Showing posts with label MISI BANTUAN GAZA. Show all posts
Showing posts with label MISI BANTUAN GAZA. Show all posts

Thursday, October 19, 2023

MCM SALUR BANTUAN FASA KETIGA BERJUMLAH RM412,000 - SINAR HARIAN - 18/10/2023

 

SHAH ALAM - Muslim Care Malaysia (MCM) telah menyalurkan bantuan fasa ketiga dengan dana sebanyak RM412,000 khusus untuk perubatan rakyat Palestin.

Antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkolaborasi dengan MCM untuk sumbangan fasa ketiga itu ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Iman Care, Perdana Global Peace Foundation (PGPF) dan Pertubuhan Khidmat Umah (PKU).

Dalam menjayakan misi bantuan berkenaan, MCM menghantar dua Exconya ke Kaherah, Mesir untuk memastikan dana rakyat Palestin dapat disampaikan kepada kelompok sasaran dalam tempoh masa terdekat.

Antara Exco yang mengikuti misi bantuan kemanusiaan itu ialah Setiausaha Agungnya, Ahmad Safuan Ujar dan Exco Media, Tuan Asri Tuan Hussein yang telah berlepas melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu.

Ahmad Safuan berkata, di Kaherah pihaknya akan bekerjasama dengan sebuah gerakan kemanusiaan antarabangsa yang berpangkalan di London, United Kingdom iaitu ‘Miles of Smiles’ diketuai oleh rakyat Palestin, Dr Essam Mustafe.

"MCM sudah beberapa kali bekerjasama dengan Dr Essam yang memfokuskan penyampaian bantuan berkaitan perubatan kepada rakyat Palestin.

“Untuk penghantaran bantuan fasa ketiga ini, MCM menyalurkan dana sebanyak RM412,000 khusus untuk bantuan perubatan, termasuk pembelian sebuah ambulans," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah beliau, segala bantuan akan digerakkan ke Gaza dengan kadar segera apabila pintu sempadan Mesir-Gaza di Rafah dibuka dan keadaan mengizinkan.

MCM menyalurkan bantuan fasa ketiga sebanyak RM412,000 khusus untuk perubatan rakyat Palestin.

Jelas beliau, MCM menyalurkan 100 peratus sumbangan yang diterima kepada rakyat Palestin dan Syria tanpa mengambil sedikit kos pengurusan.

“Setakat ini MCM sudah menyalurkan dana sebanyak RM787,000 untuk membantu rakyat Palestin dalam perang terkini dengan Israel yang mula tercetus pada 7 Oktober lalu dan sudah meragut ribuan nyawa.

"Fasa pertama melibatkan dana segera sebanyak RM100,000 dan dihantar pada hari ketiga perang kepada Pengerusi MCM Palestin, Ahmad Abu Ayesh di Gaza. Bantuan kedua menyusul seminggu kemudian dengan dana sebanyak RM275,000," ujarnya.

Dalam pada itu, Ahmad Safuan turut menzahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia, agensi kerajaan dan swasta serta NGO yang memberi kepercayaan kerana sudi menjalinkan kerjasama dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin.

Artikel oleh: Sinar Harian

MCM SALUR BANTUAN FASA KETIGA BERJUMLAH RM412,000

https://www.sinarharian.com.my/article/630099/berita/nasional/mcm-salur-bantuan-fasa-ketiga-berjumlah-rm412000

MUSLIM CARE MALAYSIA KE MESIR, SAMPAIKAN BANTUAN PALESTIN RM412,000 - KOSMO - 18/10/2023

 

PETALING JAYA – Dua exco Muslim Care Malaysia (MCM) berlepas ke Kaherah, Mesir dalam usaha memastikan bantuan kepada rakyat Palestin berjaya sampai kepada kelompok sasaran dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung, Ahmad Safuan Ujar berkata, di Kaherah, pihaknya akan bekerjasama dengan sebuah gerakan kemanusiaan antarabangsa, ‘Miles of Smiles’ yang diketuai seorang rakyat Palestin, Dr. Essam Mustafe.

“MCM sudah beberapa kali bekerjasama dengan Dr. Essam yang memfokuskan penyampaian bantuan berkaitan perubatan kepada rakyat Palestin.

“Untuk penghantaran bantuan fasa ketiga ini MCM menyalurkan dana sebanyak RM412,000 khusus untuk bantuan perubatan termasuk pembelian sebuah ambulans,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ahmad Safuan dan Exco Media, Tuan Asri Tuan Hussein berlepas melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada pukul 10 pagi, hari ini.

Mengulas lanjut, kata Ahmad Safuan, segala bantuan akan digerakkan ke Gaza secepat mungkin selepas pintu sempadan Mesir-Gaza di Rafah dibuka.

“Untuk makluman, bagi dana kepada rakyat Palestin dan Syria, MCM menyalurkan 100 peratus sumbangan, tanpa mengambil kos pengurusan. Ini sudah menjadi amalan kami sejak sekian lama,” katanya.

Selain itu, Ahmad Safuan turut melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada rakyat Malaysia, agensi kerajaan dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memberi kepercayaan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin.

Katanya, antara NGO yang berkolaborasi dengan MCM bagi sumbangan fasa ketiga ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Iman Care, Perdana Global Peace Foundation (PGPF) dan Pertubuhan Khidmat Umah (PKU).

Tambahnya, setakat ini MCM sudah menyalurkan dana sebanyak RM787,000 untuk membantu rakyat Palestin selepas konflik dengan Israel tercetus bermula 7 Oktober lalu.

“Fasa pertama membabitkan dana segera sebanyak RM100,000 dihantar pada hari ketiga perang kepada Pengerusi MCM Palestin, Ahmad Abu Ayesh di Gaza sebelum bantuan kedua sebanyak RM275,000 yang menyusul kira-kira semingga kemudian,” jelasnya. 

Artikel oleh: Kosmo

MUSLIM CARE MALAYSIA KE MESIR, SAMPAIKAN BANTUAN PALESTIN RM412,000

https://www.kosmo.com.my/2023/10/18/muslim-care-malaysia-ke-mesir-sampaikan-bantuan-palestin-rm412000/

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL