Showing posts with label BELANJAWAN 2023. Show all posts
Showing posts with label BELANJAWAN 2023. Show all posts

Saturday, February 25, 2023

BANTU MISKIN TEGAR JANA PENDAPATAN, BUKAN TERUS BERI WANG, KATA KUMPULAN PENGGUNA - FREE MALAYSIA TODAY - 25/02/2023

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu membantu kumpulan miskin tegar menjana pendapatan tambahan bukan sekadar menyalurkan bantuan tunai seperti bantuan tambahan RM600 di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diumum dalam Belanjawan 2023.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan, berkata pendekatan tunggal seperti itu dikhuatiri akan membuatkan rakyat kumpulan bawahan terus bergantung harap kepada ihsan kerajaan untuk jangka panjang.

Menurutnya, bantuan sedemikian juga tidak memberi nilai tambah kepada kumpulan miskin tegar, yang realitinya memerlukan satu inisiatif untuk membawa mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Tambahan RM600 itu tak ke mana pun, sepatutnya kerajaan salurkan dalam bentuk yang lebih produktif yang boleh menjana hasil bagi kumpulan penerima.

“Contohnya, kerajaan bagi pilihan buat perniagaan kecil-kecil seperti tanaman cendawan atau usahakan sayur-sayur hidroponik yang tidak memerlukan kos tinggi,” katanya kepada FMT, mengulas bantuan tunai tambahan RM600 di bawah STR bagi kategori miskin tegar.

Dalam pembentangan Belanjawan 2023 semalam, perdana menteri yang juga menteri kewangan Anwar Ibrahim mengumumkan tambahan bantuan sebanyak RM600, daripada RM2,500 yang diterima ketika ini.

Sumbangan itu akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan makanan asas bernilai RM600, yang menjadikan keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3,100.

Seorang pengamal perubatan, Dr Maamor Mansor, pula berpendapat usaha kerajaan memperkenalkan Skim Perubatan Madani untuk golongan B40 dipuji, namun menggesa kerajaan meluaskan jumlah perlindungan kepada penerimanya.

“Skim kesihatan kerajaan pusat perlu memberi lebih nilai daripada Iltizam Selangor Sihat yang ditawarkan kerajaan Selangor.

“Ia perlu ditambah baik termasuk tingkat jumlah perlindungan, tambah klinik panel, selain membenarkan penerimanya menjalani pemeriksaan kesihatan berkala untuk mengesan penyakit lebih awal,” katanya.

Beliau turut berharap skim itu dapat dilaksanakan segera bagi mengurangkan kesesakan di klinik kerajaan dan hospital awam ketika ini.

Belanjawan Madani 2023 memperuntukkan RM120 juta untuk skim Perubatan Madani khusus bagi golongan miskin mendapatkan rawatan kesihatan di klinik dan pengamal perubatan am swasta, sama seperti dilaksanakan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) di Selangor.


Artikel oleh: Free Malaysia Today

BANTU MISKIN TEGAR JANA PENDAPATAN, BUKAN TERUS BERI WANG, KATA KUMPULAN PENGGUNA

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/02/25/bantu-miskin-tegar-jana-pendapatan-bukan-terus-beri-wang-kata-kumpulan-pengguna/

BANTU B40 JANA PENDAPATAN SENDIRI, BUKAN TERUS-MENERUS BAGI TUNAI - PPIM - BULETIN TV3 - 25/02/2023

 

KUALA LUMPUR: Golongan miskin tegar seharusnya dibantu kerajaan untuk menjana pendapatan sendiri, bukannya terus-menerus menyalur sumbangan dalam bentuk tunai kepada golongan itu.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan, berkata sumbangan tunai diumumkan melalui Belanjawan 2023 semalam adalah penyelesaian jangka pendek yang hanya akan menjadikan golongan berpendapatan rendah terus-menerus bergantung kepada kerajaan untuk jangka panjang.

Sumbangan tunai juga, katanya, tidak memberi nilai tambah kepada kehidupan golongan berpendapatan rendah kerana apa yang lebih diperlukan sebenarnya adalah inisiatif untuk keluarkan mereka daripada kitaran kemiskinan.

“Sumbangan tambahan RM600 tidak akan bertahan lama. Kerajaan sepatutnya memberi bantuan dalam bentuk lebih produktif yang boleh membantu mereka menjana pendapatan sendiri.

“Sebagai contoh, kerajaan boleh memberi mereka pilihan untuk menjalankan perniagaan kecil penanaman cendawan atau penanaman hidroponik yang tidak membabitkan kos tinggi,” katanya ketika bercakap kepada FMT.

Beliau berkata demikian mengulas pemberian sumbangan RM600 dalam bentuk baucar makanan di bawah inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk mereka yang berada dalam pangkalan data e-Kasih Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Melalui belanjawan semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan pemberian sumbangan tunai sehingga RM2,500 bergantung bilangan anak bagi isi rumah berpendapatan kurang RM2,500, yang juga akan diagihkan di bawah STR.

Sementara itu, pengamal perubatan am, Dr Maamor Mansor, memuji inisiatif kerajaan memperkenal Skim Perubatan Madani untuk B40, namun menggesa kerajaan untuk memperluaskan skop perlindungannya.

“Skim itu perlu memberi nilai lebih daripada inisiatif Iltizam Selangor Sihat (ISS) kerajaan negeri Selangor.

“Ia perlu meningkatkan liputannya, menambah lebih banyak klinik panel dan membolehkan penerimanya menjalani pemeriksaan perubatan secara berkala bagi pengesanan awal penyakit,” katanya sambil berharap skim itu dapat dipercepatkan bagi mengurangkan kesesakan di hospital awam.

Skim ini membolehkan golongan miskin mendapatkan rawatan daripada klinik swasta, dengan RM120 juta diperuntukkan untuknya di bawah Belanjawan 2023.

Belanjawan diumumkan semalam adalah yang terbesar dalam sejarah negara dengan peruntukan RM388.1 bilion. – BERITA HARIAN


Artikel oleh: Buletin TV3

BANTU B40 JANA PENDAPATAN SENDIRI, BUKAN TERUS-MENERUS BAGI TUNAI - PPIM

https://www.buletintv3.my/nasional/bantu-b40-jana-pendapatan-sendiri-bukan-terus-menerus-bagi-tunai-ppim/

BANTU B40 JANA PENDAPATAN, BUKAN TERUS MENERUS BAGI TUNAI -PPIM - BERITA HARIAN - 25/02/2023

 


KUALA LUMPUR: Kerajaan seharusnya membantu golongan miskin tegar untuk menjana pendapatan sendiri, bukannya terus-menerus menyalur sumbangan dalam bentuk tunai kepada golongan itu.

Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan, berkata sumbangan tunai diumumkan melalui Belanjawan 2023 semalam adalah penyelesaian jangka pendek yang hanya akan menjadikan golongan berpendapatan rendah terus-menerus bergantung kepada kerajaan untuk jangka panjang.

Sumbangan tunai juga, katanya, tidak memberi nilai tambah kepada kehidupan golongan berpendapatan rendah kerana apa yang lebih diperlukan sebenarnya adalah inisiatif untuk mengeluarkan mereka daripada kitaran kemiskinan.

"Sumbangan tambahan RM600 tidak akan bertahan lama. Kerajaan sepatutnya memberi bantuan dalam bentuk lebih produktif yang boleh membantu mereka menjana pendapatan sendiri.

"Sebagai contoh, kerajaan boleh memberi mereka pilihan untuk menjalankan perniagaan kecil penanaman cendawan atau penanaman hidroponik yang tidak membabitkan kos tinggi," katanya ketika bercakap kepada FMT.

Beliau berkata demikian mengulas pemberian sumbangan RM600 dalam bentuk baucar makanan di bawah inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk mereka yang berada dalam pangkalan data e-Kasih Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Melalui belanjawan semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan pemberian sumbangan tunai sehingga RM2,500 bergantung bilangan anak bagi isi rumah berpendapatan kurang RM2,500, yang juga akan diagihkan di bawah STR.

Sementara itu, pengamal perubatan am, Dr Maamor Mansor, memuji inisiatif kerajaan memperkenal Skim Perubatan Madani untuk B40, namun menggesa kerajaan untuk memperluaskan skop perlindungannya.

"Skim itu perlu memberi nilai lebih daripada inisiatif Iltizam Selangor Sihat (ISS) kerajaan negeri Selangor.

"Ia perlu meningkatkan liputannya, menambah lebih banyak klinik panel dan membolehkan penerimanya menjalani pemeriksaan perubatan secara berkala bagi pengesanan awal penyakit," katanya sambil berharap skim itu dapat dipercepatkan bagi mengurangkan kesesakan di hospital awam.

Skim ini membolehkan golongan miskin mendapatkan rawatan daripada klinik swasta, dengan RM120 juta diperuntukkan untuknya di bawah Belanjawan 2023.

Belanjawan diumumkan semalam adalah yang terbesar dalam sejarah negara dengan peruntukan RM388.1 bilion.


Artikel oleh: Berita Harian

BANTU B40 JANA PENDAPATAN, BUKAN TERUS-MENERUS BAGI TUNAI -PPIM

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/02/1069071/bantu-b40-jana-pendapatan-bukan-terus-menerus-bagi-tunai-ppim

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL