling x suka skali tahap seksi aktres mereka yg melampau dan jln cerita yg mengarut..sy pun hrap sgt lps ni cter2 indon ni akn dikurgkn di kaca2 tv.

hana said...

hm...tidak lakukah cerita kita ini?
Klu time raye dan cuti sekolahpn cite yg bnyak disiarkan adalh indon... Kenapa ye agaknya....

Unknown said...

terlalu bnyk cerite indon sehingga cerite tanah air sendiri bagaikan di anak tirikan..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Kta hrus mlihat jgk drama2 dan filem2 temptn kta.. jgn t'lpas pndg, ada di antranya mgndungi unsur-unsur khurafat, syirik dan tahyul yg keterlaluan..

eh said...

Awas Pakej ASTRO SUPER PACKS yang baru mengelirukan: Jika anda melanggan Super Pack 1 (khas untuk penonton Melayu) ada Family, 3 minis, sports, Movies, Mustika, Tayangan Hebat dan HD and recording service.Dalam Channel HD akan dapat semua program HD tetapi hanya satu Ch 310 (Astro Zhi Zun HD) ini tidak di aktifkan(Blok). Katanya kena langgan Pakej Dynasty baru dapat. Tetapi kenapa Ch 310 tak diletakkan dalam Pakej Dynasty supaya semua pelanggan tahu. Ini Pakej yang mengelirukan dan menaikkan harga pakej tanpa kelulusan kerajaan, tiada pengumuman dibuat.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL