Showing posts with label ANCAMAN UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA. Show all posts
Showing posts with label ANCAMAN UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA. Show all posts

Tuesday, May 27, 2025

PETISYEN | SOKONGAN PENUBUHAN MAHKAMAH RAKYAT TANGANI ANCAMAN PERATURAN ANTARABANGSA TERHADAP RAKYAT - PPIM

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama gabungan NGO Task Force Rakyat dan Sekretariat Peguam PPIM sepakat mahu memelihara keutuhan undang-undang Negara Malaysia agar tidak dipengaruhi oleh undang-undang asing yang dipaksakan terhadap rakyat Malaysia.

Sehubungan dengan itu, PPIM bersama Sekretariat Peguam PPIM dan gabungan NGO Task Force Rakyat akan melancarkan penubuhan Mahkamah Rakyat supaya dengan adanya platform ini dapat membantu rakyat untuk buat rujukan, menimbang, menerima atau menolak sebarang keputusan kerajaan terhadap pematuhan undang-undang luar negara dan antarabangsa yang dikuatkuasakan di negara ini.

Bagi tujuan itu, sokongan anda amat diperlukan.

Sila sebarkan petisyen ini supaya hak rakyat negara ini tidak tergadai kepada kuasa asing.

Sekretariat : (PPIM) 03-40503055

Klik di pautan berikut untuk ke laman petisyen atau imbas kod QR sekarang!:

https://www.change.org/p/sokongan-penubuhan-mahkamah-rakyat-tangani-ancaman-peraturan-antarabangsa-terhadap-rakyat?recruiter=875290736&recruited_by_id=fa65f560-550a-11e8-96aa-553ebdd5eb1f&utm_source=share_petition&utm_campaign=psf_combo_share_initial&utm_medium=native

Thursday, May 22, 2025

ANCAMAN UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA: SEKRETARIAT PEGUAM PPIM BENTUK MAHKAMAH RAKYAT - KENYATAAN MEDIA PPIM - 22/05/2025

Pada 19 Mei 2025, Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-78 (WHA78) di Geneva secara rasmi meluluskan Perjanjian Pandemik dan pindaan kepada International Health Regulations (IHR). Malaysia, melalui Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, menyatakan persetujuan terhadap perjanjian tersebut walaupun terdapat kebimbangan serius terhadap implikasi ke atas kedaulatan negara, hak asasi rakyat, dan kebergantungan kepada kuasa luar.

Susulan itu, Sekretariat Peguam PPIM dan Task Force Rakyat telah menjalankan kajian mendalam dan mengambil langkah undang-undang termasuk memfailkan Semakan Kehakiman serta menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Majlis Peguam, dan DYMM Yang di-Pertuan Agong.  Notis Rayuan Semakan Kehakiman yang berjaya direkodkan menjadi bukti keruntuhan sistem Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman dalam mempertahankan hak rakyat. Ia menjadi asas pembentukan Mahkamah Rakyat – satu inisiatif rakyat sebagai ‘remedi’ terakhir berlandaskan Prinsip Nuremberg, Statut Rome dan Prinsip Princeton.

Mahkamah ini akan:

  • Berperanan sebagai tribunal rakyat untuk menilai pelanggaran hak pasca-COVID-19 & vaksinasi.
  • Terbuka kepada rakyat Malaysia.
  • Menyediakan platform digital rasmi untuk penghantaran bukti sah.
  • Mengaktifkan semula Kuala Lumpur War Crimes Commission (KLWCC) sebagai Mahkamah Rakyat global.
  • Mengurus kes secara modular seperti isu bioterorisme, transhumanisme, dan pelanggaran ciptaan asal manusia (fitrah), selari dengan amaran agama dalam Surah Ar-Rum ayat 30.

PPIM menyeru rakyat, NGO, peguam, doktor dan masyarakat antarabangsa untuk bersatu menolak penjajahan baharu berselindung di sebalik sains dan kesihatan, termasuk agenda global seperti One Health, Immunization Agenda 2030, dan terapi genetik yang mengubah DNA manusia.

Akhirnya, ini bukan sekadar isu undang-undang — tetapi soal maruah, fitrah dan masa depan umat manusia.

ANCAMAN UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA: SEKRETARIAT PEGUAM PPIM BENTUK MAHKAMAH RAKYAT - SIDANG MEDIA PPIM - 22/05/2025

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama gabungan NGO Task Force Rakyat dan Sekretariat Peguam PPIM telah membuat kajian mengenai keutuhan undang-undang Negara Malaysia agar tidak dipengaruhi oleh undang-undang asing yang dipaksakan terhadap rakyat Malaysia.

Sehubungan dengan itu, PPIM bersama Sekretariat Peguam PPIM dan gabungan NGO Task Force Rakyat melancarkan penubuhan Makhamah Rakyat dan dengan adanya platform ini dapat membantu rakyat membuat rujukan. Bagi tujuan itu, satu sidang media telah diadakan pada hari ini.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL