Sekitar program pelepasan Misi Bantuan Pasca Banjir 2021 Pahang Darul Makmur yang dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi di pekarangan Ibu Pejabat PPIM, Kuala Lumpur.
Showing posts with label MISI BANTUAN BANJIR KE PAHANG. Show all posts
Showing posts with label MISI BANTUAN BANJIR KE PAHANG. Show all posts
Monday, January 25, 2021
Tuesday, January 20, 2015
2404) AKTIVITI PPIM - 17/01/2015 - Misi Bantuan Banjir di Pekan Pahang
Persatuan Pengguna Islam Malaysia sekali lagi terlibat dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir pada 16 Januari hingga 17 Januari 2015. Kali ini PPIM bersama-sama Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Dalam Negeri, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, IM4U dan beberapa agensi lain bekerjasama bagi menyalurkan sumbangan kepada mangsa banjir di Pekan, Pahang.
Misi kali ini diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.
Sumbangan disampaikan kepada penduduk lebih dari 10 kampung yang terlibat di sekitar kawasan Pekan. Majlis penyampaian sumbangan diadakan dia Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu Bukit Kenau, Pekan, Pahang.
Thursday, January 15, 2015
2376) AKTIVITI PPIM - 15/01/2015 - Misi Bantuan Ke 3 Sekolah Sekitar Temerloh dari PPIM Biro Pembangunan & Teknikal
Sekolah ini telah di tenggelami air selama 5 hari ke paras tingkat satu.
Jumlah murid di SK Paya Pulai ialah 960 pelajar.
Cikgu Zainuddin (berbaju batik) sebagai wakil dan sukarelawan PPIM di qariah Paya Pulai, Temerloh, Pahang.
Pakaian yang diderma oleh orang awam.
Bangunan Tadika yang baru sahaja dapat beroperasi kerana tenggelam sepenuhnya
Gambar - gambar diatas tidak menunjukkan keadaan sebenar kerana telah dibersihkan oleh NGO-NGO yang datang dari Melaka. Jumlah sukarelawan yang giat membantu di dalam kerja - kerja pembersihan dan pembaikpulihan sehingga hari ini ialah 26 kumpulan. Alhamdulillah.
SRK Teluk Sentang ditenggelami air selama 7 hari dari 27 disember 2014 hingga 03 Januari 2015.
Wednesday, January 7, 2015
2334) AKTIVITI PPIM - 06/01/2015 - Misi Bantuan Mangsa Banjir Di Pulau Tawar, Jerantut, Pahang
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama Yayasan Muamalat Belia (YMB), Persatuan Pengusaha Muslim Malaysia (PRESMA), Ahli Parlimen Setiawangsa, AJK Masjid Abu Ubaidah Taman Sri Rampai Setapak, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd dan Al-Meswak Mukmin telah bersama-sama mengendalikan satu Misi Bantuan Mangsa Banjir ke Dun Pulau Tawar, Jerantut Pahang pada 6 Januari 2015 (Selasa).
Peserta konvoi telah dilepaskan oleh Ketua Aktivis PPIM YBhg. Dato’ Nazim Johan pada jam 10.15 pagi dari perkarangan Majid Abu Ubaidah Taman Sri Rampai, Setapak.
Ini merupakan konvoi ke 10 selepas beberapa konvoi ke Kelantan, Perak dan Pahang. Konvoi telah selamat tiba di Dun Pulau Tawar sekitar jam 3 petang dan telah disambut oleh Adun Pulau Tawar sendiri iaitu YB Dato’ Dr. Ahmad Syukri Ismail.
Misi ini bukan sahaja bertujuan untuk memberi bantuan dan sumbangan barangan keperluan, malah bertujuan untuk memberi sokongan moral kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan fizikal dan bebanan emosi yang ditanggung oleh semua mangsa banjir tersebut.
Para sukarelawan telah turut sama membantu membersihkan kawasan Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar yang terjejas teruk akibat banjir. Sewaktu liputan media sebelum pelepasan peserta konvoi, Dato’ Nazim Johan telah mencadangkan kepada pihak yang berkenaan supaya mewujudkan sebuah pusat pemindahan sementara yang berstatus tetap agar setiap kali berlakunya banjir, terdapat sebuah pusat pemindahan yang telah dilengkapi segala kemudahan asas.
Persedian seperti in akan memudahkan semua mangsa banjir yang terlibat di masa akan datang. Beliau juga turut mencadangkan agar mewujudkan sekumpulan sukarelawan yang berdaftar agar segala bantuan yang disalurkan dapat dijalankan dengan lebih teratur dan sistematik di masa akan datang, memandangkan banjir adalah salah satu bencana yang berlaku saban tahun.
Semoga semua mangsa banjir yang terlibat dapat mengharungi segala dugaan ini dengan tabah. Moga bantuan yang disalurkan dapat mengurangkan sedikit sebanyak bebanan yang dihadapi mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(287)
-
▼
July
(29)
- AKTIVITI | MAJLIS PERASMIAN PONDOK POLIS TRX - PPI...
- AKTIVITI | SESI LIBAT URUS KEMENTERIAN PERTANIAN D...
- AKTIVITI | MESYUARAT SEKRETARIAT PROGRAM ANTI-SCAM...
- AKTIVITI | MAJLIS MEEM KENDURIAN - PPIM - 18/07/2026
- AKTIVITI | SESI PERKONGSIAN ILMU METAFIK DAN RAWAT...
- AKTIVITI | KURSUS SUKARELAWAN TASKFORCE GABUNGAN N...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-61: BERKEBUN DI KEBUN BA...
- YB TEMERLOH & PROF RIDHUAN TEE: KENAPA SEKOLAH WAW...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN TOQQI BERSAMA DATUK SERI TAZ...
- PPIM TERIMA SUMBANGAN BUKU “THE SILENT ROAR: A COV...
- AKTIVITI | MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA PEMBUKAAN KED...
- KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE JABATAN BOMBA KUALA LUMPU...
- PODCAST PPIM | ISU-ISU RAKYAT YANG PERLU TINDAKAN ...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE JABATAN BOMBA ...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN BERSAMA TUAN JOHARI SKIM GRE...
- AKTIVITI | PERBINCANGAN STRATEGIK PPIM BERSAMA JAB...
- AKTIVITI | PERTEMUAN BERSAMA DATUK SERI JOHARI ABD...
- PELBAGAI PIHAK DIGESA BANTU DUA BERADIK PENIAGA CE...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN BERSAMA DUA BERADIK PENIAGA ...
- AKTIVITI | SIDANG MEJA BULAT NGO GERAK MERDEKA - P...
- BUDI DIESEL EXPECTED TO REDUCE LEAKAGES, ENSURE TA...
- BUDI DIESEL EXPECTED TO REDUCE LEAKAGES, ENSURE TA...
- BUDI DIESEL BERHARGA RM2.10 SELITER KURANGKAN KETI...
- BUDI DIESEL MINIMUMKAN KETIRISAN, PASTIKAN AGIHAN ...
- KAJI SEMULA PENDEKATAN TANGANI JENAYAH ELAK HUKUMA...
- TERTIPU URUSAN JUAL BELI TANAH, MERANA TANGGUNG RU...
- MANGSA PENIPUAN HARTANAH TUNTUT KEADILAN - UTUSAN ...
- ISU KELDAI AKAUN: PPIM GESA KAJI SEMULA PENDEKATAN...
- CUKUP-CUKUP MEMANGSAKAN MANGSA!!! RAKYAT KECEWA ME...
-
▼
July
(29)







































































