Showing posts with label HARGA MAKANAN MAHAL. Show all posts
Showing posts with label HARGA MAKANAN MAHAL. Show all posts

Friday, June 30, 2017

3841) TERUS 'CEKIK' PENGGUNA - SINAR HARIAN - 30/6/2017



SHAH ALAM - Kenapa harga barang masih tak turun walaupun harga petrol sudah turun?
Itu persoalan yang pengguna susulan harga  petrol turun lima minggu berturut-turut.
Suasana  ini berbeza sekiranya harga petrol naik, harga barangan terus dinaikkan dengan pelbagai alasan oleh peniaga.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman memberi amaran kepada peniaga agar tidak terus 'mencekik' pengguna.
 Beliau berkata, mereka tidak boleh menjadikan harga  petrol sebagai alasan  menaikkan harga barang.
“Bila harga petrol naik, harga barang terus naik. Bila minyak turun, harga barang tak turun-turun.
"Ia menjadi alasan biasa kepada pengguna untuk menaikkan harga barang. Padahal bila harga petrol turun, harga barangan juga mesti turun," katanya.
Beliau berkata, peniaga sering menjadikan peningkatan kos operasi dan lain-lain faktor sebagai alasan menaikkan harga barangan.
Katanya, peniaga harus melihat keadaan secara keseluruhan ketika meletakkan harga dan tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan harga barang.
“Kerajaan perlu memastikan peniaga mematuhi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 supaya pengguna tidak menjadi mangsa.
“Kita bagaimanapun sedia maklum harga petrol berubah mengikut keadaan semasa. Namun ia bukan alasan peniaga menaikkan harga terburu-buru,” katanya.
Katanya, Fomca akan terus mendesak peniaga menurunkan harga ekoran penurunan harga petrol.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, perlu ada satu mekanisme penentuan harga barangan ketika petrol turun harga.
“Harga barang  ini ibarat kucing yang tahu panjat pokok tapi tidak tahu turun. Kerana itu perlu ada satu mekanisme agar peniaga lebih beretika. Jangan semata-mata mencari keuntungan.
"Perlu ada program  yang mendidik peniaga supaya lebih beretika dan pengguna lebih bijak,” katanya.
Katanya, pengguna juga perlu memainkan peranan dengan memboikot peniaga yang didapati memanipulasikan harga barangan.
“Kita boleh mendesak peniaga turunkan harga. Tapi berbalik kepada pengguna yang tetap membeli walaupun harga diletakkan sehingga dua kali ganda. Peniaga pula mengambil kesempatan. Daripada menjual pada harga murah lebih baik jual mahal,” katanya.
Tambahnya, majoriti peniaga sudah hilang sifat kemanusiaan kerana hanya memikirkan soal keuntungan.
Terkini, harga runcit RON95 pada RM1.89 seliter, RON97 (RM2.15) dan diesel pula RM1.84 seliter.
Snapshot
http://www.sinarharian.com.my/nasional/terus-mahu-cekik-pengguna-1.695256

Monday, June 13, 2016

2824) PENGGUNA MENGELUH HARGA MAKANAN MAHAL - SINAR ONLINE - 12/6/16


Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan

SHAH ALAM - Kenaikan harga makanan dan minuman di bazar Ramadan antara aduan paling banyak diterima sepanjang minggu pertama umat Islam berpuasa.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, rata-rata pengguna mengeluh dengan kenaikan harga makanan dan minuman yang didakwa tidak masuk akal dijual di bazar Ramadan.

“Kebanyakan makanan yang dihidangkan bersama ayam, didakwa lebih mahal harganya. Ada sesetengah peniaga dikatakan menaikkan harga sekali ganda berbanding tahun sebelumnya dan ini amat membebankan pengguna.

“Namun kenaikan harga ini mungkin didorong  kenaikan lain-lain kos yang terpaksa ditanggung peniaga,” katanya.

Bagaimanapun, bagi Nadzim, peniaga tidak sepatutnya mengenakan harga terlalu tinggi sewenang-wenangnya demi mengaut keuntungan.

Selain daripada aduan kenaikan harga barang, PPIM turut menerima aduan berkaitan isu kebersihan, di mana peniaga tidak menitik beratkan soal kebersihan dalam penyediaan makanan.

Katanya, isu kenaikan harga dan kebersihan bukanlah isu baharu.

Bagi menangani isu ini, Nadzim menasihatkan pengguna agar lebih bijak dan berjimat dalam berbelanja.

“Beli hanya ikut keperluan dan bukan ikut rasa. Jika harga dikenakan terlalu mahal, tidak perlu beli. Pilihan bagaimana pun ada pada pengguna itu sendiri,” katanya.



PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL