KUALA LUMPUR: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempersoalkan kewajaran pelaksanaan kadar premium insurans kenderaan berdasarkan profil risiko pemegang polisi yang akan berkuat kuasa Julai depan. Liberalisasi kadar premium Motor Komprehensif itu akan menyebabkan kenaikan kadar premium insurans kenderaan, sekali gus membebankan pemilik kenderaan. Justeru, NGO berkenaan mengesyorkan kepada kerajaan supaya pelaksanaannya ditangguhkan demi kepentingan orang ramai. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata pelaksanaan kadar insurans itu tidak sesuai pada masa ini kerana pemilik kenderaan berhadapan dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Tak sesuai pada masanya "Saya berpandangan ia tidak kena pada masa, keadaan dan tempat kerana saya percaya syarikat insurans sedang menyusun strategi untuk menaikkan kadar premium insurans dengan mengenakan pelbagai syarat yang boleh menaikkan harganya," katanya. Beliau bersetuju kesalahan lalu lintas patut diambil kira dalam penentuan kadar premium insurans tetapi pada masa ini belum sesuai memandangkan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) dan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) baharu dikuatkuasakan pada bulan lalu. "Saya mencadangkan pelaksanaan kadar premium insurans berkenaan ditangguhkan kerana sistem itu (KEJARA dan AWAS) baru saja dinaiktaraf, yang mana integriti masih boleh dipersoalkan," katanya. Pelaksanaan kadar premium insurans itu selaras dengan dasar liberalisasi kadar premium Motor Komprehensif yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) bulan lalu yang akan dilaksanakan berperingkat sehingga tahun 2019. Untuk fasa pertama, liberalisasi insurans kenderaan bermotor selama setahun bermula Julai depan hingga Ogos 2018, menetapkan harga produk insurans kenderaan bermotor tidak lagi ditentukan Tarif Motor, iaitu senarai harga yang sudah ditetapkan, sebaliknya ditentukan setiap penanggung insurans dan pengendali takaful. Namun, kadar premium produk Motor Pihak Ketiga akan terus tertakluk kepada taraf tarif sedia ada. Ia akan dinilai berdasarkan prestasi pelaksanaan liberalisasi insurans kenderaan bermotor selama setahun. Tak wajar dilaksanakan Sementara itu, Presiden Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), Datuk Zainuddin Abdul Rahman, berkata dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, pelaksanaan kadar insurans berdasarkan profil risiko pemegang insurans tidak wajar dilaksanakan. Katanya, kebanyakan syarikat insurans masih memperoleh keuntungan setiap tahun dan tidak mengalami sebarang kerugian. "Saya percaya jika langkah itu dilaksanakan, ia akan membebankan pengguna dan pemilik kenderaan di kawasan kampung yang kebanyakannya memiliki kenderaan yang usianya melebihi 10 tahun dan pemiliknya berusia lebih 60 tahun," katanya. Beliau percaya adalah satu usaha yang baik menaikkan kadar premium untuk pemilik kenderaan yang kerap melakukan kesalahan lalu lintas sebagai cara mendidik mereka mematuhi peraturan jalan raya. Katanya, ia dikhuatiri jika faktor usia dan kapasiti kenderaan, persekitaran dan umur pemilik diambil kira, dikhuatiri ramai yang tidak akan mengambil insurans kerana kadarnya lebih tinggi. "Ini perlu diperhalusi dan tidak boleh dilakukan secara terburu-buru hanya untuk keuntungan syarikat insurans," katanya.
Showing posts with label KADAR INSURAN MENINGKAT. Show all posts

Thursday, May 18, 2017
3714) PREMIUM DITENTUKAN PENANGGUNG INSURANS DIPERSOAL - BERITA HARIAN - 18/5/2017

Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(357)
-
▼
September
(29)
- GUBAL SEGERA AKTA KHUSUS TAPIS PENSTIMAN DIGITAL -...
- AKTIVITI | MESYUARAT KHAS KE ARAH MENDESAK PENUBUH...
- AKTIVITI | SARAPAN MERDEKA PERCUMA SEMPENA SAMBUTA...
- CHOW KIT BERSELAWAT MALAM AMBANG MERDEKA - HARIAN ...
- MyGiG SOKONG PENGECUALIAN ALGORITMA BERASASKAN AGA...
- ALUNAN SELAWAT BERGEMA DI CHOW KIT - HARIAN METRO ...
- AKTIVITI | SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN HARI KEMERD...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA TEAM MCMC - PPI...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA YAS TPj. (PA) G...
- PLATFORM P-HAILING PERLU BERI PILIHAN DALAM SISTEM...
- TOLAK PESANAN TIDAK HALAL, JANGAN HUKUM PENGHANTAR...
- JANGAN HUKUM PENGHANTAR MUSLIM KERANA MENOLAK PESA...
- AKTIVITI | PROGRAM MERDEKAPENTER 2026 - PPIM - 22/...
- BERITA PERDANA - DAKWAAN TALIAN DISALAH GUNA UNTUK...
- BULETIN BERNAMA | KEMPEN KESEDARAN ANTIPENIPUAN DA...
- SYARIKAT TELCO PERLU PERJELAS SEGERA DAKWAAN PENDA...
- SATU NAMA MEMILIKI 400 TALIAN TELEFON DIJUAL SEMUL...
- FAHMI: LEBIH 300,000 TERLIBAT JUDI DALAM TALIAN, 4...
- BOOST FRAUD AWARENESS IN RURAL AREAS: MINISTER - T...
- PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKETAT SEKTOR KURIE...
- 'TERKEJUT NAMA DIGUNA ATAS 18 TALIAN' - KOSMO - 21...
- CEO TELCO DIPANGGIL BERI PENJELASAN - BERITA HARIA...
- 47.6 JUTA KANDUNGAN YANG MELANGGAR PERATURAN TELAH...
- TELCO PERLU SEGERA PERJELAS DAKWAAN PENDAFTARAN TA...
- SCAM MAKIN GANAS: FAHMI ARAH TELCO BERI PENJELASAN...
- KERAJAAN CADANG PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKE...
- PENIPUAN DALAM TALIAN, SYARIKAT TELCO DIMINTA BERI...
- FAHMI TO SUMMON TELCO CEO'S OVER SIM CARDS ALLEGED...
- EXPAND SCAM AWARENESS CAMPAIGNS TO RURAL AREAS: FA...
-
▼
September
(29)