Showing posts with label YBK. Show all posts
Showing posts with label YBK. Show all posts

Thursday, August 24, 2023

AKTIVITI | SIDANG MEJA BULAT MENOKTAHKAN KEMISKINAN : DI MANA MALAYSIA - PPIM - 23/08/2023

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke sesi Sidang Meja Bulat (Roundtable Discussion) bertajuk ‘Menoktahkan Kemiskinan: Di Mana Malaysia’ anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan Benevolent Malaysia di YBK, Petaling Jaya. 

Objektif sesi adalah bagi mendapatkan input serta buah fikiran berkenaan isu-isu pembasmian kemiskinan dan seumpamanya, menuju ke arah pelaksanaan Konvensyen Nasional Menoktah Kemiskinan yang akan diadakan pada bulan Oktober nanti.

Thursday, June 30, 2022

PPIM, YBK PROVIDE 647 HA FOR AGRICULTURE AND LIVESTOCK - BERNAMA - 29/06/2022

 

KUALA LUMPUR, June 29 (Bernama) — Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) has signed a memorandum of understanding (MoU) with the Muslim Consumers Association of Malaysia (PPIM) to provide 647 hectares (ha) of land in Bukit Tasik Serendah, Selangor for agricultural and livestock development.

YBK chairman Datuk Zainal Abidin Sakom said the effort is aimed at overcoming the food security problem as well as to persuade other non-governmental organisations (NG0s) to join the government's call to grow their own crops.

'Currently, we are carrying out development only at the front of the area which involves 32 to 40 hectares. So the remaining 607 hectares can be filled by any party while waiting for the development to be fully completed: he said at a press conference here today.

Zainal said they have opened registration for any takers but will first evaluate the type of agricultural activity proposed.

If the activity is suitable for development, then we will discuss whether they want to participate as a joint venture or enter into profit-sharing: he said.

The MoU was signed by Zainal Abidin and PPIM chief activist Datuk Nadzim Johan.


Article by: Bernama

PPIM, YBK PROVIDE 647 HA FOR AGRICULTURE AND LIVESTOCK

https://bernama.com/en/general/news.php?id=2095777

Wednesday, June 29, 2022

YBK, PPIM SEDIAKAN 647 HEKTAR TANAH BAGI AKTIVITI PERTANIAN DAN PENTERNAKAN - BERNAMA - 29/06/2022

 

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) — Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi menyediakan 647 hektar tanah di Bukit Tasik Serendah, Selangor untuk aktiviti pertanian dan penternakan.

Pengerusi YBK Datuk Zainal Abidin Sakom berkata ia bertujuan mengatasi isu jaminan makanan sekali gus pencetus kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain menyambut saranan kerajaan untuk menjalankan tanaman sendiri.

"Buat masa ini, kami sedang melakukan aktiviti pembangunan di bahagian hadapan kawasan tersebut yang hanya melibatkan 32 hingga 40 hektar. Jadi, baki 607 hektar boleh diisi oleh mana-mana pihak sementara menunggu pembangunan siap sepenuhnya," katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani MoU berkenaan di sini hari ini.

MoU itu ditandatangani Zainal Abidin dan Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.

Zainal Abidin berkata mereka telah membuka pendaftaran namun akan menilai terlebih dahulu aktiviti yang dicadangkan.

"Sekiranya aktiviti itu sesuai untuk dibangunkan, maka kami (YBK dan PPIM) akan bincang sama ada mereka hendak sertai secara usaha sama ataupun perkongsian untung," katanya.


Artikel oleh: Bernama

YBK, PPIM SEDIAKAN 647 HEKTAR TANAH BAGI AKTIVITI PERTANIAN DAN PENTERNAKAN

https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2095700

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL