Showing posts with label UNDANG-UNDANG LELONGAN RUMAH. Show all posts
Showing posts with label UNDANG-UNDANG LELONGAN RUMAH. Show all posts

Wednesday, May 24, 2017

3738) GESA UBAH SYARAT LELONGAN RUMAH - HARIAN METRO - 24/5/2017

                       harian metro 24.5.2017

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) mengubah suai syarat lelongan rumah yang dilihat menekan pengguna dan dipercayai didalangi sindiket lelongan yang mencari keuntungan.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, berdasarkan lebih 10 aduan diterima, ramai pengguna ‘dizalimi’ berikutan syarat lelongan kini menyebabkan pengguna tertekan berikutan harga rumah tidak mengikut pasaran semasa.
“Kita perlu mempunyai dasar yang adil supaya tiada lagi pengguna yang dianiaya. Saya mohon
BNM mengambil serius mengenai perkara ini supaya ia tidak memberi kelonggaran bagi mana-mana pihak untuk mengambil kesempatan ke atas pengguna,” katanya pada sidang akhbar Syarat Lelongan Menzalimi Pengguna, di sini, semalam.
Nadzim berkata, PPIM menerima lebih 10 aduan berkaitan isu lelongan rumah bermasalah di mana terdapat empat kali lelongan dilakukan dalam tempoh dua bulan dan setiap kali lelongan, harga diturunkan sehingga 40 peratus.
“Pihak yang melelong itu memang ada hak untuk melelong, tetapi apa yang kita tidak mahu ialah mereka memanipulasi pengguna,” katanya.

3737) KERAJAAN PERLU SIASAT PELELONG KEDIAMAN - SINAR HARIAN - 24/5/2017

                sinar harian 24.5.2017
 Kuala Lumpur - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan menyiasat segelintir pihak pelelong kediaman yang dilihat semakin aktif ketika ini. Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, ada segelintir pelelong yang melelong rumah penghutang tanpa mengikut undang-undang. "Kalau ikut undang-undang, lelongan kediaman boleh dilakukan dalam tiga bulan. Contohnya, sesebuah rumah itu dilelong pada Januari. Sekiranya, tiada pembeli sepanjang tempoh itu, lelongan seterusnya akan dilakukan pada Mac, tapi kita dapat 10 aduan ada pihak yang buat lelongan dalam tempoh tak sampai tiga bulan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PPIM, di sini, semalam. Menurutnya, ada kes pihak pelelong melelong rumah dalam tempoh dua minggu yang mengakibatkan harga rumah penghutang jatuh dalam masa singkat. Katanya, ada satu kes, harga rumah pengadu jatuh RM 100,000 dalam tempoh sebulan sahaja, di saat dia sedang cari duit untuk membayar hutangnya kepada pihak bank. "Tindakan ini menindas penghutang, sedangkan penghutang terdesak untuk cari wang bagi membayar hutangnya. "Justeru, saya minta kerajaan lihat semula undang-undang berkaitan lelong kediaman kerana ada segelintir pihak ambil kesempatan dari undang-undang sedia ada," katanya.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL