Showing posts with label SOLIDARITI PERINGKAT SEKOLAH. Show all posts
Showing posts with label SOLIDARITI PERINGKAT SEKOLAH. Show all posts

Saturday, October 28, 2023

PPIM SELAR WAKIL RAKYAT BANTAH MINGGU SOLIDARITI PALESTIN DI SEKOLAH - SINAR HARIAN - 27/10/2023

 

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyelar tindakan dua wakil rakyat dari Sarawak yang membantah pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin di kesemua institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, pelaksanaan minggu tersebut secara tidak langsung akan menyedarkan pelajar tentang kepentingan bersolidariti di pelbagai peringkat kerana ia mampu menggugat syarikat korporat dunia.

"Apakah mereka (wakil rakyat Sarawak) menyokong Israel? Tidakkah mereka mahu semua rakyat Malaysia tahu penindasan yang berlaku dan apa cara semua rakyat Malaysia termasuk pelajar boleh lakukan untuk mengubah keadaan itu?

“Jangan jadikan Palestin sebagai isu agama. Lihat pada gambaran lebih meluas. Jangan kolot sangat minda itu.

"Atau perlukah rakyat memilih wakil rakyat baharu yang lebih celik mengenai isu global?” soalnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada Khamis, media melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’kelalan, Baru Bian dan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin yang memaklumkan institusi pendidikan tidak sepatutnya terlibat dalam pertikaian politik global termasuk krisis Israel-Palestin.

Mengulas lanjut, Nadzim berkata, wakil rakyat perlu bersama kerajaan Malaysia dalam menentang keganasan.

“Jika mereka tidak senada dengan kerajaan Malaysia, layakkah mereka mewakili suara rakyat yang sebulat suara menentang kezaliman Israel?

"Apakah mereka mahu menyembunyikan kebenaran daripada pelajar sekolah dan menganggap pelajar sekolah tidak boleh bersuara," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, program solidariti di peringkat sekolah secara tidak langsung akan mendidik pelajar mengenai isu global, pendirian negara dan kepentingan politik.

Menurutnya, langkah itu wajar kerana pelajar sekolah tidak digalakkan menyertai himpunan awam mengenai isu Palestin.

“Kita mahu anak-anak sekolah ini mengetahui isu yang melanda Palestin. Menerusi program solidariti bersama Palestin di peringkat sekolah, mereka akan didedahkan tentang perkara sebenar yang sedang berlaku.

"Pelajar dapat bertanya soalan, mendekati atau menghayati penderitaan yang dilalui kanak-kanak sebaya mereka di Palestin dan menyedari kezaliman Israel," tegasnya.

Artikel oleh: Sinar Harian

PPIM SELAR WAKIL RAKYAT BANTAH MINGGU SOLIDARITI PALESTIN DI SEKOLAH

https://www.sinarharian.com.my/article/631775/berita/nasional/ppim-selar-wakil-rakyat-bantah-minggu-solidariti-palestin-di-sekolah

SOLIDARITI PERINGKAT SEKOLAH DIDIK PELAJAR KEPENTINGAN POLITIK - KENYATAAN MEDIA PPIM - 27/10/2023

KUALA LUMPUR: Program Solidariti di peringkat sekolah mendidik pelajar mengenai isu global, pendirian negara dan kepentingan politik.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Nadzim Johan@Toqqi berkata langkah itu wajar kerana pelajar sekolah tidak digalakkan menyertai himpunan awam mengenai isu Palestin.

"Kita mahu anak-anak sekolah ini mengetahui isu yang melanda di Palestin, program Solidariti bersama Palestin di peringkat sekolah mendedahkan mereka kepada apa yang sedang berlaku.

"Pelajar dapat bertanya soalan, mendekati atau menghayati penderitaan yang dilalui kanak-kanak sebaya mereka di Palestin dan menyedari kezaliman oleh Israel," katanya tegas.

Tambah Nadzim apa yang berlaku di Palestin boleh berlaku di Malaysia jika rakyat Malaysia terus bermusuhan sesama kita dan tidak tegas mempertahankan perpaduan negara.

Justeru, PPIM menyelar tindakan dua wakil rakyat Sarawak menyuarakan bantahan terhadap keputusan kerajaan agar sekolah dan institusi pendidikan awam mengadakan minggu solidariti bagi menunjukkan sokongan kepada Palestin.

"Apakah mereka menyokong Israel? Tidakkah mereka mahu semua rakyat Malaysia tahu penindasan yang berlaku dan apa cara semua rakyat Malaysia termasuk pelajar boleh lakukan untuk mengubah keadaan itu," tegas Nadzim.

Tambah Nadzim pelajar sekolah boleh melihat bagaimana kuasa pengguna dipelbagai peringkat amat penting dan mampu menggugat syarikat korporat peringkat dunia jika semua pengguna bersatu hati dan bersolidariti.

"Jangan jadikan isu Palestin isu agama, lihatlah pada gambaran yang lebih luas, jangan kolot sangat minda itu, atau perlukah rakyat memilih wakil rakyat yang baharu, yang lebih celik mengenai isu global," kata Nadzim.

Sebelum ini pejabat Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan) Azman Ahmad mengarahkan semua sekolah mengadakan minggu solidariti diadakan pada 29 Oktober hingga 3 November, dengan cadangan enam kegiatan.

Pekeliling itu bagaimanapun mengundang bantahan sejumlah NGO yang menggesa kerajaan agar sekolah dan institusi pendidikan tidak dilibatkan dengan isu konflik antarabangsa, pertikaian agama dan perang.

Adun Ba'Kelalan Baru Bian dan Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin) mempersoalkan keperluan ia diadakan, memandangkan fokus utama sekolah adalah pendidikan pelajar.

Nadzim menyelar tindakan mereka dan mempersoalkan samada kedua wakil rakyat dari  Sarawak itu memahami soal perpaduan, bersatu hati dan apa maksud solidariti.

"Jika mereka tidak senada dengan kerajaan Malaysia, layakkah mereka mewakili suara rakyat yang sebulat suara menentang kezaliman Israel?

"Apakah mereka mahu menyembunyikan kebenaran dari pelajar sekolah dan menganggap pelajar sekolah tidak boleh bersuara," katanya.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL