Showing posts with label GOTONG-ROYONG. Show all posts
Showing posts with label GOTONG-ROYONG. Show all posts

Monday, June 16, 2025

GOTONG-ROYONG KEBUN VILLA PUTERI: PPIM MAHU WUJUDKAN KEBUN CONTOH BANDAR RAYA - EHAILING.FM - 14/06/2025

 

Villa Puteri, Kuala Lumpur – Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Toqqi, menyampaikan semangat dan harapan besar ketika menyertai program gotong-royong membersihkan Kebun Komuniti Villa Puteri hari ini.

Menurut Toqqi, inisiatif ini bukan sahaja bertujuan untuk menyuburkan tanaman dan menghijaukan kawasan bandar, tetapi juga sebagai medan mempererat silaturahim, menggalakkan aktiviti sihat dan menanam nilai kebajikan dalam komuniti.

“Alhamdulillah, kita nak jadikan kebun ini bukan sekadar tempat bercucuk tanam, tapi kebun contoh dalam bandar raya. Kalau dulu Sungai Bonus boleh menang nombor dua dan empat bintang, di sini kita sasarkan nombor satu dan lapan bintang,” katanya sambil merakamkan penghargaan kepada penggerak utama projek, Haji Yan.

Toqqi turut mencadangkan agar pihak berkuasa tempatan membina kemudahan asas seperti tandas dan pondok rehat, memandangkan kawasan kebun ini berpotensi menjadi lokasi kem perkhemahan, pembelajaran sekolah dan program komuniti.

Antara tanaman bernilai yang ada termasuk ulam raja, moringa, ciku, jambu, mempelam, dan pokok kelapa yang menurut beliau boleh menjimatkan import berjuta ringgit dari luar negara.

“Kita sokong hasrat tanam 10 juta pokok di bandar. Kawasan ini pun layak dijadikan lokasi contoh,” tambahnya sebelum menutup ucapan dengan doa agar usaha hijau ini terus berjaya.

Program gotong-royong tersebut turut disertai sukarelawan pelbagai latar belakang dan menjemput semua warga untuk menyertainya.

Wednesday, April 26, 2023

AKTIVITI | GOTONG-ROYONG PERSISIRAN SUNGAI GOMBAK - PPIM - 26/04/2023

Program pembersihan kawasan persisiran Sungai Gombak telah diadakan bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan @ Toqqi dengan penglibatan semua staff PPIM pagi tadi. 

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyemarakkan cinta akan alam sekitar disamping untuk mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain bahkan untuk mengelak lagi pembiakan nyamuk aedes.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL