Showing posts with label lot tanah. Show all posts
Showing posts with label lot tanah. Show all posts

Wednesday, June 21, 2017

3823) DUKA TANAH "GHAIB" - HARIAN METRO - 21/6/2017

HARIAN METRO 21.6.2017Kuala Lumpur: “Sudahlah tanah yang dijanjikan tidak dapat, duit RM72,000 yang disimpan selama lebih 30 tahun pula lesap sekelip mata,” kata warga emas Sabri Othman, 72.
Bekas pekerja bank itu antara 150 mangsa penipuan dua individu bergelar Datuk yang didakwa menjadi dalang penipuan jualan lot tanah secara besar-besaran membabitkan kerugian keseluruhan kira-kira RM9 juta sejak enam tahun lalu.
Menurut Sabri, episod hitam hidupnya bermula pada 2012 apabila terlihat iklan lot tanah untuk dijual di daerah Hulu Langat pada harga jauh lebih murah daripada nilai pasaran membuatkannya tertarik untuk memiliki dua lot tanah pada harga RM72,000.
“Setiap satu lot tanah berkeluasan 50x60 dijual pada harga RM36,000 dan saya bersetuju membeli dua lot untuk diberikan kepada dua anak selepas yakin apabila Datuk berkenaan menunjukkan peta lot tanah.
“Malah, dia juga membawa saya ke beberapa lagi lokasi melihat lot tanah yang sudah ditarah untuk dijual kepada pembeli membuatkan saya yakin walaupun tidak ditunjukkan geran,” katanya selepas membuat aduan di Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini semalam.
Menurut Sabri, kerana terlalu terdesak untuk mendapatkan tanah ditambah dengan keyakinan melihat pejabat Datuk berkenaan yang besar dan mewah, dia membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM7,200 menggunakan wang simpanan.
“Dalam tempoh setahun, saya sudah melangsaikan semua RM72,000 termasuk menggunakan wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana tidak sabar mahu memilik tanah yang dijanjikan.
“Bagaimanapun, beberapa bulan selepas itu, saya langsung tidak mendengar khabar atau menerima apa-apa surat daripada pejabat Datuk berkenaan sehingga menyedari ditipu pada 2014 apabila mendapat tahu pejabatnya ditutup dan berpindah ke tempat lain,” tambahnya.
Harian Metro sebelum ini melaporkan modus operandi digunakan sindiket didalangi dua individu bergelar Datuk terbabit ialah menjual tanah milik orang lain di sekitar Gombak dan Hulu Langat yang belum bertukar hak milik dengan tawaran harga rendah daripada nilai pasaran.
Laporan menyebut, semua mangsa kerugian antara RM80,000 hingga RM160,000 wang simpanan, malah ada yang mengeluarkan caruman KWSP dan membuat pinjaman persendirian kerana berminat dengan tawaran itu.
Snapshot
http://www1.hmetro.com.my/setempat/2017/06/239391/duka-tanah-ghaib

Saturday, June 17, 2017

3816) KERUGIAN LEBIH RM9 JUTA AKIBAT LOT TANAH - UTUSAN MALAYSIA - 17/6/2017

Kuala Lumpur 16 Jun - Beberapa syarikat kat pemaju hartanah didapati menjadi dalang kes penipuan lot tanah secara  besar-besaran sehingga mengakibatkan 150 individu menjadi mangsa dengan kerugian dianggarkan melebihi rm9 juta.
Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Yusuf Azmi berkata, pihaknya dikejutkan dengan aduan berkaitan kes itu yang didalangi beberapa syarikat pemaju yang menyasarkan golongan bumiputera sebagai mangsa.
"Ada beberapa syarikat pemaju dilaporkan terlibat dalam sindiket ini dan syarikat-syarikat tersebut didakwa dimiliki oleh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan rakan kongsinya yang juga bergelar Datuk.
"Sehingga kini, seramai 150 individu telah menjadi mangsa penipuan harga tanah ini. Malah pergerakan sindiket semakin berleluasa hingga mengakibatkan semua pengadu menanggung kerugian dianggarkan lebih RM9 juta," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Dalam pada itu, kata Muhammad Yusuf, modus operandi digunakan oleh sindiket berkenaan adalah dengan menjual tanah milik orang lain yang masih belum bertukar hak milik.
Sehubungan itu katanya, pihaknya merasakansudah tiba masanya untuk kerajaan mengkaji satu dasar baharu bagi melindungi rakyat daripada ancaman penipuan sindiket seperti itu.
Menurut beliau, semua mangsa terlibat telah menggunakan wang simpanan, wang pencen malah ada yang membuat pinjaman peribadi dan mengeluarkan simpanan KWSP bagi membayar kepada syarikat tersebut dengan harapan mereka dapat memiliki tanah untuk membina rumah atau dijadikan pelaburan.
"Malangnya, harapan dan impian kesemua mangsa hancur apabila menyedari mereka sebenarnya telah terjerat dan ditipu oleh pemangsa," ujarnya.
Kata Muhammad Yusuf lagi, kebanyakkan tanah dijual terletak di sekitar Gombak serta Hulu Langat dan sehubungan dengan itu, PPIM mendesak pihak berkaitan seperti Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan Selangor; Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor menyiasat dan mengambil tindakan segera.
"Biasanya, bagi mengaburi mata mangsa, Datuk berkenaan sering memaparkan kemewahan yang dimilikinya seperti rumah dan kereta mewah. Tetapi sebaliknya semua itu hanya penipuan terancang yang telah menjerat ratusan mangsa yang impikan kehidupan mewah sepertinya," tegas Muhammad Yusuf.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL