Wednesday, February 14, 2024

DISKRIMINASI TERHADAP GURU/PENJAWAT AWAM YANG TIADA VAKSINASI - SIDANG MEDIA PPIM - 14/02/2024

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendapat aduan terdapat satu portal yang mengendalikan KPI kenaikan pangkat serta gaji guru dan sebagainya telah meletakkan syarat vaksinasi sebagai capaian KPI.

PPIM memandang serius isu ini dan ia jelas melanggar Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin prinsip keadilan dan kesamarataan di sisi undang-undang.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi meminta kerajaan Madani yang memperjuangkan hak rakyat, menasihati Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melindungi hak-hak asasi rakyat, khususnya hak-hak guru untuk memilih yang terbaik bagi kesihatan mereka sendiri.

"Janganlah hanya kerana isu tidak setuju dengan vaksinasi yang masih diperdebatkan di peringkat global malah ada perbicaraan mengaitkan kegunaan vaksinasi ini, kita menafikan hak guru sebagai rakyat yang merdeka.

Sehubungan itu, satu sidang media telah diadakan bagi meminta perjelasan perkara ini.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...