Showing posts with label PASAR CHOW KIT. Show all posts
Showing posts with label PASAR CHOW KIT. Show all posts

Saturday, April 11, 2020

5861) MESIN SANITASI VBN DI PASAR RAJA BOT - SINAR HARIAN - 10/04/2020


KUALA LUMPUR - Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPPKMWP) mengambil inisiatif memasang mesin sanitasi yang dikenali sebagai 'Virus Buster Nanospray (VBN)' di hadapan Pasar Raja Bot bagi memastikan kesihatan dan kebersihan di kalangan pelanggan.
Yang Dipertua PPPKMWP, Mohamad Abdullah berkata, mesin tersebut merupakan hasil sumbangan dari syarikat Zul Design Autotronic dan dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi menangani pandemik koronavirus (Covid-19) yang sedang melanda negara sekarang ini.
"Kami mengharapkan dengan adanya mesin sanitasi itu dapat membantu mengawal penyebaran seterusnya memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.
"Mesin ini juga diyakini dapat meningkat tahap keselamatan dan kesihatan pelanggan dan peniaga di pasar ini," katanya.
Datuk Mohamad Abdullah
Datuk Mohamad Abdullah
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan mesin 'Virus Buster Nanospray' itu merupakan sumbangan daripada syarikat Zul Design Autotronic dan dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di hadapan Pasar Raja Bot di sini hari ini.
Beliau berkata, bagaimanapun pengoperasian mesin sanitasi itu akan dilakukan selepas mendapat kebenaran daripada pihak berwajib.
"Kita sedang memohon kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk pengoperasian mesin ini dan selepas itu ia bakal digunakan oleh pengunjung selepas melakukan pembelian di pasar terbabit.
"Buat masa ini, pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan suhu bagi pelanggan sebelum masuk ke pasar tersebut dan selepas ini dengan adanya mesin sanitasi itu ia akan menjadikan suasana di sini lebih praktikal," katanya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai pengunjung di pasar itu, katanya bilangan pengunjung agak menurun sedikit berbanding sebelum ini.
"Jika sebelum ini bilangan pengunjung boleh dikatakan 500 hingga 1,000 setiap hari, namun bilangan pengunjung boleh dikatakan turun sehingga 50 peratus," katanya.

Artikel oleh: Sinar Harian

Friday, April 10, 2020

5857) PASAR RAJA BOT, CHOW KIT PASAR AWAM PERTAMA GUNA VIRUSBUSTER NANOSPRAY - PPPKMWP - 10/04/2020

Pasar Raja Bot, Chow Kit adalah pasar awam yang pertama sekali yang menggunakan Virusbuster Nanospray kepada orang awam sebelum memasuki pasar tersebut.

Mesin sanitasi ini adalah sumbangan dari pemilik rekaan ini iaitu Zul Design Autotronic dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Mesin sanitasi ini mampu menghapuskan sehingga 99.99% terhadap sebarang virus yang terlekat pada pakaian atau tubuh badan manusia yang melalui terowong mesin tersebut dengan hanya kurang dari 10 saat.

Hebat bukan!

Terima kasih juga kepada wartawan Juliana Sharin yang telah membuat laporan khas berkenaan rekaan ini.

Rekaan mesin ini hadir tepat pada waktunya.

Hasil dari laporan itulah pihak Zul Design Autotronic dan PPIM sudi untuk menyumbangkan sebuah mesin sanitasi ini kepada pihak PPPKMWP cawangan Jalan Raja Bot.

Semoga rekaan ini mampu diletakkan di banyak tempat-tempat awam lain disekitar negara selepas ini.

Kami sangat berbesar hati atas sumbangan dari pihak tuan ini.

Semoga terowong sanitasi ini memberi sinar kepada kita semua. Ameen.

Sekian, Terima Kasih.

“Moga Allah s.w.t membalas jasa kalian”

Herman Plani Syafrudin
Exco Belia Niaga PPPKMWP
10 April 2020


Artikel oleh: Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan

PASAR RAJA BOT, CHOW KIT PASAR AWAM PERTAMA GUNA VIRUSBUSTER NANOSPRAY

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL