Friday, May 30, 2025

AKTIVITI | SESI LIBAT URUS BERSAMA SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MYCC) - PPIM - 30/05/2025

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke sesi libat urus bersama Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MYCC) di Anjung Melayu, Kuala Lumpur.

Thursday, May 29, 2025

AKTIVITI | MESYUARAT SUSULAN KEMPEN 'SAVE OUR SCHOOL' JASMINE ASH SHAM - PPIM - 29/05/2025

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke mesyuarat susulan Kempen 'Save Our School' anjuran Pusat Pendidikan Alternatif Jasmine Ash Sham (Jasmine Ash Sham).

Kempen Save Our School merupakan usaha mencari dana berterusan bagi membantu mengekalkan operasi Jasmine Ash Sham yang kini berdepan dengan masalah kewangan.

Jasmine Ash Sham ialah sebuah pusat pendidikan untuk kanak-kanak pelarian Syria yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini. Selain itu, pusat ini turut memberikan pendidikan kepada kanak-kanak pelarian dari Palestin, Somalia, Sudan, Nigeria, Mesir, Iraq, Iran, Oman dan Sri Lanka.

AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA PANGLIMA DIVISYEN KEEMPAT INFANTRI MALAYSIA KE-27 - PPIM - 29/05/2025

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi telah mengadakan pertemuan silaturrahim bersama Panglima Divisyen Keenpat Infantri Malaysia, Mejar Jeneneral Dato' Khairul Azmizal bin Ahmad Natal bagi membincangkan kerjasama dalam hal ehwal kepenggunaan antara pihak pengguna dan Angkatan Tentera Malaysia.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah CP Dato' Sri Asri Yusoff dan Tuan Azlan Salim selaku penasihat undang-undang PPIM.

Tuesday, May 27, 2025

WORLD #QURANCONVENTION 2025 TUMPU ISU EKONOMI GLOBAL, SERU KEBANGKITAN PEMIMPIN - SINAR HARIAN - 26/05/2025

 

KUALA LUMPUR - Panduan al-Quran dalam konteks ekonomi global bakal menjadi topik perbincangan sempena World #QuranConvention pada 13 dan 14 Disember depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, program ‘Reflecting on the Quran and The Global Economy’ bersama Nouman Ali Khan kali ini ialah pengenalan atau ‘teaser’ kepada penganjuran acara tersebut.

Menurut beliau, kali ini WUIF menjemput golongan sasar seperti usahawan, pakar ekonomi dan al-Quran serta ahli akademik untuk membahas tentang keperluan.

Antara VVIP yang hadir ke program ‘Reflecting on the Quran and The Global Economy’. FOTO SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI SHUKOR.

“Sebelum ini kita mencapai tahap pengguna sahaja, orang-orang yang mungkin berminat kepada al-Quran, tetapi pemimpinnya tak ramai atau berkurang.

“Jadi, apabila kita ketengahkan isu ekonomi, diharapkan ramai pemimpin atau ketua sesebuah organisasi mahupun syarikat akan bangkit.

“Memang kita nak melahirkan pengguna yang ada merit, ada nilai. Tetapi, ia perlu seiring dengan jumlah pemimpin, penggubal dasar yang ramai dan boleh buat sesuatu untuk wujudkan satu wilayah dalam misi membina empayar perdagangan Islamik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program bual bicara bersama Nouman Ali Khan di Masjid Wilayah, di sini pada Ahad.

Dewan Serbaguna Masjid Wilayah penuh dengan kehadiran pengunjung ketika program ‘Reflecting on the Quran and The Global Economy’ di sini pada Ahad. FOTO SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI SHUKOR.

Hadir sama, Pengasas WUIF merangkap Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub; Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; bekas Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa (MITI) Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ketua Aktiviti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Pemilihan Surah al-Saff turut ditekankan dalam World #QuranConvention tahun ini yang bukan sahaja menekankan penyelesaian terhadap isu ekonomi global, malah merangkumi perjuangan para nabi dalam aspek dakwah dan akidah.

Sementara itu, Marhaini memaklumkan, penganjuran World #QuranConvention diharap dapat membawa misi transformasi ekonomi yang mampu menjadi penyelesaian kepada krisis ekonomi sedia ada.

“Kita harap banyak idea dan kaedah penyelesaian dapat diketengahkan untuk memperkukuh ekonomi Islam berpandukan al-Quran,” ujarnya lagi.

Orang ramai dijemput menyertai World #QuranConvention dengan mendaftar di https://ezy.la/WQC2025.

Artikel oleh: Sinar Harian

WORLD #QURANCONVENTION 2025 TUMPU ISU EKONOMI GLOBAL, SERU KEBANGKITAN PEMIMPIM

https://www.sinarharian.com.my/article/730573/khas/quranhour/world-quranconvention-2025-tumpu-isu-ekonomi-global-seru-kebangkitan-pemimpin

'BUKAN MEWAH SEMATA-MATA' - SINAR HARIAN - 27/05/2025

 

Artikel oleh: Sinar Harian

'BUKAN MEWAH SEMATA-MATA'

PETISYEN | SOKONGAN PENUBUHAN MAHKAMAH RAKYAT TANGANI ANCAMAN PERATURAN ANTARABANGSA TERHADAP RAKYAT - PPIM

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama gabungan NGO Task Force Rakyat dan Sekretariat Peguam PPIM sepakat mahu memelihara keutuhan undang-undang Negara Malaysia agar tidak dipengaruhi oleh undang-undang asing yang dipaksakan terhadap rakyat Malaysia.

Sehubungan dengan itu, PPIM bersama Sekretariat Peguam PPIM dan gabungan NGO Task Force Rakyat akan melancarkan penubuhan Mahkamah Rakyat supaya dengan adanya platform ini dapat membantu rakyat untuk buat rujukan, menimbang, menerima atau menolak sebarang keputusan kerajaan terhadap pematuhan undang-undang luar negara dan antarabangsa yang dikuatkuasakan di negara ini.

Bagi tujuan itu, sokongan anda amat diperlukan.

Sila sebarkan petisyen ini supaya hak rakyat negara ini tidak tergadai kepada kuasa asing.

Sekretariat : (PPIM) 03-40503055

Klik di pautan berikut untuk ke laman petisyen atau imbas kod QR sekarang!:

https://www.change.org/p/sokongan-penubuhan-mahkamah-rakyat-tangani-ancaman-peraturan-antarabangsa-terhadap-rakyat?recruiter=875290736&recruited_by_id=fa65f560-550a-11e8-96aa-553ebdd5eb1f&utm_source=share_petition&utm_campaign=psf_combo_share_initial&utm_medium=native

Monday, May 26, 2025

AKTIVITI | HIMPUNAN MELAYU BERDAULAT - PPIM - 24/05/2025

24 Mei 2025 - Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke Himpunan Melayu Berdaulat anjuran Gabungan NGO Islam Malaysia di Jalan Tar, Kuala Lumpur.

Thursday, May 22, 2025

KEPAKARAN ABDUL KADIR MAMPU MANTAPKAN PENGURUSAN AIR NEGARA - BERITA HARIAN - 22/05/2025

KUALA LUMPUR: Kemampanan pengurusan air di negara ini diyakini mampu dicapai melalui pelantikan pengerusi baharu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Abdul Kadir Mohd Din.

Timbalan Presiden KL Eko-Knights, Amlir Ayat, berkata ini kerana Abdul Kadir bukan saja seorang pakar pengurusan air yang mampu menyumbangkan idea relevan dan realistik, malah sentiasa bersedia menerima kritikan serta teguran demi kemantapan pengurusan air di Malaysia.

Beliau berkata, pengalaman dimiliki Abdul Kadir adalah kritikal dalam menunaikan tanggungjawab baharunya itu.

"Saya yakin Abdul Kadir dapat menjalankan amanahnya dengan baik dan adil demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

"Beliau dilihat bukan sekadar berwibawa dalam memenuhi tanggungjawabnya, malah berupaya menangani cabaran dalam pengurusan air yang sedang dan akan dihadapi oleh SPAN," katanya melalui kenyataan, hari ini.

Abdul Kadir yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Indah Water Konsortium Sdn Bhd dilantik Pengerusi SPAN awal bulan ini bagi menggantikan bekas Ahli Parlimen, Charles Santiago.

Abdul Kadir berpengalaman lebih 10 tahun dalam pengurusan air di negara ini termasuk pernah menjawat jawatan Presiden Malaysian Water Association (MWA); Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Pengerusi Akademi Air Malaysia Sdn Bhd.

Beliau juga pernah terbabit dalam penghasilan Rancangan Transformasi Sektor Air (WST 2040) di bawah Akademi Sains Malaysia dan sebagai ahli kepada Malaysian Water Partnership (MyWP).

Sebelum ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyifatkan SPAN memerlukan suntikan kepakaran yang mampu menggalas tugas bagi mengurangkan impak dan pada masa sama, memperbaiki bekalan serta kualiti air negara.

PPIM berkata, berdasarkan kredibiliti dan rekod perkhidmatan kecemerlangannya, pelantikan Abdul Kadir adalah langkah strategik yang dapat mempercepatkan proses reformasi sektor air, sejajar aspirasi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Artikel oleh: Berita Harian

KEPAKARAN ABDUL KADIR MAMPU MANTAPKAN PENGURUSAN AIR NEGARA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/05/1398995/kepakaran-abdul-kadir-mampu-mantapkan-pengurusan-air-negara

ANCAMAN UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA: SEKRETARIAT PEGUAM PPIM BENTUK MAHKAMAH RAKYAT - KENYATAAN MEDIA PPIM - 22/05/2025

Pada 19 Mei 2025, Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-78 (WHA78) di Geneva secara rasmi meluluskan Perjanjian Pandemik dan pindaan kepada International Health Regulations (IHR). Malaysia, melalui Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, menyatakan persetujuan terhadap perjanjian tersebut walaupun terdapat kebimbangan serius terhadap implikasi ke atas kedaulatan negara, hak asasi rakyat, dan kebergantungan kepada kuasa luar.

Susulan itu, Sekretariat Peguam PPIM dan Task Force Rakyat telah menjalankan kajian mendalam dan mengambil langkah undang-undang termasuk memfailkan Semakan Kehakiman serta menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Majlis Peguam, dan DYMM Yang di-Pertuan AgongNotis Rayuan Semakan Kehakiman yang berjaya direkodkan menjadi bukti keruntuhan sistem Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman dalam mempertahankan hak rakyat. Ia menjadi asas pembentukan Mahkamah Rakyat – satu inisiatif rakyat sebagai ‘remedi’ terakhir berlandaskan Prinsip Nuremberg, Statut Rome dan Prinsip Princeton.

Mahkamah ini akan:

  • Berperanan sebagai tribunal rakyat untuk menilai pelanggaran hak pasca-COVID-19 & vaksinasi.
  • Terbuka kepada rakyat Malaysia.
  • Menyediakan platform digital rasmi untuk penghantaran bukti sah.
  • Mengaktifkan semula Kuala Lumpur War Crimes Commission (KLWCC) sebagai Mahkamah Rakyat global.
  • Mengurus kes secara modular seperti isu bioterorisme, transhumanisme, dan pelanggaran ciptaan asal manusia (fitrah), selari dengan amaran agama dalam Surah Ar-Rum ayat 30.

PPIM menyeru rakyat, NGO, peguam, doktor dan masyarakat antarabangsa untuk bersatu menolak penjajahan baharu berselindung di sebalik sains dan kesihatan, termasuk agenda global seperti One Health, Immunization Agenda 2030, dan terapi genetik yang mengubah DNA manusia.

Akhirnya, ini bukan sekadar isu undang-undang — tetapi soal maruah, fitrah dan masa depan umat manusia.

ANCAMAN UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA: SEKRETARIAT PEGUAM PPIM BENTUK MAHKAMAH RAKYAT - SIDANG MEDIA PPIM - 22/05/2025

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama gabungan NGO Task Force Rakyat dan Sekretariat Peguam PPIM telah membuat kajian mengenai keutuhan undang-undang Negara Malaysia agar tidak dipengaruhi oleh undang-undang asing yang dipaksakan terhadap rakyat Malaysia.

Sehubungan dengan itu, PPIM bersama Sekretariat Peguam PPIM dan gabungan NGO Task Force Rakyat melancarkan penubuhan Makhamah Rakyat dan dengan adanya platform ini dapat membantu rakyat membuat rujukan. Bagi tujuan itu, satu sidang media telah diadakan pada hari ini.

Wednesday, May 21, 2025

BICARA MUAFAKAT SIRI 15 : RAKYAT RESAH JANJI KOSONG - MUAFAKAT - 20/05/2025

Selasa, 20 Mei 2025 @ 9:00 malam

"Hari ini kita menang, esok harga minyak turun".

Ini adalah antara satu daripada janji yang ditaburkan sebelum pilihanraya oleh seorang pemimpin parti politik. Namun jika dilihat pada hari ini, walaupun telah hampir 3 tahun mereka menjadi kerajaan, kata-kata tersebut masih menjadi sekadar ungkapan dan masih gagal untuk dilaksanakan. Sedangkan, rakyat resah menanti dan masih menagih pelbagai lagi janji yang ditabur di zaman mereka menjadi pembangkang.

Apakah janji hanya akan tinggal sekadar janji?

Tonton kupasannya dalam siri Bicara Muafakat.

Hos : Dato' Dahlaan Maamor

Ahli Panel: Dato' Nadzim Johan @ Tok Ki, Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Sumber: Muafakat (YouTube)

BICARA MUAFAKAT SIRI 15 : RAKYAT RESAH JANJI KOSONG

https://www.youtube.com/watch?v=Yp02WSfo6aw&t=243s

AKTIVITI | PERJUMPAAN TOQQI BERSAMA YAB TUN DR MAHATHIR MOHAMAD - PPIM - 20/05/2025

Perjumpaan Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama YAB Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. 

Tuesday, May 20, 2025

AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA TIMBALAN PENGARAH KANAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DBKL - PPIM - 19/05/2025

Perjumpaan Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Bandar DBKL, En Azlan Abdullah.

AKTIVITI | PROGRAM SAVE OUR SCHOOL: CULTURAL CARNIVAL 2025 - PPIM - 17/05/2025

17 Mei 2025 - Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke Program Save Our School: Cultural Carnival 2025 anjuran Pusat Pendidikan Jasmine Ash Sham, Ampang.

Pusat Pendidikan Jasmine Ash Sham merupakan sebuah sekolah alternatif kepada komuniti pelarian Syria, Palestin, Somalia dan lain-lain.

Saturday, May 17, 2025

PPIM SERAH MEMORANDUM BANTAH PERJANJIAN PANDEMIK ANTARA KERAJAAN DENGAN WHO - SINAR HARIAN - 16/05/2025

 

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyerahkan memorandum bantahan perjanjian pandemik dan Dasar Digital Negara kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada Jumaat.

Peguam mewakili PPIM, Adam Ahmad berkata, persatuan itu mendesak agar kerajaan tidak memasuki sebarang klausa perjanjian yang boleh menjejaskan hak rakyat dan kedaulatan negara khususnya dalam aspek kesihatan awam dan hak asasi manusia.

Menurut beliau, jika Malaysia menandatangani perjanjian pandemik bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu, negara dibimbangi akan hilang keupayaan untuk membuat keputusan sendiri dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun.

"Bidang kuasa Suhakam dalam perkara itu adalah untuk menyiasat dan menasihati kerajaan. Namun, suruhanjaya tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan tindakan.

"Sehubungan itu, kami datang menyerahkan memorandum tersebut supaya Suhakam dapat memainkan peranannya dalam menyuarakan isu ini kepada kerajaan," katanya kepada pemberita di lobi Menara TH Perdana di sini pada Jumaat.

Katanya lagi, PPIM turut menuntut agar kerajaan tidak menandatangani sebarang perjanjian dengan WHO yang berisiko menyekat kebebasan negara membuat keputusan sewaktu krisis kesihatan akan datang.

"Kami menggesa Suhakam melakukan siasatan dan menasihati kerajaan supaya tidak memasuki apa-apa klausa perjanjian dengan WHO.

"Jika klausa perjanjian itu dimasuki, kita tidak ada apa-apa pilihan kecuali terpaksa patuh kepada mereka dalam tempoh tiga tahun akan datang," ujar beliau.

Adam berkata, setakat ini, Suhakam memberikan maklum balas positif terhadap aduan dikemukakan PPIM dan meminta agar surat rasmi dihantar kepada Mahkamah Tinggi.

Jelasnya, langkah itu penting bagi membolehkan PPIM memohon peguam pemerhati daripada Suhakam turut serta dalam prosiding berkaitan isu tersebut.

"Kita juga akan tubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membawa semua kes ketidakadilan melibatkan mangsa vaksin untuk perhatian Suhakam," ujar beliau.

Jelas Adam, isu yang dibangkitkan itu berkait secara langsung dengan Revolusi Industri Keempat yang melibatkan usaha penghapusan manusia semula jadi dan integrasi teknologi ke dalam jasad manusia.

Beliau berkata, dalam memorandum itu, mereka turut mencabar tiga dokumen utama di mahkamah termasuklah Dasar Digital negara, Dasar Reset Malaysia dan bukti saintifik berkaitan Internet of Bodies (IoB).

Sementara itu, Penasihat PPIM, Datuk Asri Yusoff berkata, kerajaan dinasihatkan agar kerajaan tidak menandatangani sebarang bentuk perjanjian pandemik bersama WHO pada 19 Mei depan.

Menurut beliau, rakyat perlu sedar dan bangkit kerana perjanjian itu bakal menyerahkan kuasa kesihatan negara kepada pihak luar.

Justeru, beliau menggesa rakyat bersatu mempertahankan hak kesihatan negara dan tidak tunduk kepada tekanan antarabangsa dengan menghalang perjanjian tersebut ditandatangani.

Asri berkata, sekiranya perjanjian ditandatangani, tiada lagi kuasa yang boleh melawan badan pengelola kesihatan dunia itu memandangkan mereka menggunakan aspek kesihatan sebagai senjata.

Artikel oleh: Sinar Harian

PPIM SERAH MEMORANDUM BANTAH PERJANJIAN PANDEMIK ANTARA KERAJAAN DENGAN WHO

https://www.sinarharian.com.my/article/728852/edisi/selangor-kl/ppim-serah-memorandum-bantah-perjanjian-pandemik-antara-kerajaan-dengan-who

Friday, May 16, 2025

AKTIVITI | SERAHAN MEMORANDUM BANTAHAN PERJANJIAN PANDEMIK & DASAR DIGITAL NEGARA KEPADA SUHAKAM - PPIM - 16/05/2025

16 Mei 2025 - Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi dan rakan-rakan NGO Jawatankuasa Panel Task Force Rakyat serta panel peguam menyerahkan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik & Dasar Digital Negara Melanggar Perlembagaan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

PPIM menegaskan bahawa penerimaan Perjanjian Pandemik WHO dan pindaan IHR 2005 tersebut menggugat kedaulatan negara, mengancam kebebasan pentadbiran, serta mencabuli hak asasi rakyat yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Tuesday, May 13, 2025

MADANI LAWAN KRONISME: RETORIK KE REALITI? | BORAK2 DER EP:62 WITH DATO NADZIM JOHAN & SHAFIQ HALIM - MOHD ZUBIR EMBONG - 12/05/2025

 

Borak-Borak Der ialah segmen bual bicara isu semasa meliputi genre politik, ekonomi, undang-undang, agama serta pelbagai isu hangat di peringkat nasional dan internasional yang menonjolkan Mohd Zubir Embong bersama tetamu-tetamu istimewa.

Sumber: Mohd Zubir Embong (Facebook)

MADANI LAWAN KRONISME: RETORIK KE REALITI? | BORAK2 DER EP:62 WITH DATO NADZIM JOHAN & SHAFIQ HALIM

https://www.youtube.com/watch?v=_rdU8f6lmV8&t=3211s

AKTIVITI | PENYERAHAN MEMORANDUM RASMI KEPADA BAR COUNCIL - PPIM - 13/05/2025

13 Mei 2025 – Ketua Aktivis PPIM, nadzimjohan@toqqi telah menyerahkan satu memorandum rasmi kepada Bar Council yang membangkitkan kebimbangan rakyat terhadap dasar-dasar negara yang dilihat telah dicampuri oleh kuasa luar, khususnya berkaitan IHR 2005 dan Perjanjian Pandemik WHO.

Memorandum ini menekankan kepentingan mempertahankan kedaulatan undang-undang dan dasar kesihatan negara daripada pengaruh pihak asing.

PELANTIKAN ABDUL KADIR SEBAGAI PENGERUSI SPAN AKAN PERCEPAT TRANSFORMASI AIR - MALAYSIA GAZETTE - 12/05/2025

 

KUALA LUMPUR- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyambut baik dan menyokong pelantikan Datuk Abdul Kadir Din sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Persatuan tersebut menerusi kenyataan berkata, suruhanjaya itu memerlukan suntikan kepakaran yang mampu menggalas tugas bagi mengurangkan impak dalam masa yang sama, memperbaiki bekalan dan kualiti air negara.

Sehubungan itu katanya, berdasarkan kredibiliti dan rekod perkhidmatan kecemerlangannya, pelantikan Abdul Kadir adalah langkah strategik yang dapat mempercepatkan proses reformasi sektor air, sejajar dengan aspirasi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

“Langkah melantik tokoh berpengalaman seperti Abdul Kadir juga dilihat selaras dengan dasar kerajaan untuk memperkukuh tadbir urus melalui pelantikan individu berkelayakan profesional bagi mengetuai agensi-agensi penting negara,” katanya.

Menurut PPIM, Abdul Kadir aktif mempromosikan kemajuan industri melalui penglibatan sebagai penceramah, panelis dan moderator dalam pelbagai konvensyen, seminar serta persidangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Justeru, sebagai seorang sosok yang profesional, beliau diyakini akan memanfaatkan pengetahuan dan pengalaman sepanjang kariernya sebelum ini demi memperhebat industri tersebut dengan integriti.

“Pengalaman dan pengetahuan mendalam yang dimiliki beliau seharusnya dilihat sebagai nilai tambah yang mampu membantu melonjakkan industri air negara ke tahap yang lebih tinggi.

“Beliau juga aktif mempromosikan kemajuan industri melalui penglibatan sebagai penceramah, panelis dan moderator dalam pelbagai konvensyen, seminar serta persidangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” tambahnya.

Tambah PPIM, antara sumbangan besar beliau ialah secara langsung dalam pembangunan dokumen Pelan Transformasi Air 2040, yang kini menjadi panduan utama dalam merealisasikan pembaharuan menyeluruh sektor air negara.

Selain itu, beliau turut dikenali sebagai pakar rujuk (subject matter expert) dan telah menyumbang ilmu serta kepakaran beliau kepada beberapa institusi pengajian tinggi tempatan melalui pelantikan sebagai pensyarah jemputan (adjunct lecturer).

“Ini menunjukkan komitmen beliau dalam memperkasa generasi profesional masa hadapan dalam bidang kejuruteraan dan pengurusan air,” katanya lagi.

Baru-baru ini, Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof membatalkan pelantikan Abdul Kadir sebagai Pengerusi SPAN bagi menggantikan  Charles Anthony Santiago.

Presidennya, R. Meenakshi berkata, ia susulan risiko berlaku konflik kepentingan Abdul Kadir dengan syarikat swasta berkaitan pengurusan air dan sisa.

Selain itu Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan  turut menyuarakan kebimbangan yang sama.

Kemudian, PETRA menerusi kenyataan menjelaskan Pengerusi SPAN baharu itu telah melepaskan jawatannya dalam syarikat swasta yang dikatakan, sebelum memulakan tugas barunya pada 5 Mei lalu.-MalaysiaGazette

Artikel oleh: Malaysia Gazette

PELANTIKAN ABDUL KADIR SEBAGAI PENGERUSI SPAN AKAN PERCEPAT TRANSFORMASI AIR

https://malaysiagazette.com/2025/05/12/pelantikan-abdul-kadir-sebagai-pengerusi-span-akan-percepat-transformasi-air/

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL