Sunday, February 27, 2011

EMEL PILIHAN-JENIS-JENIS MAKANAN DAN MINUMAN YANG BESAR KEBERKATANNYA




(1) Tsarid (Bubur Daging)

Tsarid (bubur daging) memiliki keutamaan dibandingkan makanan yang lain, di antara banyaknya hadis soheh menyebutkan keutamaan tersebut. Sebagamana disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Nabi saw bahawa beliau bersabda:

“Keutamaan ‘Aisyah dibandingkan semua wanita, bagaikan keutamaan tsarid (bubur daging) atas semua makanan”.
H/R Muslim

Diriwayatkan dari Salman Al-Farisi secara marfu’ bahawa Nabi saw bersabda:

“Keberkatan itu terdapat di dalam tiga perkara: berjamaah, tsarid (bubur daging) dan makan sahur”.
Lihat Silsilah Al Hadis As Sohehah, hadis no 1045

Diriwayatkan dari Asma’ binti Abu Bakar r.a bahawa:

Apabila dirinya membuat tsarid (bubur daging), ia menutupinya dengan sesuatu sehingga hilang asapnya. Ia berkata: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda”: “Sesungguhnya Tsarid (bubur daging) merupakan berkat yang paling besar”.
H/R Ahmad dan Ad Darimi

Ibnu Qayyim Al-Jauziah berkata: “Meskipun tsarid(bubur daging) merupakan makanan campuran. Tetapi ia campuran dari roti dan daging. Roti adalah makanan terbaik dan daging adalah lauk yang terlazat. Bila keduanya bercampur, maka tidak ada lagi yang menyamainya”.
Lihat: Zadul Ma’ad jilid 4 halaman 265

(2) Susu

Berkenaan dengan keberkatan susu, ada beberapa hadis yang menyebutkan keutamaan tersebut. Sebagaimana hadis berikut ini yang diriwayatkan dari Ummu Salim Ar-Rasin bahawa ia berkata: “Aku mendengar ‘Aisyah r.a mengatakan:

“Apabila dihidangkan susu kepada Rasulullah saw, beliau bersabda: “Keberkatan atau dua keberkatan”.
H/R Ibnu Majah

 Dari ‘Aisyah r.a bahawa ia mengatakan:

“Apabila Rasulullah saw diberi susu, beliau bersabda: “Betapa banyak rumah yang di dalamnya terdapat satu keberkatan atau dua keberkatan”.
H/R Ahmad

(3) Kurma

Berkenaan dengan keberkatan kurma, ada beberapa hadis yang menyebutkan keutamaan tersebut. Sebagaimana hadis berikut ini yang diriwayatkan dari Anas r.a bahawa ia berkata: “Rasulullah saw bersabda:

“Sebaik baik kurma adalah al-barniy. Ia boleh menghilangkan penyakit dan tidak mengandungi penyakit”.
H/R Ibnu Adi, Baihaqi dan Ad Dhiya

Rasulullah saw juga bersabda:

“Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, maka kelaparanlah bagi penghuninya atau laparlah penghuninya”.
H/R Muslim dan Tirmizi

Diriwayatkan dari Ubaidillah bin Rafi’ dari neneknya, Salma r.a bahwa Rasulullah saw bersabda:

“Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, bagaikan rumah yang tidak ada makanannya”
Lihat Silsilah Al Hadis As Sohehah, hadis no 1776

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma”.
H/R Ibnu Hibban dan Baihaqi

Keberkatan kurma ‘Ajwah Madinah

Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a bahawa ia berkata: Rasulullah saw bersaba:

“Pada kurma ‘ajwah ‘aliyah dipermulaan pagi sebelum sarapan adalah penyembuh dari setiap sihir dan racun”.
H/R Ahmad

Juga dikeluarkan muslim dengan lafal yang tidak disebutkan kata “’Alariq”:

“Di dalam kurma ‘ajwah’aliyah terdapat penyembuh atau ubat penawar racun di pagi hari”
H/R Muslim

Sheikh Al-Albani mengatakan “Hadis ini memiliki penguat dari hadis Sa’d bin Abi Waqqash yang marfu’ dengan lafal:

“Siapa saja makan tujuh kurma ‘ajwah tanah Madinah sebelum sarapan, tidak ada sesuatu pun yang membahayakannya pada hari itu hingga pagi”. Perawi berkata:
“Aku menduga beliau bersabda: “Dan jika memakannya ketika petang, tidak ada sesuatu pun yang membahayakan hingga pagi”.

(4) Madu

Adapun madu lebah, maka berkatnya besar sekali. Cukuplah kita mendapatkan penjelasan mengenai keberkatan ini dari firman Allah Ta’ala:

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia!. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)! Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapt ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang memikirkan.
Surah An-Nahl ayat 68-69

Allah swt telah mamuliakan madu dengan menjadikannya minuman untuk penduduk syurga sebagaimana firmannya:

“…Dan sungai-sungai dari madu yang disaring. Dan mereka memperolehinya didalam segala macam buah-buahan dan ampunan dari Tuhan mereka….
Surah Muhammad ayat 15

Keutamaan madu juga disebutkan dalam banyak hadis Rasulullah saw. Kita teliti hadis-hadis berikut.

“Diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud r/a bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Madu adalah penyembuh segala penyakit, sedang Al-Quran adalah penyembuh segala penyakit di dalam dada. Maka dari itu, hendaklah kalian berubat dengan dua penyembuh, iaitu Al-Quran dan Madu”.
H/R Ibnu Majah dan Hakim

“Diriwayatkan juga dari Ibnu Mas’ud r/a bahawa Rasulullah saw bersabda:

Hendaklah kamu berubat dengan dua penyembuh, Madu dan Al-Quran”.
H/R Ibnu Majah, Ibnu Mardawaih dan Hakim

 Madu benar-benar adalah ubat yang hebat sebagaimana yang diriwayatkan Abu Sa’id Al-Khudri r.a bahawa ia berkata:

“Ada seorang lelaki datang kepada Nabi saw lalu berkata: “Ya Rasulullah, saudaraku sakit perut”. Rasulullah bersabda kepadanya: “Minumkan madu padanya! Orang itu melakukannya, lalu datang kembali kepada beliau dan berkata: “Aku telah memberinya madu, tetapi malah bertambah sakit”, Orang itu mengulangi sampai tiga kali. Ketika ia datang ke empat kalinya, Rasulullah saw bersabda padanya: “Minumkan madu padanya! Orang itu berkata: “Aku telah memberinya madu, tetapi bertambah sakit”. Rasulullah saw bersabda: “Maha benar Allah dan berdustalah perut saudaramu, minumkan madu padanya!” Orang tu melakukannya dan sembuhlah sakit saudaranya itu”.
H/R Bukhari dan Muslim

(5) Air Zam-Zam

Sesungguhnya sebaik-baik air yang ada di bumi dan yang paling bermanfaat adalah air zam-zam. Di dalamnya terdapat penyembuh dari segala penyakit, pengenyang dari setiap rasa lapar dan penyegar dari rasa haus. Ini sebagaimana yang diriwayatkan dari Ubadah bin Shamit r.a bahawa ia berkata:

Abu Dzar menuturkan dalam hadis yang panjang, lalu ia menyebutkan pertanyaan Nabi saw kepadanya, Sejak bila kamu di sini? Aku (Abu Dzar) menjawab, Kami di sini sejak 30 hari, siang dan malam”. Beliau saw bertanya: “Siapa yang memberikan kamu makan? Aku menjawab: “Tidak ada makanan padaku kecuali air zam-zam. Aku menjadi gemuk sampai perutku buncit, dan tidak aku dapati rasa lapar dalam perutku. Lantas beliau saw bersabda: “Sesungguhnya itu air yang diberkati, makanan yang mengenyangkan dan penyembuh penyakit”.
H/R Muslin dan At Thayalisi

“Rasulullah saw juga bersabda:

“Sesungguhnya itu air yang diberkati. Ia makanan yang mengenyangkan dan penyembuh penyakit”.
H/R Abu Daud an At Thayalisi

Dari Abu Dzarr bahawa ia berkata: Rasulullah saw bersabda:

“Air zam-zam adalah makanan yang mengenyangkan dan penyembuh penyakit”.
H/R Ibnu Abi Syaibah dan Al Bazzar
   
Dari Ibnu Abbas r.a bahawa ia berkata: Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya sebaik-baik air yang ada di bumi adalah air zam-zam. Di dalamnya terdapat pengenyang dari segala rasa lapar dan penyembuh penyakit. Dan seburuk-buruk air yang ada di bumi adalah air yang ada di lembah Badhut daerah Hadramaut, seperti kaki serangga belalang. Kalau pagi memancar dan petang hari tidak ada airnya”
H/R Thabrani dan Ad Dhiya

(6) Minyak dari Pokok Zaitun

Cukuplah sebagai dalil untuk kita akan keberkatan pokok zaitun sebagaimana firman Allah swt:

“Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi, Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti satu lubang yang tidak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca, (dan) kaca itu seakan-akan bintang (bercahaya) seperti mutiara yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkatnya, (iaitu) pokok zaitun yang tumbuh tidak disebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis)…….
Surah An Nuur ayat 35

Dari Abi Usaid Al-Anshari bahawa ia berkata: Rasulullah saw bersabda:

“Makanlah minyak zaitun! Sesungguhnya ia diberkati. Berlauklah dengannya dan berminyaklah dengannya! Sesungguhnya ia keluar dari pokok yang diberkati”
H/R  Ahmad, Ad Darimi dan Tirmizi

Hadis di atas juga tetapi diriwayatkan dengan lafaz yang berbeza-beza, iaitu hadis dari Umar, Abu Usaid, Abu Hurairah, Abdullah bin Abbas tentang sabda Nabi saw:

Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya! Sesungguhnya ia dari pokok yang diberkati”.
Lihat Silsilah Al Hadis As Sohehah, hadis no 379

Alhamdulillah dengan izin Allah swt, telah berjaya saya susunkan untuk pembaca tentang cara mendapat keberkatan pada makanan dan jenis-jenis makanan yang mendapat keberkatan yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Semoga artikel ini dapat memberikan Ilmu yang bermanfaat kepada pembaca dan diharap ilmu ini dapat disebarkan. Insyaallah.

11 comments:

miss said...

makan kurma dengan bilingan ganjil adalah sunat

Unknown said...

sapa yang amalkan makam kurma akan mendapat pahala sunat dan bagi ibu yang sedang hamil elok perbanyakkan makan untuk mendapat anak yang cerdik.INSYAALLAH....

Unknown said...

kt dsunatkn mngamalkn apa y dimakan oleh rasulullah s.a.w...InsyaAllah smoga dgn mnjga pemknan juga mnjadi suatu ibadah disisi Allah Taala...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

bukannya susah untuk amalkan sebagaimana Rasulullah SAW amalkan...di samping menjaga kesihatan, kita juga mendapat pahala sunat....betapa besarnya manfaat yang kita dapat daripada sunnah ini....

hijau said...

bkn shja mkanan sunnah tp mnyihatkan tbh bdan fizikal n mental jga....makanla...

mutiara hati said...

Sekarang ni bnyak sungguh mknn segera,jd adalah senangnya kita amalkan makanan Sunnah Rasulullah ini... Senang dan menjimatkan,baik juga untuk kshatan,..

Unknown said...

benar tu sahabat sekalian.....lagipun makanan sunnah Rasulullah saw ni tak susah untuk didapati.....

Unknown said...

cinta dr ALLAH akan diperolehi dengan mentaati & mengikuti segala perintah Rasulullah s.a.w, firman ALLAH s.w.t: “Katakanlah (wahai Muhammad!): “Jika kalian mencintai Allah, maka ikutilah aku! Niscaya Allah pasti akan mencintai kalian dan mengampuni dosa-dosa kalian.” (Ali Imran: 31)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda: “Setiap umatku akan masuk Al Jannah (surga) kecuali orang yang enggan.” Para shahabat bertanya: “Siapakah orang yang enggan itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Barangsiapa yang menaatiku, ia akan masuk Al Jannah dan barangsiapa yang bermaksiat kepadaku, maka sungguh ia telah enggan.” (HR. Al Bukhari)

Unknown said...

sedikit info yg dapat dikongsi:
Mengikut kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak, minda serta tubuh badan, membantu tumbesaran kanak-kanak, melicinkan perjalanan darah, menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran..
sumber rujukan:
http://blog.mohdhanif.com/kelebihan-buah-kurma/

Unknown said...

tq ngan info bandar....dapat disimpulkan bahawa apa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW ini adalah sesuatu yang berfaedah......tidak rugi kita mengamalkan sunnah ini....

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL