Blog Papar Isu Penipuan Pelaburan, Syarikat Jualan Langsung, MLM Dilancar
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada Jumaat melancarkan sebuah blog yang mengumpul dan memberikan maklumat kepada pengguna mengenai isu-isu penipuan melibatkan pelaburan, syarikat jualan langsung, peniagaan online dan 'pemasaran pelbagai aras' (MLM).
Setiausaha Kerja PPIM Datuk Nadzim Johan berkata pengguna boleh menyemak maklumat di dalam blog http://forumsemak.blogspot.com/ yang memaparkan pelbagai jenis penipuan yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab melibatkan jutaan ringgit sehingga serendah RM20.
"Pelbagai jenis aduan penipuan yang kita terima selama ini kita kumpulkan dan paparkan di dalam blog ini seperti penipuan melalui SMS (sistem pesanan ringkas) serta online, gores dan menang, pinjaman melalui koperasi, MLM dan banyak lagi.
"Kami harap blog ini dapat beri kesedaran dan maklumat kepada orang ramai supaya tidak tertipu, sebelum buat komitmen atau menerima sebarang tawaran semak dulu contoh-contoh penipuan dalam blog ini," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran blog itu di sini.
Nadzim berkata pihaknya yang menerima 20 hingga 30 aduan sebulan daripada orang awam yang tertipu turut menasihatkan pengguna supaya tidak mudah terpedaya dengan taktik penipuan yang semakin licik itu.
"Mungkin disebabkan tawaran tinggi dan sesetengahnya disertakan dengan tandatangan atau gambar menteri, jadi orang mudah percaya dengan penipu-penipu yang semakin bijak ini," katanya.
-- BERNAMA
15 comments:
I have join it... It is a good blog... Nice blog... But need to be more systematic.... Btw, its good to have more blog like that... Like this blog blog also.... I will suggest to my friend later....
Teruskan usaha untuk membangunkan Islam dengan menggunakan teknologi yang ada....
diharap agar usaha ini mencapai matlamatnya
Selepas membaca blog ni, diharap kita semua berhati-hati dan berwaspada daripada sindiket penipuan ini.
dengan ade nye blog ini mungkin ramai org akan lebih mengetahui tentang penipuan yang sedang berleluasa sekarang ini..
Dengan Pelancaran ini, sy pasti ia dapat membantu pengguna di luar sana akan bahananya apabila ditipu...
sehubungan dengan itu, kita patut hindarkan diri dari perkara - perkara yang ada unsur2 penipuan.
di samping itu juga, ia dapat meltih dri kita lebih berhati2...
sebaik-baiknya kita perlu menkaji, menilai, menyelidik, menyiasat dan mencari pengesahan terlebih dahulu sebelum apa2 keputusan.
nila satu-satunye blog yg memaparkn dan mghimpunkan cntoh2 penipuan,dlm surt khabar pn xda jus gtau scra umum je...so, dgn adanya blog ni pmbaca akan jd lebih alert dgn sgala jnis penipuan..yng mana sblum ni kebanyakan crita pnipuan hnya didenagri oleh org lain sje..;-)
ini merupakan satu usaha yang perlu dipuji,,kerana melalui blog ini semua pengguna akan lebih mengetahui dan menyedari akan isu penipuan yang berlaku di negara kita,,,syabas di ucapkan kpd PPIM..
Di harap kewujudan blog ini, dpt membantu masyarakat mengelakkan diri drpd terjebak dgn masalah penipuan ini.......
good effort PPIM...kemudahan yang baik untuk para pengguna mencari kebenaran...teruskan usaha!!
insyaAllah...dgn pelancaran blog ini sedikit sebnyk dpt mbka mata msyrkt mengenai masalah y berlaku diskliling kt...
Syabas pada PPIM! Moga kewujudan blog ini terus disebarkan dan dipromosikan supaya para pengguna mendapat manfaat.
Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/
bagus n tahniah pd PPIM...U did a great job..moga usaha yg murni ini sentiasa diiringi dengan pertolongan Allah.
Alhamdulillah...masih ada yg prihatin...
Syabas dan tahniah, semoga usaha ini mendapat sokongan dan berterusan hingga ke akhirnya...
Didoakan juga semoga usaha murni ini dipermudahkan, agar mereka yg berbohong ini mendapat balasan yg selayaknya...
Post a Comment