Friday, July 29, 2022

HAPUSKAN SUBSIDI PETROL KURANG BEBAN KERAJAAN - PPIM - UTUSAN TV - 28/07/2022

 

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menegaskan, perkara itu perlu dilakukan bagi mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung kerajaan ketika ini.

Menurut beliau, kerajaan telah membelanjakan lebih RM3 bilion setahun untuk subsidi petrol sahaja.

Sebaliknya, Nadzim mencadangkan supaya kerajaan memperluaskan skim permohonan subsidi bahan api itu dengan kaedah lain.

“Jumlah itu sangat tinggi sedangkan golongan berkemampuan tidak sepatutnya menerima subsidi.

“Bayangkan golongan berpendapatan tinggi yang memiliki pelbagai jenis kenderaan boleh dapat subsidi minyak tidak kira berapa banyak pendapatan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Nadzim berkata, skim subsidi petrol perlu melalui kaedah permohonan secara terus.

Antara kaedah yang boleh menjadi medium permohonan, kata beliau adalah aplikasi MySejahtera atau dikembarkan bersama sistem cukai jalan negara.

Jelas beliau, kaedah itu melibatkan cukai jalan mengikut keupayaan enjin dengan pemberian subsidi boleh diberi menerusi kaedah sama.

“Jika golongan berpendapatan tinggi berasa tidak mahu dan mahu mohon, silakanlah tetapi pihak kerajaan harus bijak menangani isu ini,” jelas beliau.


Artikel oleh: Utusan TV

HAPUSKAN SUBSIDI PETROL KURANG BEBAN KERAJAAN - PPIM

https://utusantv.com/2022/07/28/hapuskan-subsidi-petrol-kurang-beban-kerajaan-ppim/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...