Saturday, November 6, 2010

8) ISU MINGGU INI-SYARIKAT KEWANGAN BELA GANGSTER



4 November 2011-Pegawai Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) lebih kurang jam 12.00 tengahari menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang ketika itu berada di kompaun letak kereta, Pasaraya Giant, Kota Damansara. Wanita itu mengadu masalahnya yang sedang berhadapan dengan beberapa orang dari kumpulan penarik kereta berbangsa India untuk menarik keretanya atas dakwaan notis penarikan kereta telah keluar dan keretanya akan ditarik balik oleh pihak Bank.

Melalui perbualan telefon tersebut serta mendengar cara wanita itu meminta bantuan seolah-olah dalam keadaan yang amat cemas dan diiringi suara kanak-kanak, pihak PPIM bergegas ke tempat kejadian dan tiba ke destinasi yang diberikan dalam tempoh lebih kurang 15 minit. Misi bantuan kecemasan ini dipimpin oleh Ketua Aktivis PPIM YBhg Dato’ Nadzim Johan serta beberapa orang pegawai PPIM yang ketika itu berada di Sembang2 CafĂ©, di The Mall.

Setibanya pihak PPIM di tempat kejadian didapati terdapat lebih kurang 5 orang pemuda India dengan lagak samseng dan agak bengis sedang mengugut wanita berkenaan serta anak-anaknya untuk menyerahkan kereta terbabit kepada mereka secara kekerasan ala gangster dan tanpa rasa belas kasihan.

Melihat kejadian tersebut yang agak kritikal dan mencemaskan, Ketua Aktivis PPIM bergegas mendatangi pemuda India berkenaan serta meminta mereka menunjukkan authority card beserta surat penarikan (repossession order) dari pihak Bank. Malangnya pemuda India berkenaan menempik dengan suara yang agak keras dan melakukan provokasi ala gangster terhadap Ketua Aktivis PPIM dan pegawai lain serta enggan mengeluarkan authority card dan repossession Order (RO) yang diminta. Ketika itu jam menunjukkan hampir 1.15 petang.

Serentak dengan kejadian tersebut pemuda India berkenaan yang dipercayai ketuanya bernama Raja dilihat menelefon seseorang dalam bahasa tamil. Dan dalam tempoh tak sampai 10 minit, tiba-tiba Ketua Aktivis serta pegawai PPIM yang ketika itu seramai 7 orang dikelilingi oleh beberapa pemuda India yang datang dengan motosikal dan kereta. Jumlah geng penarik kereta ketika itu telah meningkat seramai 20 orang secara mendadak. Kemelut yang berlaku bertambah kacau dan haru-biru apabila seorang pemuda cina bernama Roger yang dipercayai dari kumpulan yang sama membuat bising serta mengancam pihak PPIM dengan menghamburkan kata-kata kesat yang berbaur provokasi.

Walaupun pihak PPIM berulangkali menggesa Raja dan Roger agar mereka menunjukkan kad kuasa serta repossession order(RO) untuk pengesahan, namun mereka masih berdolak-dalik dan tidak mengeluarkan apa yang diminta malahan terus membuat provokasi terhadap pegawai PPIM yang tetap mempertahankan kereta serta melindungi keselamatan wanita berkenaan. Persoalannya, bolehkah seseorang menarik kereta yang dimaksudkan tanpa perlu menunjukkan kad kuasa dan repossession order (RO) yang sah kepada pemilik kenderaan berkenaan.

Jam menunjukkan hampir 2.15 petang. Tiba-tiba seorang pemuda India bernama Ravi mengenalkan diri serta mengeluarkan kad kuasanya dan repossession order (RO) dari pihak bank yang dipercayai dari AMBANK cawangan Jalan Yap Kwan Seng Kuala Lumpur serta menunjukkan kepada Ketua Aktivis PPIM YBhg Dato’Nadzim Johan. Dalam masa yang sama hampir 6 salinan repossession order (RO) yang mengandungi butir peribadi pelanggan bank berkenaan telah diedarkan kepada kawan-kawan sekelilingnya tanpa rasa bersalah bahawa butir peribadi pelanggan adalah tertakluk di bawah akta BAFIA.

Akhirnya, Ketua Aktivis meminta Ravi melepaskan kenderaan tersebut daripada ditarik. Kerana, katanya, jika beliau enggan,PPIM akan membawa perkara ini kepada pihak berkuasa kerana mereka telah melanggar etika menarik kereta dan berlagak samseng serta bertindak menyalahi undang-undang.

Selang beberapa minit selepas kekecohan tersebut berlaku. 2 kereta peronda polis serta beberapa orang anggota polis tiba ke tempat kejadian untuk mengawal keadaan.

Kesimpulan dari kejadian yang diceritakan di atas terdapat beberapa persoalan yang harus dijadikan iktibar dan perlu diambil berat oleh pihak berkuasa dan pihak Bank agar kejadian yang tidak diingini berlaku.

Persoalannya, kad kuasa serta repossession order(RO) hanya dimiliki oleh Ravi seorang orang yang disahkan oleh pihak Ambank sebagai agen penarik kereta mereka. Apakah peranan Raja dan Roger di dalam kejadian ini? Adakah kuasa Ravi boleh disub-kan kepada Raja dan Roger tanpa memaklumkan kepada Ambank terlebih dahulu dan adakah ianya dibolehkan di dalam undang-undang.

Pihak KPDNKK perlulah mengetatkan lagi perihal undang-undang yang berkaitan kepenggunaan khususnya akta sewa beli agar kejadian sebegini tidak berlaku lagi kerana ianya boleh membahayakan keselamatan seseorang malahan mungkin akan mengakibatkan nyawa melayang sekiranya tidak ditangani dengan bijak.
Seterusnya pihak bank khususnya Ambank wajib melindungi butir peribadi pelanggan dengan lebih berkesan sesuai dengan akta BAFIA agar keselamatan pelanggan lebih terjamin dan butir peribadi pelanggan tetap menjadi rahsia.
Bayangkan apa akan berlaku kepada wanita berkenaan sekiranya pegawai PPIM tidak bertindak dengan pantas. Siapakah yang bertanggungjawab dengan barangan peribadi pemunya kereta yang terdapat di dalam kereta semasa kereta tersebut dirampas. Adakah pihak Bank?
Dan apa perlunya seramai 20 orang untuk mengambil sebuah kereta yang mana pemilik dan sandarannya sah di sisi undang-undang? Tidakkah ini menunjukkan adanya unsur-unsur gangsterisma yang kerajaan berulangkali mengingatkan masyarakat bahawa ianya adalah satu kesalahan di sisi undang-undang di mana masyarakat perlu hindarkan sedangkan dalam masa yang sama pihak bank seolah-olah mengiktiraf dan mengesahkan peranan mereka.

Kegagalan Raja dan Roger menunjukkan kad kuasanya serta repossession order (RO) serta menahan wanita dan kereta berkenaan hampir 1 jam adalah satu kesalahan yang nyata dan terang-terangan mencabul hak kebebasan seseorang yang dilindungi undang-undang. Apakah kekerasan dan budaya gangsterisma begini yang ingin kita lahirkan di dalam Malaysia?

Pihak bank serta pihak berkuasa haruslah lebih berhati-hati dalam melantik agen penarik kereta agar profession ini lebih beretika dan mengikut lunas undang-undang dan seterusnya mengelakkan pengguna menjadi mangsa disebabkan kerakusan segelintir manusia yang mengamalkan undang-undang rimba serta menurut nafsu serakah mereka sahaja tanpa memperdulikan hak orang lain.

Sehubungan dengan itu, pihak PPIM menyeru masyarakat pengguna agar memahami hak-hak mereka serta menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan kepastian dan perlindungan sekiranya berlaku kejadian serupa ke atas diri sendiri. Undang-undang sedia ada perlu didaulatkan dan kuasa pengguna harus diberi keutamaan agar Negara Malaysia yang dalam proses menuju taraf Negara maju terus selamat dan dihormati.

Dan selagi ada PPIM hak dan maruah pengguna tetap dipertahankan.


Berita terkini….

Didapati, salah seorang daripada penarik kereta WAKIL AMBANK ada mempunyai rekod jenayah dan dikehendaki oleh polis. Bayangkan seorang yang dikehendaki polis diambil oleh AMBANK untuk melaksanakan kerja-kerja mereka. Tidakkah ini amat memalukan? Apa jawapan Tan Sri Azman Hashim? Apa jawapan Dato’ Azmi atau apa jawab Sharuddin? Apa kata YB Dato’ Ismail Sabri, Dato’ Zain (KSU KPDNKK)? Apa jawapan Bank Negara? 

Kita tunggu jawapannya?

SAMSENG TARIK KERETA DATANG BERAMAI-RAMAI SEMATA-MATA UNTUK MENARIK SEORANG SURIRUMAH




SI PENARIK KERETA YANG TIDAK BERETIKA

SI PENARIK KERETA YANG DIRAGUI 'PENTAULIAHAN'NYA


PETIKAN HARIAN METRO 6/11/10
http://www.hmetro.com.my/articles/Diserang__8216_gengmafia__8217_/Article/

______________________________________________________________________________
KOMEN PILIHAN :
“ Toki takut ada pulak kang yang mati jika kekerasan digunakan. Kita semua tahu pernah ada penarik kereta mati dipukul! Marilah kita elakkan perkara ini……… ”


To’ki bertanya..

a. Apakah hak seseorang, tanpa sebarang pengenalan dan kuasa undang-undang menceroboh masuk ke dalam kereta orang lain?

b. Apakah hak seseorang tanpa sebarang pengenalan dan kuasa undang-undang menahan seserong daripada bebas bergerak sehingga 1 jam hanya di atas alasan hendak menunggu orang yang mempunyai kuasa datang membawa surat bagi menahan kenderaan tersebut?

c. Apakah perlindungan kepada pengguna ( biasa berlaku) apabila kereta ditarik dan tidak diserahkan kepada syarikat kewangan?

d. Apakah wajar syarikat kewangan “membela” gangster yang datang berkumpulan ketika cuba manarik kereta?

e. Apakah yuran penarikan kereta yang patut dan munasabah dikenakan ke atas pengguna?

f. Apakah budaya memberikan maklumat kepada segerombolan kongsi gelap tidak menyalahi BAFIA?


“Sape-sape ada terkena tindakan yang tidak sepatutnya, sila kongsi bersama To’ki dan kalau ada cadangan, mai kongsi…”


To'ki mencadangkan...

Selain daripada etika yang sedia ada, dicadangkan;

a. Yang bekerja harus ada uniform khas;

b. Mempunyai kad kuasa yang perlu ditunjukkan semasa memperkanalkan diri;

c. Kena berbudi bahasa dan tidak terjerit-jerit macam orang gila!

d. Hanya yang diberikan kuasa dan surat kebenaran tarik boleh menarik kereta;

e. Tak perlu dok bawak sampai berbelas-belas “kaki pukul”;

f. Yuran upah tarik perlu dicatat di atas surat kuasa;

g. Perlu membawa kamera dan mengambil gambar kereta sebelum kereta ditarik;

h. Penarik kereta harus menjalani kursus undang-undang agar tidak berperangai seperti kongsi gelap;

i. Etika penarik kereta harus diwujudkan bagi menentukan amalan kongsi gelap tidak digunakan;

j. Hanya kakitangan yang melalui kursus boleh melaksanakan kerja ini;

k. Kakitangan PEJABAT terdekat harus dipanggil jika tidak dapat meyelesaikan perkara ini secara baik. 

2 comments:

ez.fadha said...

sangat tidak bermoral mereka ini..selalu ponteng kelas moral dulu masa sekolah agaknya...

Ke'semseng'an dan ke'gangster'an mereka ini perlu dibendung dari sekarang..jika tdk,mereka akan jadi mcm along yg suka2 baling cat kat rumah org atau mcm gangster gores dan menang yang belasah aktivis PPIM x lama dulu

Unknown said...

Komen To’ki

“ Toki takut ada pulak kang yang mati jika kekerasan digunakan. Kita semua tahu pernah ada penarik kereta mati dipukul! Marilah kita elakkan perkara ini……… ”


To’ki bertanya..

a. Apakah hak seseorang, tanpa sebarang pengenalan dan kuasa undang-undang menceroboh masuk ke dalam kereta orang lain?

b. Apakah hak seseorang tanpa sebarang pengenalan dan kuasa undang-undang menahan seserong daripada bebas bergerak sehingga 1 jam hanya di atas alasan hendak menunggu orang yang mempunyai kuasa datang membawa surat bagi menahan kenderaan tersebut?

c. Apakah perlindungan kepada pengguna ( biasa berlaku) apabila kereta ditarik dan tidak diserahkan kepada syarikat kewangan?

d. Apakah wajar syarikat kewangan “membela” gangster yang datang berkumpulan ketika cuba manarik kereta?

e. Apakah yuran penarikan kereta yang patut dan munasabah dikenakan ke atas pengguna?

f. Apakah budaya memberikan maklumat kepada segerombolan kongsi gelap tidak menyalahi BAFIA?


“Sape-sape ada terkena tindakan yang tidak sepatutnya, sila kongsi bersama To’ki dan kalau ada cadangan, mai kongsi…”


To'ki mencadangkan...

Selain daripada etika yang sedia ada, dicadangkan;

a. Yang bekerja harus ada uniform khas;

b. Mempunyai kad kuasa yang perlu ditunjukkan semasa memperkanalkan diri;

c. Kena berbudi bahasa dan tidak terjerit-jerit macam orang gila!

d. Hanya yang diberikan kuasa dan surat kebenaran tarik boleh menarik kereta;

e. Tak perlu dok bawak sampai berbelas-belas “kaki pukul”;

f. Yuran upah tarik perlu dicatat di atas surat kuasa;

g. Perlu membawa kamera dan mengambil gambar kereta sebelum kereta ditarik;

h. Penarik kereta harus menjalani kursus undang-undang agar tidak berperangai seperti kongsi gelap;

i. Etika penarik kereta harus diwujudkan bagi menentukan amalan kongsi gelap tidak digunakan;

j. Hanya kakitangan yang melalui kursus boleh melaksanakan kerja ini;

k. Kakitangan PEJABAT terdekat harus dipanggil jika tidak dapat meyelesaikan perkara ini secara baik.

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...