Tuesday, December 4, 2018

4731) FOMCA, PPIM SOKONG GOLONGAN ISI RUMAH MEWAH PERLU BAYAR BIL ELEKTRIK – BERITA HARIAN – 4/12/18



KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menyokong langkah kerajaan mengenakan bayaran kepada golongan isi rumah mewah yang mempunyai bil elektrik bulanan RM20 ke bawah.
Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata golongan isi rumah mewah ini tidak termasuk dalam golongan sasar dan mampu untuk membayar bil tersebut.
“Ini khasnya kepada mereka yang memiliki lebih daripada satu kediaman di mana mereka tidak selalu berada di rumah, menjadikan bil rumah itu kurang RM20 justeru mereka tidak perlu membayar.
 “Langkah ini dapat akan memberi peluang kepada kerajaan untuk memberikan subsidi kepada golongan bersasar iaitu golongan miskin dan miskin tegar,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata kerajaan seharusnya mewujudkan satu mekanisme baru untuk membantu golongan sasar ini.

“Mekanisme ini merangkumi penerimaan subsidi hanya kepada mereka yang layak sahaja dan mereka yang memohon untuk diberikan pengecualian bayaran.
“Permohonan tersebut adalah untuk pengecualian bayaran bil elektrik kepada golongan miskin dan miskin tegar meskipun bil bulanan melebihi RM20.
“Hal ini adalah kerana golongan isi rumah mewah berkemampuan untuk menbayar bil berkenaan dan ini akan membuka peluang kepada kerajaan untuk membantu golongan sasar dengan lebih lagi,” katanya.
Sebelum ini media melaporkan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin berkata, golongan isi rumah mewah yang mempunyai bil elektrik bulanan RM20 ke bawah perlu membayar bil berkenaan mulai bulan depan.
Ini adalah selari dengan dasar kerajaan menyalurkan subsidi elektrik secara bersasar, khusus buat golongan miskin dan miskin tegar.

Artikel Oleh : Berita Harian
FOMCA, PPIM SOKONG GOLONGAN ISI RUMAH MEWAH PERLU BAYAR BIL ELEKTRIK

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...