Showing posts with label KESELAMATAN. Show all posts
Showing posts with label KESELAMATAN. Show all posts

Wednesday, March 25, 2026

PPIM BIMBANG KELOMPONGAN DALAM EKOSITEM E-HAILING, P-HAILING JADI ANCAMAN KESELAMATAN - HARIAN METRO - 19/03/2026

 

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyuarakan kebimbangan terhadap kelompongan kritikal dalam ekosistem e-hailing dan p-hailing negara yang dilihat seolah-olah menjadi ancaman kepada keselamatan rakyat.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata, pihaknya tidak akan berdiam diri melihat hak pengguna diinjak-injak oleh sistem yang tidak lengkap serta penguatkuasaan yang lemah.

Jelasnya, PPIM berdiri teguh menyokong desakan Persatuan Kebajikan Pekerja E-Hailing Malaysia (PKEH).

"Isu keselamatan penumpang adalah maruah dan nyawa, bukannya perkara yang boleh dirunding di atas meja birokrasi yang berbelit.

"Sangat mendukacitakan apabila ketiadaan pangkalan data berpusat telah mewujudkan 'sistem pintu belakang'," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Nadzim turut mempersoalkan bagaimana seorang pemandu yang telah dibuang kerja atau digantung kerana gangguan seksual di satu platform masih bebas mencari mangsa baharu di aplikasi pesaing lain pada hari sama.

"Ini bukan sekadar kelemahan teknikal, ini adalah kecuaian sistemik. Kita seolah-olah membiarkan pemangsa terus berkeliaran di jalan raya menggunakan lesen e-hailing," katanya.

Pada masa sama, PPIM menyelar cadangan prosedur di bawah Akta Pekerja Gig 2025 yang mahu memberikan tempoh rayuan sehingga 14 hari bagi kes jenayah.

"Logik apa yang diguna pakai oleh kementerian? Adakah kita mahu menunggu 14 hari lagi untuk melihat anak, isteri atau ibu bapa kita menjadi mangsa seterusnya sebelum tindakan diambil?

"Tempoh 14 hari ini adalah satu penghinaan kepada mangsa jenayah dan keselamatan pengguna awam. Nyawa tidak boleh menunggu siasatan birokrasi," katanya.

Demi melindungi nyawa dan keselamatan pengguna Islam serta seluruh rakyat Malaysia, PPIM menuntut tiga perkara dilaksanakan tanpa sebarang alasan.

Nadzim berkata, pertama, sekatan automatik secara masa nyata melalui pangkalan data senarai hitam berpusat supaya pemandu yang melakukan kesalahan serius disekat serta-merta di semua platform.

"Kedua, pengiktirafan terhadap tindakan tegas platform tanpa menjadikan birokrasi kerajaan sebagai penghalang.

"Ketiga, penghapusan tempoh rayuan 14 hari bagi kes jenayah berat, gangguan seksual dan pemanduan berbahaya dengan sekatan mandatori dilaksanakan serta-merta," katanya.

Katanya, PPIM turut bertegas supaya kerajaan tidak hanya bertindak secara reaktif selepas sesuatu isu tular atau arahan ad-hoc dikeluarkan.

"Rakyat mahukan sistem yang kalis pencerobohan penjenayah. Jangan sampai pengguna hilang kepercayaan kepada industri e-hailing negara gara-gara kelemahan undang-undang yang longgar," katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

PPIM BIMBANG KELOMPONGAN DALAM EKOSITEM E-HAILING, P-HAILING JADI ANCAMAN KESELAMATAN

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/03/1335880/ppim-bimbang-kelompongan-dalam-ekosistem-e-hailing-p-hailing-jadi-ancaman

Tuesday, March 24, 2026

PPIM DESAK KERAJAAN TUTUP KELOMPONGAN INDUSTRI E-HAILING - SINAR HARIAN - 19/03/2026


KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyuarakan kebimbangan terhadap kelompongan kritikal dalam ekosistem e-hailing dan p-hailing negara yang disifatkan boleh mengundang ancaman keselamatan kepada pengguna.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata, pihaknya tidak akan berdiam diri melihat kelemahan sistem dan penguatkuasaan yang didakwa menjejaskan hak serta keselamatan rakyat.

Beliau turut menyatakan sokongan terhadap desakan Persatuan Kebajikan Pekerja E-Hailing Malaysia (PKEH) berhubung isu keselamatan dalam industri berkenaan.

“Isu keselamatan penumpang melibatkan maruah dan nyawa, bukan perkara yang boleh dirunding dalam proses birokrasi yang berpanjangan.

“Ketiadaan pangkalan data berpusat telah mewujudkan ruang yang membolehkan individu bermasalah terus beroperasi di platform lain,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, situasi itu menimbulkan persoalan apabila pemandu yang digantung atau dibuang kerana kesalahan serius seperti gangguan seksual masih boleh berdaftar dengan platform lain.

Katanya, keadaan itu bukan sekadar kelemahan teknikal, sebaliknya menunjukkan kegagalan sistem yang memerlukan tindakan segera.

Dalam pada itu, PPIM turut mengkritik cadangan prosedur di bawah Akta Pekerja Gig 2025 yang memberikan tempoh rayuan sehingga 14 hari bagi kes jenayah.

“Tempoh tersebut tidak wajar bagi kes melibatkan keselamatan kerana ia boleh mendedahkan pengguna kepada risiko berulang,” katanya.

Sehubungan itu, PPIM mengemukakan tiga tuntutan utama kepada kerajaan bagi memperkukuh keselamatan industri berkenaan, termasuk mewujudkan pangkalan data senarai hitam berpusat yang berfungsi secara masa nyata bagi menyekat pemandu bermasalah daripada beroperasi di semua platform.

Selain itu, PPIM mencadangkan agar tindakan yang telah diambil oleh platform terhadap pemandu yang terbukti melakukan kesalahan serius diiktiraf dan disusuli tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

Persatuan itu juga menuntut supaya tempoh rayuan selama 14 hari dimansuhkan bagi kes jenayah berat, termasuk gangguan seksual dan pemanduan berbahaya.

PPIM turut menggesa kerajaan agar mengambil pendekatan proaktif dalam menangani isu berkenaan dan tidak hanya bertindak selepas sesuatu kes menjadi tular.

“Rakyat memerlukan sistem yang benar-benar menjamin keselamatan dan tidak memberi ruang kepada penjenayah untuk terus beroperasi dalam industri e-hailing,” katanya.

Artikel oleh: Sinar Harian

PPIM DESAK KERAJAAN TUTUP KELOMPONGAN INDUSTRI E-HAILING

https://www.sinarharian.com.my/article/772432/berita/nasional/ppim-desak-kerajaan-tutup-kelompongan-industri-e-hailing

EKOSISTEM E-HAILING, P-HAILING 'KRITIKAL', ANCAM KESELAMATAN PENGGUNA - PPIM - KOSMO - 19/03/2026

PETALING JAYA – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyuarakan kebimbangan terhadap kelompongan kritikal dalam ekosistem e-hailing dan p-hailing negara, sekali gus ‘lubuk’ ancaman kepada keselamatan rakyat.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata, pihaknya tidak akan berdiam diri melihat hak pengguna diinjak-injak oleh sistem tidak lengkap dan penguatkuasaan lemah.

Menurutnya, PPIM berdiri teguh menyokong desakan Persatuan Kebajikan Pekerja E-Hailing Malaysia (PKEH).

“Isu keselamatan penumpang adalah maruah dan nyawa, bukannya perkara yang boleh dirunding di atas meja birokrasi yang berbelit.

“Sangat mendukacitakan apabila ketiadaan pangkalan data berpusat (centralised database) telah mewujudkan ‘sistem pintu belakang’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nadzim mempersoalkan bagaimana mungkin seorang pemandu dibuang kerja atau digantung kerana gangguan seksual di satu platform, masih bebas mencari mangsa baharu di aplikasi pesaing lain pada hari yang sama.

“Ini bukan sekadar kelemahan teknikal, ini adalah kecuaian sistemik. Kita seolah-olah membiarkan pemangsa (predator) terus berkeliaran di jalan raya menggunakan lesen e-hailing,” katanya.

Beliau berkata, PPIM menyelar sekeras-kerasnya cadangan prosedur di bawah Akta Pekerja Gig 2025 yang mahu memberikan ruang bernafas atau tempoh rayuan sehingga 14 hari bagi kes-kes jenayah.

“Logik apa diguna pakai oleh kementerian? Adakah kita mahu menunggu 14 hari lagi untuk melihat anak, isteri atau ibu bapa kita menjadi mangsa seterusnya sebelum tindakan diambil?

“Tempoh 14 hari ini adalah satu penghinaan kepada mangsa jenayah dan keselamatan pengguna awam. Nyawa tidak boleh menunggu siasatan birokrasi,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, PPIM menutut tiga perkara dilaksanakan tanpa sebarang alasan demi melindungi hak pengguna Islam dan seluruh rakyat Malaysia.

“Pertama, sekatan automatik (real-time blanket ban) iaitu mewujudkan Pangkalan Data Senarai Hitam Berpusat dengan serta-merta. Sekali buat silap besar di aplikasi A, sistem mesti automatik ‘padamkan’ akses di aplikasi B, C, dan D secara ‘real-time’.

“Kedua, iktiraf tindakan tegas platform. Jangan jadikan birokrasi kerajaan sebagai penghalang, jika platform sudah sahkan ada gangguan seksual atau jenayah, pihak berkuasa mesti terus ambil tindakan hitam putih dan jangan beri muka kepada penjenayah.

“Ketiga, hapus tempoh 14 hari untuk kes jenayah. Kami tuntut pengecualian total terhadap tempoh rayuan bagi kes jenayah berat, gangguan seksual dan pemanduan berbahaya. Sekatan mesti mandatori dan serta-merta,” katanya.

PPIM bertegas supaya kerajaan tidak hanya pandai bertindak secara reaktif selepas sesuatu isu itu tular atau selepas menteri mengeluarkan arahan ad-hoc.

“Rakyat mahukan sistem yang kalis pencerobohan penjenayah. Jangan sampai pengguna hilang kepercayaan kepada industri e-hailing negara gara-gara
kelemahan undang-undang yang longgar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Artikel oleh: Kosmo

EKOSISTEM E-HAILING, P-HAILING 'KRITIKAL', ANCAM KESELAMATAN PENGGUNA

https://www.kosmo.com.my/2026/03/19/ekosistem-e-hailing-p-hailing-kritikal-ancam-keselamatan-pengguna-ppim/ 

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL