Showing posts with label MEDAC. Show all posts
Showing posts with label MEDAC. Show all posts

Wednesday, January 6, 2021

5260) AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA KETUA SETIAUSAHA MEDAC - PPIM - 06/01/2021

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi hari ini mengadakan perjumpaan bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), YBhg Dato' Suriani Dato' Ahmad di MEDAC, Putrajaya.


Monday, July 13, 2020

6118) MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI TERUJA DENGAN PERJUANGAN MALAKAT MALL - MALAKAT TRIBUNE - 11/07/2020


CYBERJAYA - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar melahirkan perasaan kagum dan teruja dengan perjuangan yang dibawa oleh Malakat Mall untuk menjadi pusat beli belah Muslim pertama di Malaysia.

Berikutan itu beliau berkata, usaha yang dilakukan untuk mengumpulkan usahawan bumiputera itu memperoleh kejayaan.

Katanya, ini kerana langkah itu merupakan satu usaha strategik bagi membantu meningkatkan ekonomi usahawan bumiputera yang perlu mendapat sokongan semua pihak.

"Hari ini saya menerima kunjungan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan, Mohd Fadzil Hashim (Pengasas Malakat Mall) dan pasukan besar Malakat Mall. Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Nordin Salleh.

"Saya amat tertarik dengan usaha mereka ini untuk mewujudkan sebuah kompleks membeli-belah berkonsepkan Muslim pertama di Malaysia," katanya dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata, pihaknya turut dimaklumkan bahawa Malakat Mall bekerjasama dengan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) bagi memajukan pusat beli belah itu dan membuka ruang kepada peniaga-peniaga bumiputera untuk memasarkan produk mereka.

Sementara itu, Mohd. Fadzil melahirkan penghargaan di atas sokongan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu dalam menyokong Malakat Mall dan KoPPIM.

"Alhamdulillah, Menteri Datuk Dr. Wan Junaidi menyokong penuh KoPPIM dan Malakat Mall.

"Beliau akan menjadi ahli KoPPIM dan membantu sebaiknya. Insya-Allah," katanya menerusi laman Facebook miliknya. - MT


Artikel oleh: Malakat Tribune

MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI TERUJA DENGAN PERJUANGAN MALAKAT MALL

https://www.malakattribunenews.com/2020/07/menteri-pembangunan-usahawan-dan-koperasi-teruja-dengan-perjuangan-malakat-mall/

6115) KUNJUNGAN PPIM DAN MALAKAT MALL KE MEDAC - DATO SRI DR HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR - 11/07/2020

11 Julai 2020

Hari ini saya menerima kunjungan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan, Coach Fadzil Hashim dan team besar Malakat Mall. Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Nordin Salleh.

Saya amat tertarik dengan usaha mereka ini untuk mewujudkan sebuah kompleks membeli-belah berkonsepkan Muslim pertama di Malaysia.

Saya difahamkan, pengusaha Malakat Mall ini berhasrat untuk mengumpulkan usahawan-usahawan Bumiputera, Koperasi untuk bersama memajukan mall ini dan membuka ruang kepada peniaga-peniaga Bumiputera untuk memasarkan produk mereka.

Antara isu lain yang dibincangkan ialah kerjasama antara MEDAC, hala tuju dalam menangani masalah yang dihadapi oleh usahawan PKS, usahawan koperasi dan juga pengguna pada masa sekarang. 

Saya harap usaha yang dilakukan untuk mengumpulkan usahawan Bumiputera  itu memperoleh kejayaan.

Ia merupakan satu usaha strategik bagi membantu meningkatkan ekonomi usahawan Bumiputera yang perlu mendapat sokongan semua pihak.

#StaySafe
#UsahawanJanganPutusAsa


Artikel oleh: Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar

KUNJUNGAN PPIM DAN MALAKAT MALL KE MEDAC

https://www.facebook.com/dswanjunaidi/posts/2701002793481582

Saturday, July 11, 2020

6113) AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI - PPIM - 11/07/2020

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mengadakan perjumpaan bersama Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), YB Dato' Sri Dr Hj Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur.

Perjumpaan diketuai oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi yang membincangkan hal usahawan dan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).

Turut serta, Pengasas Malakat Mall Coach Mohd. Fadzil Hashim.



Friday, May 15, 2020

5969) [VIDEO] MEDAC KAGUM PRODUK IKS MUSLIM DI MALAKAT MALL - MALAKAT TRIBUNE - 14/05/2020


RAUDHAH CITY - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) bersedia menjalin kerjasama dengan pusat beli belah Malakat Mall dalam mewujudkan program tertentu bagi meningkatkan penyertaan usahawan bumiputera dalam bidang perniagaan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian itu, Datuk Zamri Salleh berkata, pihaknya akan menimbang beberapa cadangan Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim bagi menganjurkan program tertentu berkaitan keusahawanan.

"Lawatan ini adalah susulan perbincangan yang diadakan pada 17 April lalu ketika Coach Fadzil membentangkan kertas kerja kepada pihak pengurusan tertinggi ketika mengunjungi kementerian itu.

"Alhamdulillah dengan melihat sendiri perkembangan Malakat Mall dan juga cadangan-cadangan daripada Coach Fadzil menerusi program spesifik yang mana banyak ruang kerjasama boleh dijalin dengan kementerian," katanya.




Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Malakat Mall bersama kira-kira 15 pegawai dan kakitangannya di sini hari ini.

Zamri Salleh (kiri) bersama Mohd. Fadzil Hashim (kanan) melawat kedai DIY Malaya yang terdapat di Malakat Mall
Lawatan selama kira-kira sejam itu yang turut dihadiri Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan meninjau beberapa kedai yang terdapat di dalam Malakat Mall yang produknya dikeluarkan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Muslim.

Beliau juga melihat usaha Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) satu program yang baik berikutan cuba mengumpulkan dana daripada rakyat beragama Islam dan manfaat nanti dikembalikan kepada mereka sendiri.

Mohd. Fadzil Hashim memberi taklimat mengenai program perniagaan kepada rombongan MEDAC diketuai Zamri Salleh di Malakat Mall hari ini.


Ditanya mengenai pusat beli belah itu, beliau berkata terkejut dengan produk-produk yang terdapat di dalamnya diusahakan oleh usahawan Muslim.

"Saya terkejut juga apabila melihat tadi banyak produk berkualiti mampu dikeluarkan oleh usahawan Muslim dan bumiputera.

"Dibawah kementerian kita ada pelbagai koperasi yang juga mengeluarkan produk sendiri. Kita akan tengok dimana ruang dan peluang yang boleh diambil bagi menempatkan produk koperasi di Malakat Mall," katanya.

Beliau berkata, langkah itu sebagai situasi menang-menang iaitu kementerian membantu Malakat Mall dan pusat beli belah itu membantu kementerian dalam melahirkan usahawan berjaya. - MT


Artikel oleh: Malakat Tribune

[VIDEO] MEDAC KAGUM PRODUK IKS MUSLIM DI MALAKAT MALL

Saturday, April 18, 2020

5879) MALAKAT MALL JALIN KERJASAMA DENGAN KEMENTERIAN USAHAWAN - ISMAWEB - 18/04/2020


BANGI, 24 Syaaban 1441H, Sabtu – Kompleks membeli-belah berkonsepkan muslim pertama di Malaysia, Malakat Mall akan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MED) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan-usahawan terutamanya daripada golongan B40.
Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim berkata, objektif utama kerjasama ini adalah untuk membina satu ekosistem ekonomi yang lebih mapan di negara ini.
Katanya lagi, ia juga bagi memastikan umat Islam mampu meningkatkan pegangan mereka dalam sektor peruncitan.
“Alhamdulillah, selesai sesi pertemuan bersama Datuk Seri Mohammad bin Mentek, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
“Semoga dipermudahkan segala usaha ini demi mengembalikan hak dan maruah kita, dan membina satu ekosistem ekonomi yang lebih adil. Amin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Turut hadir dalam pertemuan itu adaah Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Dr Salmah Ishak, Timbalan CEO Tekun Nasional, Aishahmudin dan CEO SME Corp, Noor Azmi Mat.
Malakat Mall yang terletak di bandar teknologi Cyberjaya adalah kali pertama dibina di negara ini bagi tujuan meningkatkan ekonomi usahawan muslim.
Pusat beli-belah itu mempunyai keluasan lebih dari 13,006,43 meter persegi, selain terdiri daripada tiga blok bangunan empat tingkat, dan menyasarkan lebih 15,000 pelanggan dalam tempoh sebulan pertama.
Fadzil Hashim berkata, pembinaan pusat beli-belah itu juga adalah antara usaha untuk mengubah sistem ekonomi kapitalis kepada sistem Islam yang lebih adil dan bebas riba.


Artikel oleh: ISMAWEB

MALAKAT MALL JALIN KERJASAMA DENGAN KEMENTERIAN USAHAWAN 


5878) MALAKAT MALL, MED JALIN KERJASAMA PERKASA USAHAWAN BUMIPUTERA B40 - MALAKAT TRIBUNE - 17/04/2020


RAUDHAH CITY - Malakat Mall dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MED) akan bekerjasama dalam usaha memperkasakan usahawan terutama daripada golongan B40.

Perkara itu dikongsi oleh Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim
ketika mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohammad Mentek di Putrajaya hari ini.

Menurut Mohd. Fadzil, objektif utama pertemuan itu adalah untuk membina ekosistem ekonomi yang lebih lestari untuk memastikan golongan bumiputera mampu meningkatkan pegangan dalam sektor runcit.

"Semoga dipermudahkan segala usaha ini demi mengembalikan hak dan maruah kita serta membina satu ekosistem ekonomi yang lebih adil," katanya dalam satu hantaran melalui akaun Facebook miliknya sebentar tadi.

Turut hadir dalam pertemuan itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan; Pengerusi Pertubuhan=Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahaya; Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Noor Azmi Mat Said; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kanan Bahagian Transformasi dan Pengurusan Projek TEKUN Nasional, Aishahmuddin Zulkefli dan Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Dr. Salmah. - MT


Artikel oleh: Malakat Tribune

MALAKAT MALL, MED JALIN KERJASAMA PERKASA USAHAWAN BUMIPUTERA B40

http://www.malakattribunenews.com/berita/berita-semasa/10709




PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL