Thursday, September 24, 2020

5948) PELBAGAI NGO HULURKAN SUMBANGAN PPE KEPADA FRONTLINER HOSPITAL KUALA LUMPUR - KOSMO - 24/09/2020


SUMBANGAN. Pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) menyumbangkan kelengkapan keselamatan diri (PPE) kepada barisan hadapan atau frontliner dalam usaha mencegah penularan pandemik Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur baru-baru ini. 

Sumbangan itu dihulurkan oleh rakan sinergi Persatuan Usahawan Wanita dan Keusahawanan Agro (Weagro) iaitu Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Royale Rich Resources, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd., Pertubuhan Keselamatan Sosial dan dermawan.

Pengerusi Weagro, Siti Khadijah Hassan Berseri berkata, penglibatan semua pihak dalam memberi sumbangan itu sangat dihargai dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada frontliner dalam memerangi Covid-19. Hadir sama ialah Pengerusi PPIM, Datuk Nadzim Johan.


Artikel oleh: Kosmo

PELBAGAI NGO HULURKAN SUMBANGAN PPE KEPADA FRONTLINER HOSPITAL KUALA LUMPUR

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...