Friday, January 12, 2024

KEKELIRUAN MAKLUMAT INSURANS: ADAKAH PENGGUNA SEDAR? - AA TV NEWS - 12/01/2024

 

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima banyak aduan berkaitan kekeliruan yang melibatkan syarikat insurans setiap tahun.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi berkata pihaknya mendapati pemain industri insurans di Malaysia gagal menyalurkan maklumat secara berkesan bagi melindungi pengguna daripada salah faham yang mengakibatkan kerugian mencecah ribuan malah jutaan ringgit kepada pengguna.

Oleh itu, PPIM bergabung bersama pakar penyedia platform digital bagi menawarkan maklumat jelas agar pengguna dapat membuat perbandingan secara terus daripada syarikat insurans bagi memudahkan pengguna membuat pilihan dengan bijak mengikut keperluan mereka.

#PPIM #Carilar #aatvnews #informasiurban

Sumber: AA TV News

KEKELIRUAN MAKLUMAT INSURANS: ADAKAH PENGGUNA SEDAR?

https://www.youtube.com/watch?v=0LBBhvExBBw

PERSOALAN RAKYAT:  KENAPA PERLU VAKSIN BOOSTER? - PPIM - 12/01/2024

 

Thursday, January 11, 2024

'CARILAR' TO HELP PEOPLE FACING ISSUES RELATED TO INSURANCE FRAUD - NEW STRAITS TIMES - 11/01/2023

 

KUALA LUMPUR: Motoring Exchange Services (PMX), Carilar platform, has been launched today in efforts to assist people facing insurance issues.

In collaboration with the Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) and Motorcycle Welfare and Protection Club Malaysia, this platform provides transparent price quotations with the best offers for citizens.

PPIM chief activist, Datuk Nadzim Johan, highlighted that PPIM has been receiving various complaints related to insurance issues for several years, considering they are all concerning matters.

"We want to express our concerns about issues related to fraud occurring in the insurance sector and aim to address this matter.

"Among the complaints we have received are challenging insurance claims and instances involving lawyers deceiving to make claims, leaving users ultimately lost and unsure of what to do.

"So, for the first time, by launching this platform, users have the opportunity to interact with experts in the field where they are constantly deceived, which is insurance," he said during a press conference.

He emphasised that the platform is not a profit centre; its sole purpose is to assist individuals in need of any type of insurance guidance.

"We are establishing a helpdesk to address any issues related to insurance, covering a range from motorcycle insurance to airplane insurance, including life insurance and others.

"If you have any questions or concerns, feel free to call us, and we will guide the type of insurance to purchase and where to buy it. Our goal is to assist you in every way possible," he added.

Nadzim said that this initiative can potentially save users up to RM1.2 billion.

"There is a 10 per cent discount if you explore the platform, and it's not something we receive or give.

This discount has a commission that we do not take, thus saving users money.

"We hope that this initiative can help those who wish to inquire or express dissatisfaction. They can call to obtain more information about insurance issues," he said.

Article by: New Straits Times

'CARILAR' TO HELP PEOPLE FACING ISSUES RELATED TO INSURANCE FRAUD

https://www.nst.com.my/news/nation/2024/01/1000005/carilar-help-people-facing-issues-related-insurance-fraud

PERSOALAN RAKYAT: 10 PERKARA KKM PERLU JAWAB - PPIM - 11/01/2023

 




INISIATIF PLATFORM INSURANS PENGGUNA PPIM-PMX CARILAR - PPIM - 11/01/2023

 INISIATIF PLATFORM INSURANS PENGGUNA PPIM-PMX CARILAR: 

  1. PLATFORM DIGITAL REVOLUSIOARI PMX CARILAR MENYERLAH SEBAGAI PLATFORM DIGITAL UNIK YANG MEMAPARKAN SEBUTHARGA TELUS DENGAN TAWARAN TERBAIK,
    MEMBANTU KOMUNITI MELALUI PEMBELIAN INSURANS KENDERAAN BERMOTOR TERUS DARI SYARIKAT INSURAN TANPA MELALUI AGEN.
  2. TIDAK SEPERTI EJEN INSURANS TRADISIONAL, PMX CARILAR TIDAK MENGENAKAN CAJ TERHADAP PREMIUM INSURANS, KOMISEN ATAU MENGUMPUL DATA.
  3. PMX CARILAR MEMANDANG KE HADAPAN DI MANA PREMIUM INSURANS BOLEH DIKURANGKAN MELALUI PLATFORMNYA, MENAWARKAN PELUANG UNTUK PERLUASAN GLOBAL SAMBIL MEMBANTU SYARIKAT INSURANS MENGURANGKAN KOS PERNIAGAAN JANGKA PANJANG.
  4. SEBAGAI PLATFORM PAPARAN BEBAS YURAN, PMX CARILAR MENYELESAIKAN PROSES PEMBAHARUAN INSURANS UNTUK PEMILIK KENDERAAN BERMOTOR.
    PENGGUNA HANYA MASUKKAN BUTIR-BUTIR KENDERAAN MOTOR DAN PERIBADI MEREKA, MEMBENARKAN PMX CARILAR MENYUSUN PILIHAN TERBAIK UNTUK MENDAPATKAN SEBUTHARGA INSURANS KENDERAAN BERMOTOR DARIPADA SYARIKAT INSURANS YANG MENYERTAI.
    PENGGUNA KEMUDIAN MENYEMAK DAN MEMILIH KADAR TERBAIK DARIPADA SEBUTHARGA YANG DIBENTANGKAN, MEMBELINYA TERUS MELALUI LAMAN WEB SYARIKAT INSURANS TERPILIH.
  5. PMX CARILAR ADALAH PLATFORM DIGITAL YANG MEMAPARKAN SEBUT HARGA UNTUK TAWARAN TERBAIK, MEMBANTU KOMUNITI MELALUI PEMBELIAN INSURANS KENDERAAN BERMOTOR.
  6. PMX CARILAR HANYA PENGANTARA BEBAS DAN TIDAK MENJUAL INSURANS SERTA BUKANNYA EJEN INSURANS.
  7. PMX CARILAR BERSAMA LEBIH 23 SYARIKAT INSURANS YANG MANA AKAN MEMAPARKAN SEBUTHARGA UNTUK PENGGUNA MENYEMAK, MEMBANDING DAN MEMILIH.

KEKELIRUAN MAKLUMAT INSURANS: ADAKAH PENGGUNA SEDAR? - SIDANG MEDIA PPIM - 11/01/2024

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima banyak aduan berkaitan kekeliruan yang melibatkan syarikat insurans setiap tahun.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi berkata pihaknya mendapati pemain industri insurans di Malaysia gagal menyalurkan maklumat secara berkesan bagi melindungi pengguna daripada salah faham yang mengakibatkan kerugian mencecah ribuan malah jutaan ringgit kepada pengguna.

Oleh itu, PPIM bergabung bersama pakar penyedia platform digital, PMX Carilar bagi menawarkan maklumat jelas agar pengguna dapat membuat perbandingan secara terus daripada syarikat insurans bagi memudahkan pengguna membuat pilihan dengan bijak mengikut keperluan mereka.

Sehubungan itu, satu sidang media telah diadakan di Pejabat PPIM, Kondominium Villa Puteri.

Monday, January 8, 2024

AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA - PPIM - 08/01/2024

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi hari ini menghadiri perjumpaan bersama Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan di Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.

Perjumpaan membincangkan isu-isu semasa dan kerjasama yang dapat dilakukan bagi kedua-dua belah pihak.






Wednesday, January 3, 2024

AKTIVITI | MAJLIS TAYANGAN PERDANA PENDEKAR AWANG DARAH INDERA GAJAH - PPIM - 02/01/2024

Sekitar Majlis Tayangan Perdana Pendekar Awang Darah Indera Gajah yang dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi di pawagam GSC, IOI City Mall.

PPIM BERI SOKONGAN TIDAK BERBELAH BAGI CADANGAN GUNA DINAR EMAS - DAGANGNEWS - 02/01/2024

 

KUALA LUMPUR 2 Jan - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memberikan sokongan tidak berbelah bagi terhadap insiatif bagi mengurangkan kebergantungan kepada dolar Amerika Syarikat (AS) menerusi penggunaan dinar emas.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata, penggunaan nilai standard dinar emas adalah lebih adil dan lebih stabil berbanding dengan dolar AS.

Malah katanya, usaha ini pasti akan memberikan kesan yang positif kepada ekosistem kepenggunaan di negara ini, khususnya kawalan kenaikan kos sara hidup yang semakin menekan.

Sehubungan itu, kata Nadzim, PPIM menyambut baik saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang mencadangkan penggunaan dinar emas sebagai nilai standard asas rizab negara.

"Walaupun ia adalah sesuatu amalan yang praktikal dan adil, namun sejak 1971 ia dihapuskan dan wujudlah apa yang dikenali sebagai mata wang Fiat yang tidak berasaskan apa-apa komoditi tetapi setakat disokong oleh negara pengeluar mata wang tersebut," katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan

Tambah Nadzim, penggunaan dinar emas bagi mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS juga lebih awal telah disuarakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun, katanya, ia amat sulit diamalkan kerana perdagangan antarabangsa dunia telah terlalu bergantung kepada nilai dolar AS.

Nadzim dalam kenyataan itu juga percaya jika semua negara Islam yang kaya dengan sumber bumi yang berharga seperti minyak dan lain-lain galian serta komoditi memberi tekanan melalui kaedah sekatan bekalan, lambat laun ekonomi gergasi dunia akan terpaksa tunduk kepada amalan yang lebih adil ini.- DagangNews.com

Artikel oleh: DagangNews

PPIM BERI SOKONGAN TIDAK BERBELAH BAGI CADANGAN GUNA DINAR EMAS

https://www.dagangnews.com/article/ppim-beri-sokongan-tidak-berbelah-bagi-cadangan-guna-dinar-emas-33644

PPIM SAMBUT BAIK GUNA STANDARD DINAR NILAI ASAS MATA WANG - KENYATAAN MEDIA PPIM - 02/01/2024

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyambut baik saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencadangkan penggunaan dinar emas sebagai nilai standard asas rizab negara.

"Walaupun ia adalah sesuatu amalan yang praktikal dan adil, namun sejak 1971 ianya dihapuskan dan wujudlah apa yang dikenali sebagai mata wang Fiat yang tidak berasaskan apa-apa komoditi tetapi setakat disokong oleh negara pengeluar mata wang tersebut," kata Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi.

Tambah beliau, penggunaan nilai standard dinar emas adalah lebih adil dan lebih stabil berbanding dengan dolar Amerika.

"Walaupun kaedah ini juga lebih awal telah disuarakan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, namun ia amat sulit diamalkan kerana perdagangan antarabangsa dunia telah terlalu bergantung kepada tambatan nilai dolar Amerika," ujar Toqqi lagi.

Menurut Nadzim, beliau percaya jika semua negara Islam yang kaya dengan sumber bumi yang berharga seperti minyak dan lain-lain galian serta komoditi memberi tekanan melalui kaedah sekatan bekalan, lambat-laun ekonomi-ekonomi gergasi dunia akan terpaksa tunduk kepada amalan yang lebih adil ini.

PPIM akan memberikan sokongan tidak berbelah bagi terhadap usaha ini yang pasti akan memberikan kesan yang positif kepada ekosistem kepenggunaan di negara ini, khususnya kawalan kenaikan kos sara hidup yang semakin menekan,” katanya.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL