Showing posts with label LARANG MINUM ARAK SECARA TERBUKA. Show all posts

Monday, December 2, 2019

5551) PERLU AKTA LARANG MINUM ARAK DI TEMPAT AWAM - PPIM - HARIAN METRO - 30/11/2019

PERLU perbincangan meja bulat segera antara kerajaan dan agensi di bawahnya untuk mewujudkan peraturan khusus melarang orang ramai meminum arak dan minuman mengandungi alkohol di tempat awam.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, sudah sampai masanya satu akta atau peruntukan undang-undang diwujudkan dalam usaha menangani masalah sosial berpunca daripada meminum minuman keras seperti yang berlaku kebelakangan ini.
Katanya, perkara itu juga perlu dibawa ke parlimen untuk dibahaskan selain ada jawatankuasa bertindak di peringkat pihak berkuasa tempatan kerana apa yang diperlukan adalah peraturan dan penguatkuasaan.
“Banyak perkara yang akan timbul daripada isu mabuk, arak dan pengaruh alkohol ini. Bukan saja mengakibatkan kemalangan seperti yang berlaku baru-baru ini, tetapi banyak lagi isu lain, pergaduhan dan sebagainya yang sepatutnya boleh dicegah,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, pihaknya menerima aduan daripada orang ramai mengenai wujud kiosk menjual minuman beralkohol secara terbuka di sebuah kondominium mewah di ibu negara sejak lebih sebulan lalu sehingga mengundang rraksi kurang senang penghuni di situ.
Nadzim berkata, semakan pihaknya mendapati ia diusahakan sebuah restoran berkonsepkan francais dan diletakkan di bahagian depan premis berkenaan.
“Sebab itu kita nyatakan bahawa semua pihak perlu duduk dan berbincang apa peruntukan undang-undang sedia ada. Jika tidak, kita boleh lihat ada pihak sewenang-wenangnya menjual minuman keras, menyediakan tempat duduk untuk pelanggan lepak dan selepas itu mabuk,” katanya.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa melarang orang awam minum arak di tempat tertentu kerana ia tertakluk di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan.
Nadzim berkata, selain daripada peruntukan undang-undang, pihak berkuasa juga boleh mengambil contoh dari negara luar mengenai kaedah yang bersesuaian untuk mengekang perbuatan itu atau menetapkan had penggunaannya di tempat tertentu saja.
Katanya, contoh dimaksudkan ialah Australia dan United Kingdom dan beberapa lagi negara yang mempraktikkan had penjualan serta penggunaan di dalam premis saja dan menggunakan bekas yang disediakan.
“Inikan pula kita negara Islam yang majoritinya adalah muslim. Mengapa tidak boleh. saya nampak, ia memang menimbulkan lebih banyak kebaikan kerana bukan saja yang minum selamat, orang lain juga akan selamat daripada sebarang kejadian luar jangka akibat pengaruh alkohol,” katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

PERLU AKTA LARANG MINUM ARAK DI TEMPAT AWAM - PPIM

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/11/522100/perlu-akta-larang-minum-arak-di-tempat-awam-ppim

Tuesday, November 26, 2019

5531) AKTA KHAS LARANG MINUM ARAK SECARA TERBUKA PERLU DIWUJUDKAN, SARAN PPIM - MALAYSIA DATELINE - 26/11/2019

Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu duduk semeja untuk mewujudkan undang-undang khas yang melarang orang ramai daripada meminum arak dan minuman beralkohol secara terbuka.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata undang-undang berbentuk akta itu perlu bagi menangani peningkatan masalah sosial akibat daripada minuman keras itu.

“Ahli-ahli parlimen perlu bawa usul ini ke parlimen dan PBT juga perlu lebih tegas menjalankan penguatkuasaan untuk tangani isu ini secara proaktif. Kita lihat betapa banyak masalah yang timbul akibat meminum arak ini, contohnya mencetuskan pergaduhan dengan orang sekeliling dan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kemalangan.

“Kita patut contohi negara Australia dan United Kingdom (UK), di sana penjualan dan meminum arak tidak boleh dilakukan secara terbuka, mesti diminum di dalam premis sahaja dan tidak boleh diminum guna botol arak (mesti diminum menggunakan gelas),” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye semalam yang menyatakan pihak kementerian tidak mempunyai kuasa untuk melarang orang awam minum arak di tempat tertentu kerana larangan itu tertakluk di bawah bidang kuasa PBT masing-masing.

Nadzim turut meminta orang ramai supaya terus membuat aduan kepada pihak PBT agar tindakan tegas boleh diambil sekiranya didapati ada individu yang meminum minuman keras secara terbuka dan bukannya di dalam premis yang telah ditetapkan.

“Ini kerana meminum minuman keras juga melibatkan isu sensitiviti kaum dan agama, seolah-olah mereka tidak menghormati masyarakat dengan cara meminumnya secara terbuka. PBT boleh ambil tindakan tegas sekiranya mendapat aduan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata PBT khususnya perlu memperkasakan Zon Larangan Arak yang melarang orang ramai untuk minum minuman keras itu secara terbuka, contohnya di kedai makan dan restoran.

“PBT ada kuasa untuk memperketatkan Zon Larangan Arak ini, mereka boleh menentukan premis mana yang sesuai digazetkan sebagai premis jualan yang dibenarkan untuk pelanggan minum minuman keras. Premis yang tidak boleh untuk sebarang aktiviti melibatkan arak antaranya kedai kopi dan restoran,” katanya.

Beliau turut bersetuju sekiranya denda yang tinggi dikenakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan meminumnya secara terbuka dengan mengambil contoh di Singapura, mereka yang bersalah boleh dikenakan denda sehingga S$10,000.– BERNAMA

Artikel oleh: Malaysia Dateline

AKTA KHAS LARANG MINUM ARAK SECARA TERBUKA PERLU DIWUJUDKAN, SARAN PPIM

https://malaysiadateline.com/akta-khas-larang-minum-arak-secara-terbuka-perlu-diwujudkan-saran-ppim/

5529) PERSATUAN PENGGUNA GESA WUJUDKAN AKTA LARANG MINUM ARAK SECARA TERBUKA - THE MALAYSIAN INSIGHT - 26/11/2019

KERAJAAN dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu duduk semeja untuk mewujudkan undang-undang khas yang melarang orang ramai daripada meminum arak dan minuman beralkohol secara terbuka.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Nadzim Johan berkata undang-undang berbentuk akta itu perlu bagi menangani peningkatan masalah sosial akibat daripada minuman keras itu.

“Ahli-ahli parlimen perlu bawa usul ini ke parlimen dan PBT juga perlu lebih tegas menjalankan penguatkuasaan untuk tangani isu ini secara proaktif. Kita lihat betapa banyak masalah yang timbul akibat meminum arak ini, contohnya mencetuskan pergaduhan dengan orang sekeliling dan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kemalangan.

“Kita patut contohi negara Australia dan United Kingdom (UK), di sana penjualan dan meminum arak tidak boleh dilakukan secara terbuka, mesti diminum di dalam premis sahaja dan tidak boleh diminum guna botol arak (mesti diminum menggunakan gelas),” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye semalam yang menyatakan pihak kementerian tidak mempunyai kuasa untuk melarang orang awam minum arak di tempat tertentu kerana larangan itu tertakluk di bawah bidang kuasa PBT masing-masing.

Nadzim turut meminta orang ramai supaya terus membuat aduan kepada pihak PBT agar tindakan tegas boleh diambil sekiranya didapati ada individu yang meminum minuman keras secara terbuka dan bukannya di dalam premis yang telah ditetapkan.

“Ini kerana meminum minuman keras juga melibatkan isu sensitiviti kaum dan agama, seolah-olah mereka tidak menghormati masyarakat dengan cara meminumnya secara terbuka. PBT boleh ambil tindakan tegas sekiranya mendapat aduan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata PBT khususnya perlu memperkasakan Zon Larangan Arak yang melarang orang ramai untuk minum minuman keras itu secara terbuka, contohnya di kedai makan dan restoran.

“PBT ada kuasa untuk memperketatkan Zon Larangan Arak ini, mereka boleh menentukan premis mana yang sesuai digazetkan sebagai premis jualan yang dibenarkan untuk pelanggan minum minuman keras. Premis yang tidak boleh untuk sebarang aktiviti melibatkan arak antaranya kedai kopi dan restoran,” katanya.

Beliau turut bersetuju sekiranya denda yang tinggi dikenakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan meminumnya secara terbuka dengan mengambil contoh di Singapura, mereka yang bersalah boleh dikenakan denda sehingga S$10,000. – Bernama, 26 November, 2019.

Artikel oleh: The Malaysian Insight

PERSATUAN PENGGUA GESA WUJUDKAN AKTA LARANG MINUM ARAK SECARA TERBUKA

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/200465

5527) GUBAL AKTA KHAS LARANGAN MINUM ARAK SECARA TERBUKA - PPIM - BERITA HARIAN - 26/11/2019

KUALA LUMPUR: Kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu duduk semeja untuk mewujudkan undang-undang khas melarang orang ramai daripada meminum arak dan minuman beralkohol secara terbuka.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata undang-undang berbentuk akta itu perlu bagi menangani peningkatan masalah sosial akibat daripada minuman keras.
“Ahli-ahli parlimen perlu bawa usul ini ke parlimen dan PBT juga perlu lebih tegas menjalankan penguatkuasaan untuk tangani isu ini secara proaktif.
“Kita lihat banyak masalah yang timbul akibat meminum arak ini, contohnya mencetuskan pergaduhan dengan orang sekeliling dan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kemalangan.
“Kita patut contohi negara Australia dan United Kingdom (UK), di sana penjualan dan meminum arak tidak boleh dilakukan secara terbuka, mesti diminum di dalam premis saja dan tidak boleh diminum guna botol arak (mesti diminum menggunakan gelas),” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye semalam yang menyatakan pihak kementerian tidak mempunyai kuasa untuk melarang orang awam minum arak di tempat tertentu kerana larangan itu tertakluk di bawah bidang kuasa PBT masing-masing.
Nadzim turut meminta orang ramai terus membuat aduan kepada pihak PBT supaya tindakan tegas boleh diambil sekiranya didapati ada individu yang meminum minuman keras secara terbuka dan bukannya di dalam premis yang ditetapkan.
“Ini kerana meminum minuman keras juga membabitkan isu sensitiviti kaum dan agama, seolah-olah mereka tidak menghormati masyarakat dengan cara meminumnya secara terbuka.
PBT boleh ambil tindakan tegas sekiranya mendapat aduan rakyat,” katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata PBT khususnya perlu memperkasakan Zon Larangan Arak yang melarang orang ramai untuk minum minuman keras itu secara terbuka, contohnya di kedai makan dan restoran.
“PBT ada kuasa untuk memperketatkan Zon Larangan Arak ini, mereka boleh menentukan premis mana yang sesuai diwartakan sebagai premis jualan yang dibenarkan untuk pelanggan minum minuman keras dan premis yang dilarang sebarang aktiviti membabitkan arak, antaranya kedai kopi dan restoran,” katanya.
Beliau turut bersetuju sekiranya denda yang tinggi dikenakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan meminumnya secara terbuka dengan mengambil contoh di Singapura, mereka yang bersalah boleh dikenakan denda sehingga S$10,000. - BERNAMA
Artikel oleh: Berita Harian
GUBAL AKTA KHAS LARANGAN MINUM ARAK SECARA TERBUKA - PPIM

5526) 'WUJUDKAN AKTA LARANGN MINUM ARAK SECARA TERBUKA' - PPIM - HARIAN METRO - 26/11/2019

KERAJAAN dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu duduk semeja untuk mewujudkan undang-undang khas yang melarang orang ramai daripada meminum arak dan minuman beralkohol secara terbuka.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, undang-undang berbentuk akta itu perlu bagi menangani peningkatan masalah sosial akibat daripada minuman keras itu.
“Ahli-ahli parlimen perlu bawa usul ini ke parlimen dan PBT juga perlu lebih tegas menjalankan penguatkuasaan untuk tangani isu ini secara proaktif. Kita lihat betapa banyak masalah yang timbul akibat meminum arak ini, contohnya mencetuskan pergaduhan dengan orang sekeliling dan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kemalangan.
“Kita patut contohi Australia dan United Kingdom (UK), di sana penjualan dan meminum arak tidak boleh dilakukan secara terbuka, mesti diminum di dalam premis sahaja dan tidak boleh diminum guna botol arak (mesti diminum menggunakan gelas),” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Kuala Lumpur.
Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye semalam yang menyatakan pihak kementerian tidak mempunyai kuasa untuk melarang orang awam minum arak di tempat tertentu kerana larangan itu tertakluk di bawah bidang kuasa PBT masing-masing.
Nadzim turut meminta orang ramai supaya terus membuat aduan kepada pihak PBT agar tindakan tegas boleh diambil sekiranya didapati ada individu yang meminum minuman keras secara terbuka dan bukannya di dalam premis yang telah ditetapkan.
“Ini kerana meminum minuman keras juga membabitkan isu sensitiviti kaum dan agama, seolah-olah mereka tidak menghormati masyarakat dengan cara meminumnya secara terbuka. PBT boleh ambil tindakan tegas sekiranya mendapat aduan rakyat,” katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, PBT khususnya perlu memperkasakan Zon Larangan Arak yang melarang orang ramai untuk minum minuman keras itu secara terbuka, contohnya di kedai makan dan restoran.
“PBT ada kuasa untuk memperketatkan Zon Larangan Arak ini, mereka boleh menentukan premis mana yang sesuai digazetkan sebagai premis jualan yang dibenarkan untuk pelanggan minum minuman keras. Premis yang tidak boleh untuk sebarang aktiviti membabitkan arak antaranya kedai kopi dan restoran,” katanya.
Beliau turut bersetuju sekiranya denda yang tinggi dikenakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan meminumnya secara terbuka dengan mengambil contoh di Singapura, mereka yang bersalah boleh dikenakan denda sehingga Singapura Dolar 10,000.
– BERNAMA

Artikel oleh: Harian Metro

WUJUDKAN AKTA LARANGN MINUM ARAK SECARA TERBUKA - PPIM

5525) AKTA KHAS LARANG MINUM ARAK SECARA TERBUKA PERLU DIWUJUDKAN – PPIM - SIAKAP KELI - 26/11/2019

Kuala Lumpur : Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu duduk semeja untuk mewujudkan undang-undang khas yang melarang orang ramai daripada meminum arak dan minuman beralkohol secara terbuka.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata undang-undang berbentuk akta itu perlu bagi menangani peningkatan masalah sosial akibat daripada minuman keras itu.
“Ahli-ahli parlimen perlu bawa usul ini ke parlimen dan PBT juga perlu lebih tegas menjalankan penguatkuasaan untuk tangani isu ini secara proaktif. Kita lihat betapa banyak masalah yang timbul akibat meminum arak ini, contohnya mencetuskan pergaduhan dengan orang sekeliling dan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kemalangan.
“Kita patut contohi negara Australia dan United Kingdom (UK), di sana penjualan dan meminum arak tidak boleh dilakukan secara terbuka, mesti diminum di dalam premis sahaja dan tidak boleh diminum guna botol arak (mesti diminum menggunakan gelas),” katanya kepada sumber ketika ditemui di sini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye semalam yang menyatakan pihak kementerian tidak mempunyai kuasa untuk melarang orang awam minum arak di tempat tertentu kerana larangan itu tertakluk di bawah bidang kuasa PBT masing-masing.
Nadzim turut meminta orang ramai supaya terus membuat aduan kepada pihak PBT agar tindakan tegas boleh diambil sekiranya didapati ada individu yang meminum minuman keras secara terbuka dan bukannya di dalam premis yang telah ditetapkan.
“Ini kerana meminum minuman keras juga melibatkan isu sensitiviti kaum dan agama, seolah-olah mereka tidak menghormati masyarakat dengan cara meminumnya secara terbuka. PBT boleh ambil tindakan tegas sekiranya mendapat aduan rakyat,” katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata PBT khususnya perlu memperkasakan Zon Larangan Arak yang melarang orang ramai untuk minum minuman keras itu secara terbuka, contohnya di kedai makan dan restoran.
“PBT ada kuasa untuk memperketatkan Zon Larangan Arak ini, mereka boleh menentukan premis mana yang sesuai digazetkan sebagai premis jualan yang dibenarkan untuk pelanggan minum minuman keras. Premis yang tidak boleh untuk sebarang aktiviti melibatkan arak antaranya kedai kopi dan restoran,” katanya.
Beliau turut bersetuju sekiranya denda yang tinggi dikenakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan meminumnya secara terbuka dengan mengambil contoh di Singapura, mereka yang bersalah boleh dikenakan denda sehingga S$10,000. - Bernama
Artikel oleh: Siakap Keli
AKTA KHAS LARANG MINUM ARAK SECARA TERBUKA PERLU DIWUJUDKAN – PPIM

5524) AKTA KHAS LARANG MINUM ARAK SECARA TERBUKA PERLU DIWUJUDKAN - PPIM - FRONT DESK - 26/11/2019

KUALA LUMPUR, 26 Nov: Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu duduk semeja untuk mewujudkan undang-undang khas yang melarang orang ramai daripada meminum arak dan minuman beralkohol secara terbuka.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata undang-undang berbentuk akta itu perlu bagi menangani peningkatan masalah sosial akibat daripada minuman keras itu.
“Ahli-ahli parlimen perlu bawa usul ini ke parlimen dan PBT juga perlu lebih tegas menjalankan penguatkuasaan untuk tangani isu ini secara proaktif. Kita lihat betapa banyak masalah yang timbul akibat meminum arak ini, contohnya mencetuskan pergaduhan dengan orang sekeliling dan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kemalangan.
“Kita patut contohi negara Australia dan United Kingdom (UK), di sana penjualan dan meminum arak tidak boleh dilakukan secara terbuka, mesti diminum di dalam premis sahaja dan tidak boleh diminum guna botol arak (mesti diminum menggunakan gelas),” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye semalam yang menyatakan pihak kementerian tidak mempunyai kuasa untuk melarang orang awam minum arak di tempat tertentu kerana larangan itu tertakluk di bawah bidang kuasa PBT masing-masing.
Nadzim turut meminta orang ramai supaya terus membuat aduan kepada pihak PBT agar tindakan tegas boleh diambil sekiranya didapati ada individu yang meminum minuman keras secara terbuka dan bukannya di dalam premis yang telah ditetapkan.
“Ini kerana meminum minuman keras juga melibatkan isu sensitiviti kaum dan agama, seolah-olah mereka tidak menghormati masyarakat dengan cara meminumnya secara terbuka. PBT boleh ambil tindakan tegas sekiranya mendapat aduan rakyat,” katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata PBT khususnya perlu memperkasakan Zon Larangan Arak yang melarang orang ramai untuk minum minuman keras itu secara terbuka, contohnya di kedai makan dan restoran.
“PBT ada kuasa untuk memperketatkan Zon Larangan Arak ini, mereka boleh menentukan premis mana yang sesuai digazetkan sebagai premis jualan yang dibenarkan untuk pelanggan minum minuman keras. Premis yang tidak boleh untuk sebarang aktiviti melibatkan arak antaranya kedai kopi dan restoran,” katanya.
Beliau turut bersetuju sekiranya denda yang tinggi dikenakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan meminumnya secara terbuka dengan mengambil contoh di Singapura, mereka yang bersalah boleh dikenakan denda sehingga S$10,000.
Artikel oleh: Front Desk
AKTA KHAS LARANG MINUM ARAK SECARA TERBUKA PERLU DIWUJUDKAN - PPIM

5522) AKTA KHAS LARANG MINUM ARAK SECARA TERBUKA PERLU DIWUJUDKAN - PPIM - BERNAMA - 26/11/2019

KUALA LUMPUR, 26 Nov -- Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu duduk semeja untuk mewujudkan undang-undang khas yang melarang orang ramai daripada meminum arak dan minuman beralkohol secara terbuka.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata undang-undang berbentuk akta itu perlu bagi menangani peningkatan masalah sosial akibat daripada minuman keras itu.

"Ahli-ahli parlimen perlu bawa usul ini ke parlimen dan PBT juga perlu lebih tegas menjalankan penguatkuasaan untuk tangani isu ini secara proaktif. Kita lihat betapa banyak masalah yang timbul akibat meminum arak ini, contohnya mencetuskan pergaduhan dengan orang sekeliling dan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kemalangan.

"Kita patut contohi negara Australia dan United Kingdom (UK), di sana penjualan dan meminum arak tidak boleh dilakukan secara terbuka, mesti diminum di dalam premis sahaja dan tidak boleh diminum guna botol arak (mesti diminum menggunakan gelas)," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye semalam yang menyatakan pihak kementerian tidak mempunyai kuasa untuk melarang orang awam minum arak di tempat tertentu kerana larangan itu tertakluk di bawah bidang kuasa PBT masing-masing.

Nadzim turut meminta orang ramai supaya terus membuat aduan kepada pihak PBT agar tindakan tegas boleh diambil sekiranya didapati ada individu yang meminum minuman keras secara terbuka dan bukannya di dalam premis yang telah ditetapkan.

"Ini kerana meminum minuman keras juga melibatkan isu sensitiviti kaum dan agama, seolah-olah mereka tidak menghormati masyarakat dengan cara meminumnya secara terbuka. PBT boleh ambil tindakan tegas sekiranya mendapat aduan rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata PBT khususnya perlu memperkasakan Zon Larangan Arak yang melarang orang ramai untuk minum minuman keras itu secara terbuka, contohnya di kedai makan dan restoran.

"PBT ada kuasa untuk memperketatkan Zon Larangan Arak ini, mereka boleh menentukan premis mana yang sesuai digazetkan sebagai premis jualan yang dibenarkan untuk pelanggan minum minuman keras. Premis yang tidak boleh untuk sebarang aktiviti melibatkan arak antaranya kedai kopi dan restoran," katanya.

Beliau turut bersetuju sekiranya denda yang tinggi dikenakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan meminumnya secara terbuka dengan mengambil contoh di Singapura, mereka yang bersalah boleh dikenakan denda sehingga S$10,000.

Artikel oleh: Bernama

AKTA KHAS LARANG MINUM ARAK SECARA TERBUKA PERLU DIWUJUDKAN - PPIM

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL