Showing posts with label NOMBOR PLAT. Show all posts
Showing posts with label NOMBOR PLAT. Show all posts

Tuesday, June 30, 2015

2728) Eksklusif: Fakta Tersembunyi Disebalik Plat Termahal Di Malaysia "PATRIOT 1"

OLEH: Editor



Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) mensasarkan kutipan dana sehingga RM 20 juta hasil penjualan (bidaan)  plat khas 'PATRIOT'.

Presiden YPNM, Brigadier-General Datuk Husainay Hashim bersama Timbalannya, Datuk Paduka Nadzim Johan dalam sidang media yang diadakan, siang tadi.
Dalam sidang media yang diadakan hari ini, Presiden YPNM, Brigadier-General Datuk Husainay Hashim menyatakan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memberikan kebenaran kepada pihaknya bagi menjalankan bidaan.

“Setiap bidaan plat PATRIOT memerlukan deposit 20 peratus daripada nilai yang ditawarkan.

“YPNM telah diberi kelulusan oleh JPJ untuk menjual plat khas siri PATRIOT,” kata Husainay.

YPNM merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berobjektifkan untuk menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.

“Hasil daripada keuntungan penjualan plat ini, YPNM akan melaksanakan aktiviti dan program yang telah dirancang,

“YPNM akan menjalankan program dan aktiviti yang memupuk semangat patriotisme dan menyatupadukan masyarakat berbilang agama serta kaum di Malaysia,

“Kami yakin usaha ini akan mendapat sokongan seluruh rakyat Malaysia,

“Individu atau organisasi yang terlibat dalam penjualan atau pembelian plat PATRIOT, secara tidak langsung menyokong segala usaha YPNM dalam mencapai objektifnya,” kata kenyataan YPNM yang dipetik dari sidang media, hari ini.


Sementara itu, Timbalan Pengerusi NGO itu, Datuk Paduka Nadzim Johan menyatakan bahawa pihaknya turut mendapat faedah keuntungan kewangan (selepas pembayaran premium JPJ sebanyak RM1 Juta) dari projek itu, iaitu lebihan dari wang 'premium' RM1 Juta itu akan dijadikan dana YPNM.

"Projek bidaan plat ini bukan dilancarkan secara percuma, tetapi kami juga perlu membayar premium kepada pihak JPJ sebanyak 1 juta,

Jika pihak kami berjaya mendapat lebih dari 1 juta, lebihan wang ini akan disalurkan kepada pihak yayasan sebagai dana", kata Nadzim..

Beliau juga mendedahkan bahawa seramai lima orang telah membida plat yang miliki bidaan tertinggi dalam sejarah Malaysia itu, iaitu PATRIOT 1.

VIDEO: PENERANGAN RINGKAS MENGENAI 'PATRIOT'


KENYATAAN OLEH PIHAK YPNM MENGENAI PENJUALAN PLAT 'PATRIOT'
PROMOSI PELANCARAN Bagi 200 Pembeli Terawal Dengan Harga RM500 Tanpa Bidaan! Ayuh Dapatkan Segera No. Plat Khas Siri...
Posted by Yayasan Patriot Negara Malaysia on Friday, June 26, 2015





"PATRIOT 1 dibida pada harga RM1.3 juta, sekaligus mencatat sejarah sebagai harga bidaan nombor plat tertinggi di Malaysia."
OBJEKTIF PENJUALAN PLAT PATRIOT DIMANIPULASI PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Jika diperhatikan, kebanyakan berita yang dilaporkan oleh media mengenai PATRIOT ini telah dimanipulasi dan disebarkan (viral) tanpa usul periksa walaupun telah diterangkan dengan terperinci di laman www.plat.patriot.org.my

Berikut adalah paparan 'screen shot' dari laman plat patriot tentang OBJEKTIF projek khas ini:

Sumber: https://plat.patriot.org.my/page/about


"Kenapa YPNM jual mahal sangat? Sampai cecah RM1.3 juta! Nombor plat 'je' pun..."  

"Ini mesti taktik 'business' yang nak kaut keuntungan peribadi ni.."
Keratan dialog diatas antara topik perbualan hangat yang diperkatakan umum sekarang. Ini input fakta yang dimanipulasikan (oleh pihak tidak bertanggungjawab). Perkara sebegini tidak patut terjadi, oleh itu semua pembaca (rakyat) kena pastikan kesahihan maklumat yang diterima itu 'sah' dahulu sebelum mempercayainya bulat-bulat.

Pada 2011, plat khas G1M1 telah dijual dengan harga RM1.3 juta. Pokoknya, harga bidaan PATRIOT 1 bukanlah perkara 'luar biasa' untuk dijadikan isu.

"Plat khas G1M1 berjaya dijual pada harga yang sama, iaitu RM1.3 juta! Namun, plat PATRIOT 1 masih lagi dalam proses bidaan dan dijangka meningkat sehingga mencecah RM 2.5 juta." 

Sumber: 
http://carplate.blogspot.com/2011/08/malaysia-highest-car-plate-number-bid.html
Bagaimanapun, sekalung tahniah diucapkan kepada pihak YPNM kerana berani tampil untuk jawab tohmahan yang diterima, sekaligus berjaya 'menjernihkan' keadaan dan imej pihak mereka daripada dicalarkan pihak tidak bertanggungjawab.

FOTO: SEKITAR SIDANG MEDIA (30/06/2015)





Ihsan: Media PPIM

INFO: ANTARA PLAT LAIN YANG MILIKI HARGA BIDAAN TERMAHAL SEBELUM INI.



Displaying nombor-plet-termahal-malaysia-2014-W1N.jpg


Displaying kosmo Plat WWW 1_08042012_2e2.jpg

Displaying Plat-BMW.jpg

APA KOMEN PENGARAH JPJ MENGENAI KONTROVERSI 'PATRIOT 1'?

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad 
Menurut portal berita Malaysiakini, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad enggan mengulas perkara itu dan berkata soalan itu sepatutnya diajukan pada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Ketiadaan jawapan-jawapan itu mengundang kritikan sama ada amalan kronisme terlibat dalam urusan bidaan itu. Namun, perkara ini telah dinafikan pihak YPNM.

"Malaysia,


Monday, June 29, 2015

2727) Tahukah Anda, Nombor Plat Termahal Di Dunia Berharga RM30.95 Juta?


Seorang ahli perniagaan menolak tawaran lebih £6 juta (RM30.9 juta) untuk nombor plat pendaftaran F1 yang mungkin membolehkannya membeli 600 kereta Ford Fiestas.

Afzal Khan membelanjakan ratusan ribu pound untuk memiliki satu daripada koleksi plat pendaftaran peribadi paling hebat di Britain. Dan nombor pendaftaran paling diburu ramai ialah F1 yang kini tertera pada kereta Bugatti Veyron miliknya. Usahawan itu mencetuskan kontroversi pada 2008 apabila dia membayar £440,000 (RM2.2 juta) untuk nombor pendaftaran itu yang diletakkan pada Mclarren Mercedes, harga paling tinggi untuk nombor plat kenderaan pernah dicatatkan di Britain.


Tetapi ia terbukti menjadi pelaburan menguntungkan dengan nilai plat pendaftaran itu kian meningkat lebih 10 kali ganda selepas seorang hartawan menawarkan untuk mebelinya dengan harga RM30.9 juta. Sekiranya dia menerima tawaran itu, akan membolehkannya membeli enam lagi Bugatti Veyron, 75 Range Rover atau 600 Ford Fiestas.

Bagaimanapun, Khan yang mempunyai syarikat Rekaan Khan di Brad- ford, menolak tawaran itu kerana percaya nilainya lebih tinggi daripada tawaran diterima.

Malah, dia tidak terdesak untuk memiliki kereta baru kerana turut mempunyai plat pendaftaran Mercedes SLR McLarennya yang berharga antara £200,000 (RM1.03 juta) dan sebuah lagi plet kereta terpakainya yang berharga £300,000 (RM1.5 juta). Keengganan Khan untuk menjual plat pendaftaran itu bermakna dia masih memegang rekod sebagai individu paling banyak membelanjakan wang untuk memperoleh plat pendaftaran kereta di Britain.


Sementara itu, jutawan Russia Roman Abramovich, yang juga pemilik kelab bola sepak Chelsea hanya bersedia membelanjakan sebanyak £285,000 (RM1.4 juta) daripada hartanya yang bernilai £11 bilion (RM56.7 bilion) untuk membeli nombor plat ‘VIP 1'.




Saturday, June 27, 2015

2724) Perkongsian Ilmu: Numerologi Berdasarkan Kepercayaan Kaum Cina

Memang tidak dinafikan bahawa nombor melambangkan personaliti. Semua orang mahu dikenali dengan nombor yang dimiliki. Jika dilihat, kaum cina sangat mempercayai akan numerologi sebegini.

Admin amat tertarik dengan kisah yang admin pernah lalui sebelum ini, iaitu sewaktu admin membeli kereta pada 3 tahun lepas.

Dalam sibuk -sibuk berminat nak booking nombor pendaftaran kenderaan, ada seorang rakan Cina tegur admin.

“Lu mau booking nombor plat ka?”.

Admin angguk je.

“Lu jangan ambil nombor 4 atau nombor 7. Cina manyak tak suka itu nombor”.

“Ya ke!?” balas admin.

“Apa pasal Cina tak suka nombor 4 atau 7? Cuba cerita sikit” tanya admin pula.

Lepas panjang lebar rakan Cina admin cerita, barulah admin faham sikit-sikit pasal angka atau nombor mengikut kepercayaan Cina. Masyarakat Cina percaya dengan memiliki nombor pendaftaran tertentu yang popular, sesuatu tuah boleh diperoleh. Malah disebabkan nak sangat tumpang tuah nombor tu, mereka sanggup membelanja ratusan ribu ringgit.

Setiap nombor ada maksud tertentu dan orang Cina sangat percaya kepada kuasa nombor. Kuasa dan pengaruh nombor ada penceritaan mengenainya. Jom korang ketahui tafsiran nombor-nombor mengikut kehidupan masyarakat Cina.


Makna Nombor Dalam Numerologi Cina

Nombor 1


Nombor 1 memberi maksud kuasa dan kekayaan kepada pemiliknya menjadikan nombor ni antara yang menjadi rebutan dalam setiap kali tender nombor pendaftaran dibuka.

Tafsiran nombor 1 ialah satu, saya, diri sendiri.

Nombor 2


Angka atau nombor 2 pula membawa maksud kebahagian dan kasih sayang. Maklumlah angka 2 lebih kepada berpasang-pasangan. Contoh macam “double happiness”, “double prosperity”, jualan berganda dan sebagainya.

Tafsiran nombor 2 ialah mudah, senang.

Nombor 3


Kalau korang perasan, bukan saja masyarakat Cina mengamalkan kepercayaan kepada nombor sebegini malah bangsa lain juga turut mengetahui pengaruh nombor dalam kehidupan.

Nombor 3 membawa maksud mengangkat sesuatu kedudukan seseorang ke satu tahap yang lebih tinggi.

Tafsiran nombor 3 ialah mendapatkan, hidup.

Nombor 4


Kebanyakan orang Cina menyifatkan nombor 4 sebagai lambang kematian dan kurang digemari. Jadi sekarang mesti korang faham kenapa mereka tidak gemar kepada nombor 4.

Tafsiran nombor 4 ialah mati, miskin, susah.

Nombor 5


Sememangnya nombor 5 membawa maksud keterujaan dan kejayaan segera tetapi ia mungkin tidak bertahan lama. Namun tidak ramai yang ambil kisah semua tu, janji yang penting cepat kaya.

Tafsiran nombor 5 ialah tidak akan, tidak pernah.

Nombor 6


Sebenarnya nombor 6 adalah angka yang kurang baik kerana ianya membawa kesusahan. Meskipun begitu ini semua tidak selamanya kerana dipercayai akan meraih kekayaan selepas sesuatu tempoh.

Tafsiran nombor 6 ialah akan, menuju.

Nombor 7


Nombor 7 pula membawa maksud kestabilan dalam kehidupan. Sungguhpun makna angka 7 nampak positif, ianya juga boleh membawa erti pergi atau keluar. Sudah tentu ini tidak bagus untuk rumah atau kedai sebab macam menghalau keluar atau pergi dari situ.

Tafsiran nombor 7 ialah pasti, tepat.

Nombor 8


Bagi orang Cina, nombor 8 paling popular kerana ia membawa pengaruh yang sangat tinggi di samping kejayaan dalam kehidupan.

Tafsiran nombor 8 ialah kaya, makmur.

Nombor 9


Nombor 9 mempunyai maksud yang sama dengan nombor 1 iaitu kuasa dan kekayaan kepada pemiliknya. Selalunya jika tak dapat nombor 1, pilihan yang lain adalah nombor 9. Cuma pengaruhnya kurang jika dibanding dengan angka 1.

Tafsiran nombor 9 ialah lama, panjang, kuasa.

Nombor 0


Pada kebiasaannya nombor 0 atau kosong akan digabungkan dengan mana-mana nombor lain untuk memperkukuhkan maksud atau tuah sedia ada.

Tafsiran nombor 0 ialah tiada.


Gabungan Nombor Yang Membawa ONG

Contoh-contoh kombinasi nombor dan maksudnya mengikut kepercayaan orang Cina.

(A) 168 – Saya akan kaya

(B) 998 – Lama-lama kaya

(C) 3889 – Dapat kaya, kaya selamanya

Dalam pada tu, aku dapat makna nombor pendaftaran kenderaan dalam bahasa Cina yang sikit berbeza daripada ejen kereta. Berikut senarainya:

nombor 1 – satu / dijangka
nombor 2 – lapar
nombor 3 – hidup
nombor 4 – mati
nombor 5 – tidak
nombor 6 – guling
nombor 7 – terus / lurus
nombor 8 – kaya
nombor 9 – lama
nombor 0 – tiada


Admin: Kalau ikut tafsiran nombor di atas, 6674 membawa maksud guling-guling terus mati. Hehe

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL