LAPORAN KLINIK PENGGUNA MINGGU 1
TARIKH : 7 FEBRUARI 2011
(1) NO. SIRI : KP11-01
Aduan Pemindahan Pelajar-Pelajar Malaysia di Mesir (Ops Piramid)
PENGADU : Encik Syed Aizuddin
Soalan 1: Adakah kerajaan lambat bertindak dalam proses pemindahan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir seperti yang ditulis dalam laman blog yang pro pembangkang.
Soalan 2: Adakah pelajar-pelajar Malaysia di Mesir menggunakan pembiayaan sendiri untuk tambang balik ke Malaysia.
RESPON :
Y.Bhg. Dato’ Haji Shahlan Bin Ismail (Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri)
Beliau mengulas, masalah besar attitude masyarakat kita adalah suka menghebohkan perkara yang tidak benar.
Isu ini bukan lah sesuatu yang ‘suka-suka’, akan tetapi ia melibatkan nyawa rakyat Malaysia. Beliau juga menerangkan bahawa kerajaan diberi mandat daripada perlembagaan, oleh kerana itu kerajaan bertanggungjawab terhadap keselamatan masyarakatnya. Beliau juga turut menerangkan bahawa kerajaan memang menguruskan penerbangan, yang mana kerajaan memperolehi dua pesawat melalui hubungan baik dengan Arab Saudi.
Dakwaan sesetengah pihak tentang isu perpindahan lambat ini adalah tidak benar. Ini kerana, pihak kita perlu mengikut prosedur dan peraturan di sana yang amat berbeza dengan sistem kita.
Beliau menyatakan bahawa tiada tindakan yang lambat terhadap proses pemindahan pelajar-pelajar tersebut tetapi ia memakan masa disebabkan masalah prosuder dan peraturan yang berbeza di Negara tersebut.
Y Bhg Dato’ Ma’amor Osman, Setiausaha Agung PPIM juga mengulas bahawa, isu ini tidak boleh dilihat hanya kepada satu pendapat atau pandangan sahaja kerana bukan mudah untuk menyelesaikan perkara seperti ini, yang mana kita perlu meminta kebenaran daripada Negara berkaitan untuk penggunaan proses keseluruhan seperti pengurusan visa dan sebagainya. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan Y Bhg Dato’ Shahlan di sana bagi pihak rakyat Malaysia atas usaha Kerajaan untuk menyelamatkan rakyat Malaysia.
(2) NO. SIRI : KP11-02
Kesesakan dan Kekurangan kaunter Imigresen di KLIA
Pengadu: En. Mohd Tariq Alawiyyah
Aduan: Beliau yang merupakan warga Arab Saudi dan selalu ke Malaysia, telah beberapa kali menghadapi masalah ketika berurusan di kaunter Imigresen di KLIA kerana terpaksa menunggu dalam jangkamasa yang lama kerana kekurangan kaunter dibuka sedangkan orang sedang ramai. Walaupun beliau telah membuat aduan kepada salah seorang pegawai di sana, mereka hanya menjawab, mereka kekurangan tenaga kerja.
RESPON : EN ZULFIKAR-Ketua Imigresen KLIA
Beliau menerangkan bahawa, perkara itu terjadi mungkin kerana penerbangan sampai serentak dan di waktu puncak. Tidak wujud kekurangan pegawai kerana pegawai yang ada memadai dan ada pegawai yang bekerja di shift lain dan ada yang menghadiri kursus dan sebagainya.
Jangkamasa untuk memproses bagi seorang pelanggan adalah antara 30 hingga 45 saat. Kaunter khas untuk warga emas dan kanak-kanak juga disediakan.
Terdapat 53 kaunter di balai ketibaan yang dibahagi mengikut keperluan contohnya pekerja asing, pelawat asing dan sebagainya. Kaunter akan dibuka semaksimum mungkin contohnya untuk pelawat asing 15 kaunter. Jika terdapat barisan panjang, tambahan kaunter akan dibuka.
Berkenaan aduan En Tariq mengenai kesesakan pada 24 Disember lalu, ketika itu memang banyak pelancong. Jika mereka datang berkeluarga, seorang pegawai akan menguruskan untuk satu keluarga tersebut, mungkin itu yang menyebabkan kesesakan.
Sesetengah pegawai juga dilatih untuk kursus bahasa asing bagi kemudahan perkhidmatan.
PPIM : Pihak imigresen perlu berbuat sesuatu jika tiba waktu yang dijangka ramai pelancong demi menjaga imej Negara. Pegawai juga perlu dilatih dengan etika yang tinggi supaya dapat memberikan perkhidmatan yang mesra dengan hati ikhlas dan piagam pelanggan perlu lebih jelas agar dapat difahami oleh masyarakat pengguna @ pelanggan perkhidmatan.
(3) NO. SIRI : KP11-03
Pembinaan Apartment Regalia Mengundang Pelbagai
Masalah Kepada Penduduk Villa Putera dan Villa Puteri
Pengadu 1 : Tuan Haji Ahmad Razali-Pengerusi Perbadanan Villa Puteri
Projek pembinaan apartment Regalia oleh pemaju Mayland telah bermula sejak 2008. Antara masalah yang timbul adalah, mereka bekerja sehingga lewat malam dan lewat pagi, nyamuk, debu, kotor, bising dan sebagainya.
Perkara ini telah dibawa ke pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi masalah ini masih berterusan. Development Order juga diluluskan sedangkan pembinaan apartment ini tidak cukup jalan keluar masuk kelak hingga bakal mengundang kesesakan lalulintas.
Pengadu 2: Puan Kartina Aziz-Wakil penduduk Villa Putera
Pihak Mayland telah menggunakan kawasan sekitar untuk pembuangan sampah. Ia telah mengganggu keharmonian penduduk di sana. Berharap agar pihak Mayland lebih sistematik dalam kerja-kerja mereka kerana ini Bandar bukan kawasan pembuangan sampah.
Berharap juga pihak berwajib turun untuk meninjau kawasan yang dipenuhi dengan sampah tersebut.
RESPON :
Oleh kerana kesuntukan masa, pihak DBKL akan menjawab persoalan ini di minggu seterusnya.
Oleh kerana siaran ini turut didengar oleh pihak SPRM, PPIM berharap pihak terbabit akan mengambil tempoh tersebut untuk menjelaskan persoalan-persoalan tersebut atau mengambil tindakan segera.
15 comments:
Syabas pada PPIM kerana menyediakan laporan ini. Laporan ini bermanfaat supaya semua aduan dapat ditangani dengan cekap dan berkesan.
Kita tidak mahu aduan hanya tinggal aduan, yakni tanpa tindakan kukuh bagi menanganinya secara tuntas.
Selain itu, saya ingin mencadangkan supaya laporan juga disediakan bagi aduan-aduan yang diterima dari pelbagai saluran lain, seperti surat, e-mel, borang aduan rasmi PPIM dan sebagainya.
Saya juga ingin menarik perhatian rakan-rakan mengenai makanan organik yang kini semakin popular di kalangan pengguna yang ingin menjaga kesihatan.
Namun bagaimanakah caranya memastikan kesahihan dakwaan pihak yang mengeluarkan makanan organik tersebut?
Adakah makanan organik yang dijual itu benar-benar ’organik’ mengikut piawaian yang terpakai padanya?
Atau adakah label ’organik’ itu hanya diperalatkan bagi menjual produk substandard pada harga yang tinggi?
Bukan apa, kita tidak mahu pihak-pihak tertentu memperalatkan keinginan pengguna untuk menjaga kesihatan dengan menjual produk-produk yang didakwa sebagai makanan organik tetapi sebenarnya adalah makanan yang tidak memenuhi standard sebagai makanan organik.
Dalam hal ini, kita sedia maklum bahawa harga makanan organik adalah lebih mahal daripada harga makanan biasa.
Contohnya, sos organik adalah lebih mahal daripada sos ’bukan organik’.
Jadi, jika terdapat pengeluar yang mendakwa menghasilkan makanan organik tetapi sebenarnya tidak mengikut piawaian makanan organik yang sebenar, maka pengguna sendiri yang rugi apabila mereka membayar harga premium bagi produk yang sebenarnya tidak pun premium.
Moga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada rakan-rakan.
Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/
syabas PPIM..klinik pengguna adalah satu platform bagaimana rakyat dapat membuat aduan mengenai sebarang permasalahan yang dihadapi..dan pihak2 berwajib perlu 'alert' dengan aduan2 yang telah diterima..
marilah kita ikuti siaran langsung di radio 24.
tahniah kepada pihak PPIM diatas kejayaan anda mengutarakan kes-kes pengguna..Ia boleh menjadi ikhtibar kepada kami...
semoga amalan baik ini dapat berterusan hingga ke masa-masa akan datang...kerana, dengan adanya klinik pengguna ini, segala aduan yang diudarakan dapat diselesaikan dengan lebih pantas.
sebagaimana yg kita ketahui 'klinik pengguna' merupakan slh 1 usaha PPIM& radio 24 untuk menyelesaikan masalh yg dihadapi oleh pengguna,,alhmdlh usaha ini telah dijalankan selama 3 minggu..semua pihak bertungkus-lumus mencari jalan penyelesaian untuk membantu pengguna yang mempunyai masalah..tahniah dan syabas di ucapkan...
tahniah kpd phk ppim...trima kasih juga kpd pihk y terlibt dlm usaha menyelesaikn masalh2 pengadu...
tindakan PPIM menganjurkan progrm 'klinik pengguna' di radio 24 merupakan 1 usaha yg harus dipuji kerana PPIM telah mencuba sedaya upaya untuk membantu pengguna diluar sana yg berhadapan dgn maslh...justeru itu diharapkn semoga usaha yg baik ini akan menghasilkan impak yg besar kepada pengguna dan ahli2 di PPIM.
program y sangat bkesan.......
tahniah pd PPIM atas usaha yg dilakukan,semoga ini dpt jd panduan dn peringatan kpd pengguna yg lain...
byk mslh yg kta bleh dgr d klinik pengguna.. Sy harap program ini dtruskn.. Insyallah segala permslhan pasti akan terjwb oleh phak yg trlibat
Tahniah kepada PPIM, diharap dgn bersiarannya slot klinik pengguna ini mendapat respon yg positif dr pihak2 yg terlibat dan tindakan segera dapat diambil bg menyelesaikan mslh yg timbul....
Post a Comment