Showing posts with label CRTF. Show all posts
Showing posts with label CRTF. Show all posts

Monday, November 21, 2011

PENDAPAT PILIHAN : Kempen Kesedaran Skim Cepat Kaya/ Penipuan produk MLM dengan janji kosong


From: Daniel Bin Adam <daniel.lhrt@gmail.com>
Date: 2011/11/13
Subject: Kempen Kesedaran Skim Cepat Kaya/ Penipuan produk MLM dengan janji kosong
To: muslimconsumers@gmail.com, aduanppim@gmail.com


Assalamualaikum Tuan/Puan,

Saya ingin bertanya sekiranya pihak Tuan/Puan ada menjalankan kempen seperti dalam tajuk untuk menyedarkan pengguna Islam di Malaysia khususnya dan rakyat Malaysia secara amnya.

Dewasa ini semakin banyak isu yang timbul mengenai perkara ini dan lebih banyak syarikat bertopengkan MLM wujud untuk menipu orang.

Hatta pakej umrah pun dibuat. Logiknya mudah, kalau seseorang itu hendak pergi umrah, beliau perlu mencari beberapa orang lagi yang ingin pergi umrah juga. Setelah bayaran dibuat, pakej umrah akan diberi kepada orang yang telah mencari paling banyak orang lain untuk membuat bayaran yang sama. Soalannya, pusingan ini tidak akan berkekalan, dan pasti akan ada orang yang membayar tetapi tidak mendapat apa-apa kerana dia adalah tergolong dalam orang yang terkemudian yang memasuki skim ini.

Tetapi pada mulanya, semua orang yang berminat dijanjikan dengan janji palsu dan kosong untuk pergi umrah, hanya dengan membayar sebahagian daripada harga pakej, dan selebihnya akan dibiayai oleh orang baru yang direkrut.

Bukankah ini adalah satu skim piramid secara terang-terangan. Ponzi skim yang dimulakan di Amerika Syarikat.

Semakin ramai umat Islam menggunakan agama untuk wang semata-mata, sedangkan banyak gejala sosial dan maksiat berleluasa di kalangan remaja terus menerus diabaikan. Saya khuatir Malaysia dan umat Islam di dalam negara sedang menuju ke satu jalan yang amat berbahaya jika tiada orang berbuat sesuatu mengenainya.

Harap dapat perhatian pihak Tuan/Puan. Saya doakan kita sentiasa berada di dalam rahmat dan limpah kurnia Allah s.w.t.

Sekian, terima kasih dan Assalamualaikum.

Friday, October 14, 2011

ALBUM PPIM : SEKITAR FORUM 'RUMAH TERBENGKALAI-IGAUAN DAN MIMPI NGERI PEMBELI'



Seramai lebih kurang 120 peserta telah menghadiri forum ini yang telah berlangsung di Bilik Kelantan, PWTC. Majlis telah dirasmikan oleh Y Bhg Tuan Hj Mokhtar Yob , Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam   Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Wilayah Persekutuan KL.
Moderator bagi forum ini adalah Y Bhg Datuk Jacob George, Presiden Persatuan Pengguna Subang & Shah Alam Selangor,CASSA dan panel pula adalah En. Mohd Zulkifli Hassan, Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan  serta En. Anuar Ibrahim, Pengerusi Protem Komuniti Mangsa Rumah Terbengkalai Pulau Indah.
Pelbagai perkara telah dibincang, dikupas dan dihuraikan walaupun pihak Bank Negara Malaysia tidak dapat hadir sebagai panel.
Tunggu laporan khas kami melalui youtube nanti…
Jumpa di sesi 2 dan 3 forum esok di tempat yang sama, Bilik Kelantan, PWTC:
1) 9.00pg : Perbankan Islam-Satu Penindasan?
2) 2.00ptg : Baitulmal-Antara Amanah, tanggungjawab dan realiti?
Pendaftaran masih dibuka. Sms atau hubungi sekretariat 0199130000 atau 0193591000.

                                

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL