Showing posts with label semai kasih berkongsi bahagia. Show all posts
Showing posts with label semai kasih berkongsi bahagia. Show all posts

Thursday, June 15, 2017

3813) Semai kasih Ramadan - Harian Metro Online - 15/6/2017


SESUAI dengan bulan Ramadan yang penuh berkat, Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) mengadakan program Semai Kasih Berkongsi Bahagia di dua maahad tahfiz di Batang Kali dan Sekinchan, hari ini.
Ia bertujuan membantu mereka menjalani ibadah puasa dengan lebih baik selain meringankan beban pelajar yang menanggung kos pengajian.
Ketua Operasi Biro Ekonomi AMIM KS Nazri berkata, Maahad Tahfiz Ehsaniyyah di Pasir Panjang Sekinchan dan Madrasah Jannatul Ulum Batang Kali dijadikan lokasi program kesukarelawanan anak muda.
"Kita dimaklumkan pelajar di sini ada yang kurang berkemampuan, jadi kita bantu serba sedikit. Kita juga ingin memberi inspirasi kepada peserta untuk terus membantu mereka yang memerlukan.
"Selain itu, kita juga mengambil kesempatan melatih ahli AMIM dan NGO gabungan supaya sentiasa bersedia untuk membabitkan diri dengan aktiviti sukarelawan seperti ini. Kita akan teruskan lagi pada masa depan," katanya kepada Harian Metro.
http://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/06/237649/semai-kasih-ramadan

Tuesday, June 13, 2017

3809) PROGRAM SEMAI KASIH BERKONGSI BAHAGIA - AMIM - 10 Jun 2017


Agihan sumbangan telah diadakan pada hari Sabtu dan Ahad anjuran bersama Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) dan Gabungan Bikers Islam Malaysia (GBIM) di Maahad Tahfiz Darul Ehsan, Pasir Panjang Sekinchan, Selangor dan Madrasah Jannatul Ulum, Batang Kali, Selangor.
Flag Off simbolik pelepasan Konvoi di R&R Sungai Buloh telah di rasmikan oleh Ketua Operasi Unit Tindakan Khas PPIM, Tuan Ali yang diringi oleh Timbalan Pengerusi AMIM, Ustaz Abdul Halim.
Selain itu turut diadakan aktiviti berbuka puasa dan bersahur bersama anak-anak Maahad Tahfiz dan Madrasah bagi menyerikan lagi suasana program SEMAI KASIH BERKONGSI BAHAGIA.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada yang terlibat,team AMIM dan warga GBIM. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa agar dapat membantu golongan yang memerlukan.

Wednesday, June 7, 2017

3784) PROGRAM SEMAI KASIH, BERKONGSI BAHAGIA - AMIM



                                            WhatsApp Image 2017-06-04 at 00.14.48
  Assalamualaikum dan salam Ramadhan
 Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, pihak AMIM dengan penganjuran bersama GBIM (Gabungan Bikers Islam Malaysia) akan melaksanakan program "SEMAI KASIH, BERKONGSI BAHAGIA" yang akan diadakan pada 10 hingga 11 Jun 2017, di dua lokasi berbeza (sila rujuk infographic). Oleh itu, kami ingin mengajak terutamanya kepada ahli AMIM Business VIP untik bersama di dalam memeriahkan konvoi ini. (Kalau Tiada motor, boleh join dengan kereta). Untuk itu juga, pihak kami mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada anda bagi menampung sumbangan kepada asnaf, tanggungan perjalanan serta makan minum untuk yang menyertai. Sebarang makluman atau sumbangan, boleh berhubung dengan kami dengan segera. Insha Allah, bulan baik sebegini, moga dikurniakan keuntungan saham akhirat yang berlipat kali ganda untuk setiap sumbangan anda. Jazakallah... -KS NAZRI- KETUA OPERASI BIRO EKONOMI PERSATUAN ANAK MUDA ISLAM MALAYSIA (AMIM)

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL