Monday, December 23, 2019

5598) AKTIVITI | MENGHADIRI JEMPUTAN VVIP KE MAJLIS PELANCARAN EMBAH - PPIM - 21/12/2019

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri jemputan sebagai VVIP di Majlis Pelancaran EMBAH serta Majlis Penandatanganan bersama Usains Infitech Sdn Bhd dan Encik Shah Iskandar Mahfuz (Singapore) di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Ekosistem Keusahawanan Seksyen Pemasaran dan Pengkomersilan Kementerian Pembangunan Usahawan (MED), YBhg, Dato' Hamzah Hussin.

Saturday, December 21, 2019

5597) AKTIVITI | JEMPUTAN KE MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN & BANTUAN PERSEKOLAHAN ANAK VETERAN PERISIKAN - PPIM - 21/12/2019

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri jemputan sebagai VVIP di Majlis Penyampaian Sumbangan & Bantuan Persekolahan Anak Veteran Perisikan anjuran Yayasan Bekas Anggota Perisikan Tentera(YBAPT).

5596) NAK BEBAS CUKAI ARAK DI PANGKOR, PROMOSILAH JUGA DI TADIKA - ISMAWEB - 20/12/2019


BANGI, 23 Rabiulakir 1441H, Jumaat – “Kalau arak baik, promosilah di tadika atau sekolah rendah,” sindir ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Perak, Tan Kar Hing bahawa minuman keras sedia dipertimbangkan untuk dijual di Pulau Pangkor yang bakal diisytiharkan sebagai Pulau Bebas Cukai menjelang Januari 2020.
“Mungkin akan ada tempat-tempat tertentu yang boleh (jual) atau jika tiada permintaan, kita takkan jalan atau benarkan arak sebagai barangan bebas. Setakat ini, arak sahaja tidak disenaraikan dalam barangan bebas cukai,” katanya.
Walaupun belum dimuktamadkan, Datuk Nadzim berkata, minuman memabukkan itu yang jelas tiada sebarang kebaikan diperoleh melalui promosinya, hanya menambahkan beban kemudaratan kepada rakyat.
“Jadi, benda yang tak sesuai dalam masyarakat, yang boleh kena saman, kalau mabuk boleh jadi rosak dan kena langgar mati, tak perlulah dipromosikan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.
Pada masa sama, Datuk Nadzim berkata, pihaknya hairan kerana rokok elektronik (vape) telah diharamkan, namun arak tidak pula diharamkan.
“Kita semua tahu rokok tak beri manfaat, tetapi kita tak pernah jumpa lagi orang mati disebabkan hidu asap rokok. Tetapi, orang minum arak memang beri kesan buruk kepada pengguna jalan raya lain hingga bawa mati disebabkan mabuk,” katanya.
Mengulas lanjut beliau berkata, terdapat banyak barangan lain yang wajar dijadikan item bebas cukai selain arak.
“Ini negara Islam dan kenapa perlu ada benda-benda seperti ini? Kenapa perlu ada benda yang bercanggah dengan hukum Islam?,” soalnya.
Artikel oleh: Ismaweb
NAK BEBAS CUKAI ARAK DI PANGKOR, PROMOSILAH JUGA DI TADIKA

Thursday, December 19, 2019

5592) AKTIVITI | JEMPUTAN CERAMAH SEMINAR PENGURUSAN KEWANGAN PENGUATKUASAAN LEMBAH KLANG -PPIM - 19/12/2019

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menyampaikan ceramah di Seminar Pengurusan Kewangan Penguatkuasaan Lembah Klang yang bertajuk "Bahana Ah Long". 

Seminar dianjurkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di EPF Learning Campus, Kajang .



5591) AKTIVITI | PERJUMPAAN DENGAN PENGERUSI EKSEKUTIF SKM - PPIM - 19/12/2019

Pengerusi PPIM, Nadzim Johan@toqqi mengadakan perjumpaan bersama Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), YBhg Datuk Nordin Salleh.

Perjumpaan membincangkan mengenai halatuju Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) serta mendapatkan khidmat nasihat perjalanan KoPPIM dan perkembangan Malakat Mall. 

Turut hadir, Ketua Pengarah Eksekutif KoPPIM, Coach Mohd Fadzil Hashim.



5590) "ILMU DIDADA TAK CUKUP, TAPI NAK KELUARKAN STATEMENT?”-TOQQI - PPIM - 18/12/2019

Kenyataan yang dibuat oleh Exco Pemuda Bersatu Muhammad Muzzammil Ismail dalam Sidang Kemuncak Belia pada 16 Dis lalu mendapat sokongan penuh dari PPIM dalam menggesa belia membantu tangani islamophobia menggunakan platform sosial media. Namun, belia perlu mempunyai ilmu dan mengkaji sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan di platform tersebut.

Menurutnya lagi, bukan semua orang mempunyai kredibiliti untuk mengeluarkan kenyataan bagi menangani isu islamophobia. Agamawan atau ilmuwan yang pakar dalam isu ini perlu dirujuk supaya kenyataan tersebut dapat ditapis sebelum dikeluarkan.

“Kita perlu melalui satu majlis yang faham agenda yang dibincangkan dan bukannya hanya ‘post’ disosial media sekadar memberi jawapan. Hal ini kerana zaman kini orang pertikaikan “apa salah liberal?” Ada yang mengatakan liberal itu bagus dan ada yang tidak. Adakah kenyataan yang dibuat itu bijak?” tambahnya.

PPIM berharap belia mampu fahami isu ini sebaik mungkin supaya mereka tidak tersilap langkah agar perkara yang tidak diingini dapat dielakkan dan diselesaikan dengan bijaksana.



Wednesday, December 18, 2019

5589) AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM DENGAN PENGARAH DASAR KEPENJARAAN - PPIM - 18/12/2019

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama rakan niaga PPIM hari ini mengadakan perjumpaan dengan Pengarah Dasar Kepenjaraan, YBhg Dato' Haji Nordin Haji Muhamad di Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Kajang. Perjumpaan diketuai oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi.

Perjumpaan membincangkan berkenaan "Program Penempatan Semula".

Turut hadir, rakan niaga Restoran Rangkaian Ali Maju, Mobile Infak dan Hot Burger Malaysia.


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL