Showing posts with label BANTU MANGSA BANJIR. Show all posts
Showing posts with label BANTU MANGSA BANJIR. Show all posts

Friday, January 22, 2021

5314) DPMM DAN PPIM DENGAN KERJASAMA APM BUAT KUTIPAN BANTU MANGSA BANJIR - KOSMO - 21/01/2021


PETALING JAYA – Dewan Perniagaan Melayu (DPMM) dan Persatuan Pengguna Islam (PPIM) dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM) menggerakkan usaha mengutip sumbangan bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.

Naib Presiden DPMM, Norsyahrin Hamidon berkata, DPMM memahami kerumitan mangsa banjir yang kehilangan harta benda akibat bencana banjir apatah lagi ketika berdepan dengan pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Inisiatif kali ini bukan sahaja tertumpu kepada sumbangan makanan dan pakaian, malah ia turut melibatkan peralatan elektrik seperti mesin basuh.

“APM akan turut bekerjasama dengan pihak Jawatankuasa Bencana Daerah bagi mengenalpasti golongan memerlukan dan ini akan memastikan beban yang didepani dapat diringankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, sehingga hari ini, jumlah sumbangan yang diterima bernilai kira-kira RM400,000.00 dan meningkat setiap hari.

Tambahnya lagi, diharapkan sumbangan ini dapat dihantar kepada penerima selepas PKP berakhir dan ketika ini DPMM masih lagi membuka tabung sumbangan kepada orang ramai.

“Orang ramai yang ingin menyumbang boleh melakukannya melalui Nombor Akaun Maybank: 5643 2413 7896 dengan menulis rujukan Misi Bantuan Banjir atau melalui laman web khas yang ditaja oleh sumbangan.com di https://sumbangan.com/DPMM/BanjirDPMM,” ujarnya.


Artikel oleh: Kosmo

DPMM DAN PPIM DENGAN KERJASAMA APM BUAT KUTIPAN BANTU MANGSA BANJIR


5312) DPMM KUMPUL DANA BANTU MANGSA BANJIR SELURUH NEGARA - HARIAN METRO - 21/01/2021

 


Kuala Lumpur: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM400,000 bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.

Timbalan Presidennya Norsyahrin Hamidon berkata, sumbangan yang diterima menerusi tabung Misi Bantuan Banjir itu akan dihantar kepada penerima selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

"Selain sumbangan daripada kalangan usahawan, DPMM turut menerima sumbangan daripada orang awam melalui kempen yang dilaksanakan di media sosial selain sokongan daripada beberapa selebriti tanah air.

"Inisiatif kali ini bukan saja tertumpu kepada sumbangan makanan dan pakaian, malah peralatan elektrik seperti mesin basuh.

"DPMM memahami kerumitan mangsa banjir yang kehilangan harta benda akibat bencana itu, apatah lagi ketika berdepan pandemik Covid-19 dan PKP. Maklumat mengenai kesukaran mangsa dikumpul oleh ahli DPMM di seluruh negara," katanya dalam kenyataan hari ini.

Norsyahrin berkata, DPMM turut menerima sokongan kuat daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Beliau berkata, pembabitan APM adalah sejajar peranan agensi itu sebagai pasukan barisan hadapan dalam menghadapi bencana sekaligus memudahkan usaha mengenal pasti golongan yang perlu dibantu.

"APM akan turut bekerjasama dengan pihak Jawatankuasa Bencana Daerah bagi mengenal pasti golongan memerlukan.

"DPMM mengharapkan sumbangan dapat dihantar kepada penerima selepas PKP berakhir dan ketika ini DPMM masih membuka tabung sumbangan kepada orang ramai," katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkan melalui akaun Maybank bernombor 564324137896 dengan menulis rujukan Misi Bantuan Banjir atau melalui laman web https://sumbangan.com/DPMM/BanjirDPMM.


Artikel oleh: Harian Metro

DPMM KUMPUL DANA BANTU MANGSA BANJIR SELURUH NEGARA

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL