Monday, December 30, 2024

POLIS TERIMA TUJUH LAPORAN POLIS TERHADAP HANNAH YEOH - THE SUN - 28/12/2024

 

KUALA LUMPUR: Polis setakat ini telah menerima tujuh laporan terhadap Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berhubung buku tulisannya bertajuk Becoming Hannah: A Personal Journey.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata semua laporan berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini baru-baru ini.

“Saya sahkan setakat ini IPD Dang Wangi telah terima tujuh laporan polis berkaitan isu melibatkan Hannah Yeoh. Semua laporan itu masih dalam tindakan dan siasatan pihak polis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam beberapa badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membuat laporan polis menggesa siasatan ke atas Ahli Parlimen Segambut itu berhubung sebuah buku yang ditulisnya.

Sebelum ini, Hannah dilaporkan berkata beliau akan membuat laporan polis berhubung penyebaran video dan mesej yang memberi gambaran kononnya beliau berhasrat memurtadkan orang Islam atau menjadikan Malaysia negara Kristian.

Artikel oleh: The Sun

POLIS TERIMA TUJUH LAPORAN POLIS TERHADAP HANNAH YEOH

https://thesun.my/cerita/berita/polis-terima-tujuh-laporan-polis-terhadap-hannah-yeoh-DA13464351

7 LAPORAN POLIS TERHADAP HANNAH YEOH - BERITA HARIAN - 28/12/2024

 

KUALA LUMPUR: Polis menerima tujuh laporan dibuat terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hanna Yeoh yang didakwa berhasrat memurtadkan umat Islam dan mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Kristian.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman, hari ini.

"Saya sahkan setakat ini Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menerima tujuh laporan polis berkaitan isu membabitkan YB Hannah Yeoh.

"Perkara ini dalam tindakan dan siasatan pihak polis," katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Semalam, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tampil membuat laporan polis terhadap Hannah.

Laporan polis dibuat di IPD Dang Wangi dalam usaha mereka menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan buku Hannah Yeoh berjudul 'Becoming Hannah: A Personal Journey' yang disifatkan sebagai bahaya dan mengancam keselamatan negara.

Terdahulu, media melaporkan Ahli Parlimen Segambut itu akan membuat laporan polis berhubung penyebaran mesej dan video yang memberi gambaran kononnya beliau berhasrat untuk memurtadkan orang Islam atau menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian.

Menteri berkenaan dilaporkan berkata, laporan polis berkait mesej dan video berkenaan yang disifatkan berniat jahat itu akan dibuat kerana ia boleh menjejaskan proses rayuannya berhubung kes saman fitnah terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Pada Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah difailkan Hannah terhadap Musa berhubung kenyataan pada satu forum di Universiti Teknologi MARA (UiTM), empat tahun lalu.

Menerusi saman difailkan pada 3 Julai 2020, beliau mendakwa Musa memberi ucapan pada forum 'Wacana Isu Semasa Perjanjian Damai Hat Yai 1989: PKM Menyerah Diri?' dengan mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai diri beliau dan dibuat dengan niat jahat serta mencemarkan nama baiknya.

Kenyataan dipertikaikan itu didakwa menuduh Hannah menulis buku bertajuk 'Becoming Hannah: A Personal Journey' untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian, merosakkan Islam dan negara, serta meletakkan kepentingan peribadinya di atas kepentingan negara.

Kelmarin, Ahli Parlimen Segambut itu dilapor memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnahnya terhadap Musa itu.

Artikel oleh: Berita Harian

7 LAPORAN POLIS TERHADAP HANNAH YEOH

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1342022/7-laporan-polis-terhadap-hannah-yeoh

KDN DIGESA HARAMKAN BUKU BECOMING HANNAH - SINAR HARIAN - 28/12/2024

 

Artikel oleh: Sinar Harian

KDN DIGESA HARAMKAN BUKU BECOMING HANNAH

AKTIVITI | PROGRAM JUALAN MURAH KOMUNITI PARLIMEN SETIAWANGSA - PPIM - 28/12/2024

28 Disember 2024 - Program Jualan Murah Komuniti Parlimen Setiawangsa di Dataran PPR Kg Baru Air Panas anjuran bersama Ogo Shop Sdn Bhd, Veteran 1 Malaysia dan PAWE Setiawangsa.

Program telah dirasmikan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, YB Nik Nazmi Nik Ahmad.

PPIM diberikan pernghormatan bagi menyampaikan ceramah bertajuk 'Scammer Berleluasa, Anda Pasti Kena!' yang disampaikan oleh Ketua Biro Latihan & Penyelidikan PPIM, Dr Izham Nayan.

Pelbagai gerai jualan komuniti, gerai jualan usahawan-usahawan PPIM dan food truck diadakan sepanjang program ini.

Turut diadakan pelbagai aktiviti menarik yang boleh disertai oleh semua lapisan masyarakat seperti pemeriksaan kesihatan percuma KKM, Mini Petting Zoo, Taklimat Kerjaya (Smart College), pameran pelbagai agensi kerajaan, sukaneka dan lain-lain lagi.

NEGARA KRISTIAN: KDN DIGESA HARAM BUKU BECOMING HANNAH - HARAKAH DAILY - 27/12/2024

 

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) didesak mengharamkan buku ‘Becoming Hannah’ yang merbahaya dan mengancam keselamatan negara, gesa Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah (Perkid), Masridzi Sat.

Menurutnya, buku terbitan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh itu juga membuktikan beliau terlibat dengan Gerakan Evangelis Zionis dan Yahudi yang mahu menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian.

Ahli Parlimen Segambut itu sendiri dalam bukunya turut mengaku mengajar agama Kristian secara halus di Malaysia sekembalinya ke tanah air selepas tamat pengajian di luar negara.

Hannah dalam buku itu mengakui ia bagi menjalankan peranannya sebagai ‘Ambassador of God’ (duta Tuhan) untuk ‘menyebarkan ajaran tuhannya melalui pejabat politiknya’.

“Saya sebagai rakyat Malaysia dan umat Islam merasa terancam dengan pengakuan dan tindakan Hannah Yeoh kerana melanggar kedaulatan Malaysia sebagai negara Islam.

“(Juga) melanggar peruntukan fasal 3 Perlembagaan Negara iaitu Islam adalah agama Persekutuan, melanggar dan cuba merampas hak kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu sebagai ketua negara.

“Beliau juga telah menyalahgunakan kedudukan sebagai sebagai pemimpin dalam Kerajaan Madani dan boleh mengancam masa depan umat Islam khususnya golongan belia Islam di bawah kementerian beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini.

Menurut Masridzi, demi menjaga kesucian agama Islam, keluhuran perlembagaan, kedaulatan raja-raja Melayu dan masa depan belia Islam, beliau memohon siasatan menyeluruh dan tindakan tegas diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya turut memohon Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim memecat Hannah Yeoh daripada menjadi Menteri kabinet kerana melanggar prinsip dan tatakelola Kerajaan Islam Madani.

“Selain menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai ahli politik dan pemimpin kerajaan dengan melaksanakan agenda Kritianisasi melalui jawatan dalam kabinet,” katanya.

Pada Isnin lalu, media melaporkan Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah yang difailkan Hannah terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung ucapannya dalam satu forum di Universiti Teknologi MARA (UiTM) empat tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Arziah Mohamed Apandi membuat keputusan berkenaan selepas mendapati plaintif gagal membuktikan kenyataan dibuat oleh defendan (Musa) adalah fitnah. – HARAKAHDAILY 27/12/2024

Artikel oleh: Harakah Daily

NEGARA KRISTIAN: KDN DIGESA HARAM BUKU BECOMING HANNAH

https://harakahdaily.net/index.php/2024/12/27/negara-kristian-kdn-digesa-haram-buku-becoming-hannah/

AKTIVITI | TAKLIMAT PRODUK MINUMAN BERASASKAN HERBA, SUPERBEST POWER - PPIM - 27/12/2024

Persatuan Pengguna Islam Malaysia hari ini menerima taklimat minuman kesihatan berasaskan herba yang disampaikan oleh Superbest Power Health Food & Beverages Sdn Bhd (Superbest Power).

Syarikat bumiputera ini telah berada di pasaran sejak 2007 dan diterajui oleh Pengarah Urusannya, Encik Kamal Mohd Nor.

AKTIVITI | NGO-NGO MELAYU ISLAM LAPOR POLIS TERHADAP YB HANNAH YEOH - PPIM - 27/12/2024

Laporan polis terhadap isu saman Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh kepada mantan Ketua Polis, Tan Sri Musa Hassan telah dibuat oleh NGO-NGO Melayu Islam di IPD Dang Wangi.

Friday, December 20, 2024

BAYAR RM1,000 UNTUK DAPATKAN RAWATAN JARAK JAUH - KOSMO - 14/12/2024

 

PETALING JAYA – Terdapat segelintir pengamal perubatan alternatif di negara ini yang me­ngenakan caj ‘harga kayangan’ mencecah ribuan ringgit yang disifatkan tidak masuk akal sehingga membebankan pelanggan mereka.

Kebanyakan kaedah rawatan yang digunakan tidak melibatkan kos yang besar, namun bayaran yang dikenakan mengatasi caj di klinik swasta dan hospital yang menggunakan peralatan dan ubat-ubatan.

Timbalan Presiden Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia, Azlin Othman mendedahkan, pihaknya menerima aduan daripada wanita berusia dalam lingkungan 60-an yang terpaksa membayar lebih RM1,000 bagi mendapatkan rawatan kerana tidak boleh tidur malam.

“Wanita itu tidak boleh tidur malam sehingga menyebabkan dia kemurungan.

“Bagaimanapun, masalah itu yang turut dikaitkan dengan sihir masih tidak pulih, sebaliknya ­mengundang masalah baharu kerana kerugian,” katanya kepada Kosmo!.

Azlin berkata, caj ‘harga ka­yangan’ yang ditetapkan pengamal perubatan alternatif perlu diberi perhatian oleh pihak berwajib terutama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

“KPDN dan KKM perlu meneliti perkara ini kerana negara mempunyai undang-undang antipencatutan yang terpakai ke atas semua perniagaan yang menjual barangan atau menyediakan perkhidmatan,” katanya.

Jelas Azlin, pihaknya tidak berniat untuk menafikan per­khidmatan rawatan alternatif, tetapi caj yang dikenakan haruslah berpatutan.

Beliau memberi contoh bayaran ‘seikhlas hati’ atau rawatan akupuntur, bekam, ayurveda dan rawatan tradisional lain yang meletakkan kadar bayaran munasabah oleh sesetengah pengamal perubatan alternatif.

“Ada yang yang kata bayaran ‘seikhlas hati’, tetapi pesakit diminta membeli produk mereka yang harganya mencecah ratusan ringgit. Begitu juga rawatan alternatif lain yang diiklankan di media sosial, cajnya terlalu tinggi walaupun kos rawatan tidak seberapa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berkata, satu garis panduan me­ngenai caj rawatan oleh pengamal perubatan alternatif wajar diwujudkan.

Katanya, garis panduan itu bukan bertujuan menafikan keberkesanan sesuatu rawatan alternatif, tetapi memberi keadilan kepada semua pihak sekali gus mengelakkan penipuan.

“Ini yang perlu kita kaji. Kita mahukan yang terbaik dan tiada mana-mana pihak terperdaya. Mungkin KKM boleh keluarkan garis panduan misalnya mengikut jam (tempoh) rawatan,” katanya.

Tambahnya, pengguna juga perlu bijak memilih pengamal perubatan bagi mengelakkan kerugian besar.

Berdasarkan laman web myhealth.gov.my, program perubatan integrasi merangkumi amalan perubatan tradisional dan komplementari (PT&K) yang disepadukan dalam sistem penjagaan kesihatan kebangsaan telah bermula sejak 2006.

PT&K yang ditempatkan di hospital terpilih di seluruh negara adalah urut Melayu, akupunktur amalan Melayu dalam penjagaan ibu lepas bersalin, herba sebagai rawatan sampingan bagi pesakit kanser dan shirodara.

Perkhidmatan PT&K yang disediakan bukanlah satu rawatan alternatif, sebaliknya pelengkap atau komplemen bagi rawatan allopati yang diberikan hanya untuk penyakit kronik bukannya kes akut.

Kronologi rawatan adalah berpandukan kepada garis panduan PT&K bagi hospital integrasi, tetapi pesakit akan disaring terlebih dahulu sebelum rawatan PT&K diberikan. -KOSMO! ONLINE

Artikel oleh: Kosmo

BAYAR RM1,000 UNTUK DAPATKAN RAWATAN JARAK JAUH

https://www.kosmo.com.my/2024/12/14/bayar-lebih-rm1000-rawat-sihir-tidak-boleh-tidur/

Wednesday, December 18, 2024

AKTIVITI | PPIM SERAH SURAT TAHNIAH KEPADA PRESIDEN YANG KE-47 US DONALD TRUMP - PPIM - 18/12/2024

18 Disember 2024 – Ketua Aktivis PPIM, Dato' Nadzim Johan, hari ini menyerahkan surat tahniah kepada Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump, di Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur.

Surat tersebut disampaikan kepada Timbalan Duta Besar, Encik Chris Carver, sebagai mengiktiraf kemenangan bersejarah Trump dalam pilihan raya presiden November lalu.

PPIM, mewakili 1.2 juta keahlian pengguna di Malaysia, menzahirkan harapan untuk keamanan sejagat dan penamatan campur tangan globalis yang menindas masyarakat dunia.

Surat itu turut menekankan kebimbangan terhadap program vaksinasi yang tidak terbukti serta menyokong pencalonan Robert F. Kennedy Jr. sebagai Setiausaha Kesihatan, langkah penting dalam memastikan akauntabiliti dan reformasi kesihatan global.

PPIM optimis kepimpinan Trump akan memulihkan keadilan, ketelusan, dan kedaulatan dari ancaman globalis di peringkat antarabangsa.

Tuesday, December 17, 2024

THE HAND THAT IS NOT TO BE: BUSINESSWOMAN FALLS VICTIM TO SHAM MARRIAGE - NEW STRAITS TIMES - 14/12/2024

 

KUALA LUMPUR: What was supposed to be the most cherished moment in life turned into a nightmare for a businesswoman when she learned that she was not only a victim of a marriage syndicate, but her marriage to her "Datuk Seri" husband was also a sham.

The woman known only as Nor, who is in her 40s with one child, now finds herself at a loss over her future after getting married in a "village ceremony" in the northern region of the country.

Nor recounted how she met her husband during a business transaction in 2019.

"I thought my wedding would be like anyone else's. Although I was to be the second wife, I imagined there would be a proper ceremony. But there wasn't.

"The solemnisation was conducted at a village house without any celebration. When I questioned my husband, he assured me it was normal.

"My family and I were only served banana fritters, and the marriage official informed us that the marriage documents would be provided later," she said, adding that she had since lodged a report over the incident.

Nor said the happiness she hoped for never materialised, and she received financial support from her husband, who is also a politician, twice only before being dumped in 2021.

Distraught over her future and her child's welfare, she decided to take the matter to court.

It was only then she discovered in shock that her marriage certificate was invalid.

"My heart shattered upon realising I'd been deceived. Checks with the Religious Department in the northern region confirmed that the document was fake.

"My case is now in limbo. No action has been taken against my former husband. He should be held accountable, but instead, I'm left to bear the burden," she said, adding that she also filed a complaint with the Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM).

Nor said after consulting officers at the religious office, she was advised to obtain a marriage verification from the court. Unfortunately, the marriage official and witnesses could not be traced.

"I was informed that the 'kadi' and 'witnesses' listed on the marriage certificate had no records with the religious office. That's why I've sought PPIM's assistance to highlight this issue," she said.

Article by: New Straits Times

THE HAND THAT IS NOT TO BE: BUSINESSWOMAN FALLS VICTIM TO SHAM MARRIAGE

https://www.nst.com.my/news/nation/2024/12/1148339/hand-not-be-businesswoman-falls-victim-sham-marriage

SIASAT 'ORANG DALAM' TERBABIT PALSU SIJIL NIKAH - HARIAN METRO - 14/12/2024

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berwajib menyiasat dakwaan kononnya terdapat 'orang dalam' yang terbabit dalam sindiket pemalsuan sijil nikah di negara ini.

Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, setakat ini pihaknya menerima beberapa aduan berkaitan sijil nikah palsu dalam tempoh empat tahun lalu.

Katanya, berdasarkan aduan pengadu, mereka mendakwa sudah menyemak ketulenan dokumen di pejabat agama, namun ia disahkan palsu.

"Semasa proses nikah berlangsung, ada jurunikah dan saksi. Selepas itu dokumen dikeluarkan, ada cop dan tandatangan pegawai berkaitan.

"Tetapi bila jadi isu, semakan dalam sistem mendapati, tiada rekod saksi dan kadi. Dalam kes Nor ini, dia pula ditinggalkan begitu saja, gantung tak bertali.

"Jadi pihak berwajib perlu siasat. Apakah benar ada pembabitan orang dalam yang menjadi dalang atau berlaku manipulasi lain. Isu nikah ini tidak boleh main-main," katanya.

Nadzim berkata, isu pihak mana yang sepatutnya bertanggungjawab tidak wajar berlaku kerana laporan sudah pun dibuat di pejabat agama dan polis.

Katanya, keadaan seperti ini menyebabkan keyakinan masyarakat kepada pihak berwajib terhakis kerana tiada penyelesaian tuntas kepada kes penganiayaan seumpamanya.

"Saya dengar keluhan pengadu yang sudah penat ke sana ke sini, tapi tidak selesai. Dia dimaklumkan kesnya tiada tindakan lanjut (NFA).

"Bagaimana dengan nasib dia dan anaknya selepas ini. Sebab itu kita memerlu siasatan mengenai insiden ini dengan lebih menyeluruh," katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

SIASAT 'ORANG DALAM' TERBABIT PALSU SIJIL NIKAH

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1166039/siasat-orang-dalam-terbabit-palsu-sijil-nikah

PODCAST APA-APA SAJA: NIKAH DATUK SERI PENIPU, PISANG GORENG JUADAH MAJLIS - HARIAN METRO - 14/12/2024

 

Podcast HM: Apa-Apa Saja

Seorang wanita yang mengharapkan perkahwinan bersama insan tersayang menemui bahagia, terpaksa menanggung derita selepas suaminya menghilangkan diri malah sijil nikahnya juga disahkan palsu oleh pihak berwajib.

Sumber: Harian Metro

PODCAST APA-APA SAJA: NIKAH DATUK SERI PENIPU, PISANG GORENG JUADAH MAJLIS

https://www.youtube.com/watch?v=pnTx-FR0_uc

HARI BAHAGIA TELAN PISANG GORENG AJE... - HARIAN METRO - 14/12/2024

 

Kuala Lumpur: Mengenakan gaun pengantin yang serba cantik memberi seribu makna kepada seorang ahli perniagaan di hari pernikahannya.

Majlis yang disangkakan akan menjadi kenangan terindah seumur hidup itu bertukar menjadi mimpi ngeri kerana dia bukan saja mangsa sindiket pernikahan, malah sijil nikahnya juga didapati palsu.

Itu kisah malang Nor, 40-an, yang kini buntu memikirkan masa depan diri dan anaknya selepas bernikah dengan suaminya di sebuah kawasan perkampungan di utara tanahair.

Berkongsi kisahnya, Nor berkata, dia mengenali suaminya yang bergelar Datuk Seri selepas satu urusan perniagaan pada 2019.

"Saya ingatkan saya akan bernikah seperti orang lain. Walaupun menjadi isteri kedua, saya bayangkan ada kenduri, rupanya tidak.

"Akad nikah dibuat di sebuah rumah kampung tanpa ada sebarang majlis. Saya tanyakan pada suami, tapi dia yakinkan saya itu perkara biasa.

"Saya dan keluarga hanya dijamu dengan goreng pisang dan jurunikah maklumkan dokumen pernikahan akan diserahkan selepas itu," katanya yang turut membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

AKAD nikah dibuat di sebuah rumah kampung tanpa ada sebarang majlis.

Nor berkata, kebahagiaan yang diharapkan tidak menjadi kenyataan selepas dia hanya diberi nafkah dua kali oleh Datuk Seri yang juga seorang ahli politik terbabit sebelum ditinggalkan pada 2021.

Buntu memikirkan masa depan dan anak, dia nekad membawa kes berkenaan ke mahkamah dan di situ, sekali lagi dia dikejutkan apabila dokumen nikahnya disahkan palsu.

"Luluhnya hati saya apabila ditipu begini. Saya semak dengan jabatan agama di utara juga, disahkan palsu.

"Kes saya sekarang jadi tergantung. Tiada apa-apa tindakan ke atas bekas suami. Sepatutnya dia yang bertanggungjawab, tetapi saya pula terpaksa menanggung beban ini," katanya yang turut membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Menurutnya, selepas berjumpa dengan pegawai di pejabat agama, dia diminta untuk mendapatkan pengesahan nikah di mahkamah, malangnya jurunikah dan saksi tidak dapat dikesan.

"Saya dimaklumkan kadi dan saksi di dalam sijil nikah itu pun tidak ada rekod di pejabat agama. Sebab itu saya minta bantuan PPIM untuk ketengahkan isu ini," katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

HARI BAHAGIA TELAN PISANG GORENG AJE...

https://www.hmetro.com.my/utama/2024/12/1166022/hari-bahagia-telan-pisang-goreng-aje

Wednesday, December 11, 2024

TAKLIMAT KEMPEN 1RAPI & SEMINAR PENCEGAHAN KEBAKARAN - PPIM - 11/12/2024

Taklimat Kempen 1RAPI & Seminar Pencegahan Kebakaran anjuran Pertubuhan Pencegah Kebakaran Kuala Lumpur.

Taklimat disampaikan oleh Encik Muhammad Faries 'Abidi Abdul Talib.

Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan tentang langkah-langkah pencegahan kebakaran yang perlu diambil, cara menggunakan alat pemadam api dengan betul dan bagaimana memilih alat pemadam api yang sesuai.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL