Showing posts with label PELANTIKAN PENGERUSI. Show all posts
Showing posts with label PELANTIKAN PENGERUSI. Show all posts

Thursday, May 22, 2025

KEPAKARAN ABDUL KADIR MAMPU MANTAPKAN PENGURUSAN AIR NEGARA - BERITA HARIAN - 22/05/2025

KUALA LUMPUR: Kemampanan pengurusan air di negara ini diyakini mampu dicapai melalui pelantikan pengerusi baharu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Abdul Kadir Mohd Din.

Timbalan Presiden KL Eko-Knights, Amlir Ayat, berkata ini kerana Abdul Kadir bukan saja seorang pakar pengurusan air yang mampu menyumbangkan idea relevan dan realistik, malah sentiasa bersedia menerima kritikan serta teguran demi kemantapan pengurusan air di Malaysia.

Beliau berkata, pengalaman dimiliki Abdul Kadir adalah kritikal dalam menunaikan tanggungjawab baharunya itu.

"Saya yakin Abdul Kadir dapat menjalankan amanahnya dengan baik dan adil demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

"Beliau dilihat bukan sekadar berwibawa dalam memenuhi tanggungjawabnya, malah berupaya menangani cabaran dalam pengurusan air yang sedang dan akan dihadapi oleh SPAN," katanya melalui kenyataan, hari ini.

Abdul Kadir yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Indah Water Konsortium Sdn Bhd dilantik Pengerusi SPAN awal bulan ini bagi menggantikan bekas Ahli Parlimen, Charles Santiago.

Abdul Kadir berpengalaman lebih 10 tahun dalam pengurusan air di negara ini termasuk pernah menjawat jawatan Presiden Malaysian Water Association (MWA); Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Pengerusi Akademi Air Malaysia Sdn Bhd.

Beliau juga pernah terbabit dalam penghasilan Rancangan Transformasi Sektor Air (WST 2040) di bawah Akademi Sains Malaysia dan sebagai ahli kepada Malaysian Water Partnership (MyWP).

Sebelum ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyifatkan SPAN memerlukan suntikan kepakaran yang mampu menggalas tugas bagi mengurangkan impak dan pada masa sama, memperbaiki bekalan serta kualiti air negara.

PPIM berkata, berdasarkan kredibiliti dan rekod perkhidmatan kecemerlangannya, pelantikan Abdul Kadir adalah langkah strategik yang dapat mempercepatkan proses reformasi sektor air, sejajar aspirasi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Artikel oleh: Berita Harian

KEPAKARAN ABDUL KADIR MAMPU MANTAPKAN PENGURUSAN AIR NEGARA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/05/1398995/kepakaran-abdul-kadir-mampu-mantapkan-pengurusan-air-negara

Tuesday, May 13, 2025

PELANTIKAN ABDUL KADIR SEBAGAI PENGERUSI SPAN AKAN PERCEPAT TRANSFORMASI AIR - MALAYSIA GAZETTE - 12/05/2025

 

KUALA LUMPUR- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyambut baik dan menyokong pelantikan Datuk Abdul Kadir Din sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Persatuan tersebut menerusi kenyataan berkata, suruhanjaya itu memerlukan suntikan kepakaran yang mampu menggalas tugas bagi mengurangkan impak dalam masa yang sama, memperbaiki bekalan dan kualiti air negara.

Sehubungan itu katanya, berdasarkan kredibiliti dan rekod perkhidmatan kecemerlangannya, pelantikan Abdul Kadir adalah langkah strategik yang dapat mempercepatkan proses reformasi sektor air, sejajar dengan aspirasi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

“Langkah melantik tokoh berpengalaman seperti Abdul Kadir juga dilihat selaras dengan dasar kerajaan untuk memperkukuh tadbir urus melalui pelantikan individu berkelayakan profesional bagi mengetuai agensi-agensi penting negara,” katanya.

Menurut PPIM, Abdul Kadir aktif mempromosikan kemajuan industri melalui penglibatan sebagai penceramah, panelis dan moderator dalam pelbagai konvensyen, seminar serta persidangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Justeru, sebagai seorang sosok yang profesional, beliau diyakini akan memanfaatkan pengetahuan dan pengalaman sepanjang kariernya sebelum ini demi memperhebat industri tersebut dengan integriti.

“Pengalaman dan pengetahuan mendalam yang dimiliki beliau seharusnya dilihat sebagai nilai tambah yang mampu membantu melonjakkan industri air negara ke tahap yang lebih tinggi.

“Beliau juga aktif mempromosikan kemajuan industri melalui penglibatan sebagai penceramah, panelis dan moderator dalam pelbagai konvensyen, seminar serta persidangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” tambahnya.

Tambah PPIM, antara sumbangan besar beliau ialah secara langsung dalam pembangunan dokumen Pelan Transformasi Air 2040, yang kini menjadi panduan utama dalam merealisasikan pembaharuan menyeluruh sektor air negara.

Selain itu, beliau turut dikenali sebagai pakar rujuk (subject matter expert) dan telah menyumbang ilmu serta kepakaran beliau kepada beberapa institusi pengajian tinggi tempatan melalui pelantikan sebagai pensyarah jemputan (adjunct lecturer).

“Ini menunjukkan komitmen beliau dalam memperkasa generasi profesional masa hadapan dalam bidang kejuruteraan dan pengurusan air,” katanya lagi.

Baru-baru ini, Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof membatalkan pelantikan Abdul Kadir sebagai Pengerusi SPAN bagi menggantikan  Charles Anthony Santiago.

Presidennya, R. Meenakshi berkata, ia susulan risiko berlaku konflik kepentingan Abdul Kadir dengan syarikat swasta berkaitan pengurusan air dan sisa.

Selain itu Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan  turut menyuarakan kebimbangan yang sama.

Kemudian, PETRA menerusi kenyataan menjelaskan Pengerusi SPAN baharu itu telah melepaskan jawatannya dalam syarikat swasta yang dikatakan, sebelum memulakan tugas barunya pada 5 Mei lalu.-MalaysiaGazette

Artikel oleh: Malaysia Gazette

PELANTIKAN ABDUL KADIR SEBAGAI PENGERUSI SPAN AKAN PERCEPAT TRANSFORMASI AIR

https://malaysiagazette.com/2025/05/12/pelantikan-abdul-kadir-sebagai-pengerusi-span-akan-percepat-transformasi-air/

Monday, May 12, 2025

LANTIKAN TOKOH BERPENGALAMAN DALAM INDUSTRI BAKAL SEGERAKAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AIR - KENYATAAN MEDIA PPIM - 12/05/2025

Walaupun Malaysia antara negara yang dikurniakan Allah dengan taburan hujan yang banyak, dan mempunyai simpanan air lebih 5 kali ganda dengan paras antarabangsa, namun pengurusan airnya juga mempunyai beberapa cabaran tersendiri.

Umum menyedari bahawa air bersih merupakan komoditi yang amat bernilai namun kian hari berhadapan ancaman daripada aspek ketersediaan akibat kecuaian pengurusan dan pencemaran.

Kemajuan industri dan pemodenan negara telah menimbulkan beberapa masalah alam sekitar yang menjejaskan kualiti dan kuantiti air negara.

Negara juga sedang berhadapan masalah air tidak terhasil (NRW) yang tinggi akibat infrastruktur usang dan kos penggantian dan penyelerenggaraan yang kian meningkat.

Untuk mendepani cabaran-cabaran ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memerlukan satu suntikan kepakaran yang mampu menggalas tugas untuk mengurangkan impak dan memperbaiki bekalan dan kualiti air negara.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyambut baik dan menyokong penuh pelantikan Datuk Ir. Abdul Kadir Mohd Din, FASc sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang baharu berkuat kuasa 5 Mei 2025 lalu.

Berdasarkan semakan PPIM, Abdul Kadir merupakan tokoh berpengalaman luas dalam industri perkhidmatan air dan pernah memegang beberapa jawatan strategik dalam organisasi berkaitan. Beliau juga aktif mempromosikan kemajuan industri melalui penglibatan sebagai penceramah, panelis dan moderator dalam pelbagai konvensyen, seminar serta persidangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Selain itu, beliau turut dikenali sebagai pakar rujuk (subject matter expert) dan telah menyumbang ilmu serta kepakaran beliau kepada beberapa institusi pengajian tinggi tempatan melalui pelantikan sebagai pensyarah jemputan (adjunct lecturer). Ini menunjukkan komitmen beliau dalam memperkasa generasi profesional masa hadapan dalam bidang kejuruteraan dan pengurusan air.

Antara sumbangan besar beliau termasuk penglibatan secara langsung dalam pembangunan dokumen Pelan Transformasi Air 2040, yang kini menjadi panduan utama dalam merealisasikan pembaharuan menyeluruh sektor air negara.

PPIM juga yakin bahawa selaku seorang profesional, beliau akan memanfaatkan segala pengetahuan dan pengalaman beliau di sepanjang karier beliau sebelum ini untuk memperhebat industri dengan penuh berintegriti. Pengalaman dan pengetahuan mendalam yang dimiliki beliau seharusnya dilihat sebagai nilai tambah yang mampu membantu melonjakkan industri air negara ke tahap yang lebih tinggi.

Berdasarkan kredibiliti dan rekod perkhidmatan beliau yang cemerlang, PPIM percaya bahawa pelantikan ini adalah langkah strategik yang dapat mempercepatkan proses reformasi sektor air — sejajar dengan aspirasi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

Langkah melantik tokoh berpengalaman seperti Abdul Kadir juga dilihat selaras dengan dasar kerajaan untuk memperkukuh tadbir urus melalui pelantikan individu berkelayakan profesional bagi mengetuai agensi-agensi penting negara.

SELAMAT MENJALANKAN AMANAH!

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL