Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan lawatan rasmi ke Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) yang diketuai oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi, dan lawatan disambut baik oleh Timbalan Pengarah MAQIS, Dr. Azhari Sharidan Abu Bakar.
Friday, January 30, 2026
Thursday, January 29, 2026
AKTIVITI | MAJLIS PELUNCURAN DASAR KETERJAMINAN MAKANAN NEGARA 2030 - PPIM - 29/01/2026
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke Majlis Peluncuran Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2030 anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Majlis dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Amar Haji Fadillah Haji Yusof. Turut hadir, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Majlis ini diadakan sebagai pelan untuk memperkukuh kedaulatan makanan dan menjamin bekalan makanan negara.
MHI (29 JAN 2026): KUALITI KHIDMAT PELANGGAN DI PREMIS MAKANAN - TV3MALAYSIA - 29/01/2026
Topik: Kualiti Khidmat Pelanggan Di Premis Makanan
Kualiti khidmat pelanggan di premis makanan memainkan peranan penting dalam membentuk pengalaman pelanggan secara keseluruhan. Bukan sekadar rasa makanan, layanan yang mesra, cekap dan berhemah mampu meninggalkan kesan positif serta menggalakkan pelanggan untuk kembali. Sikap prihatin, komunikasi yang baik dan kecekapan mengurus pesanan mencerminkan profesionalisme sesebuah premis, sekali gus meningkatkan kepercayaan dan kepuasan pelanggan.
#MalaysiaHariIni #MHI2026 #MalaysiaHariIni2026
Sumber: TV3MALAYSIA Official
MHI (29 JAN 2026): KUALITI KHIDMAT PELANGGAN DI PREMIS MAKANAN
AKTIVITI | MHI: KUALITI KHIDMAT PELANGGAN DI PREMIS MAKANAN - PPIM - 29/01/2026
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi, telah bersiaran dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3.
Beliau tampil dalam segmen Hidupkan Pagi dengan membincangkan topik “Kualiti Khidmat Pelanggan di Premis Makanan”, yang telah disiarkan pada Khamis, 29 Januari 2026, jam 10.00 pagi.
Tuesday, January 27, 2026
PODCAST PPIM | RAKYAT SEMAKIN RESAH: PERPADUAN SEUMPAMA RETORIK POLITIK.. RETAK MENANTI BELAH.. - PPIM - 27/01/2026
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerusi sebuah podcast yang menampilkan Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi dan Pendakwah bebas, Prof Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah membangkitkan pelbagai isu berkaitan pemerkasaan masyarakat Melayu-Islam, termasuk aspek ekonomi, pendidikan, integriti moral serta kedaulatan negara.
Dalam perbincangan tersebut, Toqqi menegaskan bahawa masyarakat Islam di Malaysia memiliki kuasa beli bernilai berbilion ringgit yang boleh dimanfaatkan sebagai satu bentuk tekanan pengguna. Menurut beliau, tindakan boikot merupakan senjata ekonomi yang sah bagi menuntut penghormatan terhadap nilai dan prinsip masyarakat.
Antara yang disentuh ialah seruan boikot terhadap 99 Speedmart, susulan isu iklan pengambilan pekerja yang didakwa mengutamakan pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). Toqqi berkata, perkara tersebut dilihat bercanggah dengan semangat sistem kebangsaan. Beliau turut merujuk kejayaan boikot terdahulu terhadap jenama antarabangsa seperti Starbucks, McDonald’s, KFC dan NestlĂ© sebagai bukti kekuatan suara pengguna.
Sementara itu, Prof Ridwan menyuarakan kebimbangan terhadap usaha mengiktiraf UEC yang menurutnya boleh menggugat sistem pendidikan kebangsaan serta kedudukan Bahasa Melayu. Beliau mempersoalkan mengapa sijil yang dikeluarkan oleh sebuah NGO, iaitu Dong Zong, didesak untuk diiktiraf, sedangkan amalan tersebut tidak berlaku di negara lain.
Dalam isu kedaulatan negara, Prof Ridwan berkata kelemahan penguatkuasaan undang-undang, termasuk kewujudan struktur dan kuil haram di atas tanah rizab, perlu ditangani secara adil dan tegas. Beliau turut membangkitkan isu rasuah di sempadan dan institusi keselamatan yang disifatkan berpotensi menggadaikan keselamatan negara.
Podcast itu turut menyentuh soal integriti moral. Menurut Toqqi, amalan “curi masa” di tempat kerja menjadikan pendapatan tidak berkat dan memberi kesan buruk kepada pembentukan akhlak keluarga. Beliau juga menyuarakan kebimbangan terhadap isu daging import yang status halalnya diragui, termasuk daging yang dibungkus semula untuk pasaran tempatan.
Selain itu, Prof Ridwan mengingatkan masyarakat agar tidak melupakan sejarah hitam negara, termasuk kekejaman komunis, serta mempersoalkan kewujudan tugu dan simbol berkaitan ideologi tersebut yang masih dibenarkan.
Sebagai kesimpulan, Toqqi dan Prof Ridwan menyeru masyarakat Melayu-Islam agar lebih berani, bersatu dan menggunakan saluran sah termasuk kuasa ekonomi serta media sosial secara berhemah bagi mempertahankan hak, maruah dan kedaulatan negara.
AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-35: BERKEBUN DI KEBUN BANDAR VILLA PUTERI – PPIM - 24/01/2026
Monday, January 26, 2026
AKTIVITI | SIDANG MEJA BULAT: ISU UEC - PPIM - 26/01/2026
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi telah menghadiri Sidang Meja Bulat Tergempar: Kontroversi Isu UEC 2.0 anjuran PERKASA Malaysia yang berlangsung di Anjung Melayu, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).
AKTIVITI | JEMPUTAN KE PEMENTASAN TEATER AMAL NAJIS JADI TEMAN & PERASMIAN SAHABAT ISTIMEWA IWK - PPIM - 23/01/2026
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi telah menghadiri jemputan ke Pementasan Teater Komuniti “Najis Jadi Teman” serta Pelancaran Program “Sahabat Istimewa IWK” anjuran Indah Water Konsortium (IWK) di IWK Eco Park, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Program ini diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-30 Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd. dengan kerjasama Wayang Kitchen dan Yayasan Chow Kit (YCK). Ia bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pengurusan sisa kumbahan yang mampan, kebersihan alam sekitar serta peranan penting IWK di belakang tabir dalam memastikan sistem rawatan kumbahan berfungsi dengan selamat, cekap dan berterusan demi kesejahteraan awam.
Ketua Pegawai Eksekutif IWK, En. Narendran turut mempertemukan Toqqi dengan Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ali Umar Yaqoub Abbas, semasa program tersebut.
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(51)
-
▼
January
(41)
- AKTIVITI | LAWATAN PPIM KE MAQIS - PPIM - 30/01/2026
- AKTIVITI | MAJLIS PELUNCURAN DASAR KETERJAMINAN MA...
- MHI (29 JAN 2026): KUALITI KHIDMAT PELANGGAN DI PR...
- AKTIVITI | MHI: KUALITI KHIDMAT PELANGGAN DI PREMI...
- PODCAST PPIM | RAKYAT SEMAKIN RESAH: PERPADUAN SEU...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-35: BERKEBUN DI KEBUN BA...
- AKTIVITI | SIDANG MEJA BULAT: ISU UEC - PPIM - 26/...
- AKTIVITI | JEMPUTAN KE PEMENTASAN TEATER AMAL NAJI...
- PEMANDU E-HAILING TERKESAN KENAIKAN PREMIUM INSURA...
- KERAJAAN DIGESA TANGANI SEGERA ISU PEMANDU E-HAILI...
- PEMANDU E-HAILING DIHIMPIT KOS OPERASI, INSURANS N...
- "TITAH AGONG SEPERTI 'MENOKHTAHKAN' PERJUANGAN UEC...
- KEMENTERIAN KOMUNIKASI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KET...
- PPIM: ISU SENSITIF PERLU DITANGANI DENGAN BIJAK - ...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA MYDIN - PPIM - ...
- TVPPIM | TOQQI PODCAST ISU LGBT & LADANG BABI - ME...
- AKTIVITI | JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN RESTORAN S...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-34: BERKEBUN DI KEBUN BA...
- AKTIVITI | PERTEMUAN MYDIGITAL ID SDN BHD BERSAMA ...
- PPIM GERAKKAN BOIKOT TERHADAP SPEEDMART99 KERANA T...
- AKTIVITI | MESYUARAT NGO-NGO ISLAM MALAYSIA: ISU L...
- PROGRAM KENDURI RAKYAT & AGIHAN BANTUAN DI KAMPUNG...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA P...
- ZALIM!! PEMINJAM BANK TETAP ADA REKOD CTOS MESKIPU...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-33: BERKEBUN DI KEBUN BA...
- AKTIVITI | PERTEMUAN TOQQI DAN USTAZ DR AZAHAR PER...
- HIDUP TAK BERKAT, JANGAN 'SONGLAP' DUIT SEDEKAH! -...
- PODCAST PPIM | PENINDASAN LUAR BIASA BANK-BANK TEM...
- 4 JAN 2026 - SPM- KHIDMAT MASYARAKAT: PADAH MEMBUA...
- TINDAKAN BANK KUTIP HUTANG ALA AHLONG TEKAN PENGGU...
- TINDAKAN BANK KUTIP HUTANG ALA AH LONG TEKAN PENGG...
- PPIM GESA HAPUS SISTEM TAWAR-MENAWAR, TETAP TAMBAN...
- LARANG BUANG SAMPAH BAIK TAPI KPKT KUAT KUASA TERB...
- 'RM200 PUN ORANG SANGGUP PINJAM, TAHUN 2026 ALONG ...
- CONSUMER GROUP URGES END TO FARE BARGAINING IN E-H...
- PPIM GESA HAPUS SISTEM BIDDING DALAM SEKTOR E-HAIL...
- 8 LAGI NGO GESA HAPUS TAWAR-MENAWAR TAMBANG E-HAIL...
- LAPAN NGO SOKONG HAPUS SISTEM TAWAR-MENAWAR E-HAIL...
- TAWAR-MENAWAR TAMBANG E-HAILING ROSAKKAN MATA PENC...
- LAPAN NGO GESA HAPUS TAMBANG E-HAILING TAWAR-MENAW...
- 'HENTI SEGERA SISTEM KADAR TAMBANG SECARA TAWAR-ME...
-
▼
January
(41)

.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)






.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
