Wednesday, March 30, 2016

2649) DBKL GESA ANAK MUDA REBUT PELUANG NIAGA DI IBU KOTA – BERNAMA – 26/3/16


DBKL Gesa Anak Muda Rebut Peluang Niaga Di Ibu Kota

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) — Golongan anak muda digesa merebut peluang yang ada untuk meningkatkan kualiti diri dengan menceburi bidang perniagaan bagi menjana ekonomi diri.

Pengarah Eksekutif Perancangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) Datuk Mohd Najib Mohd berkata DBKL bersedia membantu mereka dengan menawarkan tapak-tapak berniaga termasuk perniagaan ‘Food Truck’.

“DBKL akan menyediakan tapak-tapak perniagaan untuk golongan anak muda berniaga di kawasan-kawasan yang dikenal pasti…sekarang ada peniaga ‘food truck’ yang kita benarkan beroperasi di sekitar Dataran Merdeka.

“Golongan muda juga boleh melibatkan diri dalam sebarang program atau karnival yang kita anjurkan untuk mereka ketengahkan bakat niaga mereka sebelum mengembangkan perniagaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Rakyat di Taman Tasik Datuk Keramat di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Datuk Nadzim Johan dan Pengerusi Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) Yusuf Azmi.

Yusuf Azmi pula berata karnival dua hari itu bertujuan mendedahkan masyarakat terutamanya anak muda tentang perniagaan.

Karnival Rakyat anjuran AMIM itu disertai 60 peniaga selain agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) dan Jabatan Bomba.



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...