Showing posts with label iMoney. Show all posts
Showing posts with label iMoney. Show all posts
Tuesday, July 23, 2019
Wednesday, July 17, 2019
5082) BENARKAN PEMINJAM PTPTN BELI RUMAH - UTUSAN MALAYSIA - 17/07/2019
KUALA LUMPUR 16 Julai - Golongan muda terutama peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak harus disekat untuk membeli rumah pertama walaupun mempunyai rekod dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RAM Credit Information (RAMCI), Dawn Lai berkata, golongan tersebut perlu diberi peluang untuk dinilai di bawah polisi dalaman kredit oleh institusi perbankan.
Menurut beliau, ini kerana mereka memerlukan penilaian yang sewajarnya jika memenuhi kriteria Nisbah Perkhidmatan Hutang (DSR) selain tidak mempunyai hutang produk-produk kredit lain.
“Daripada perspektif bank mereka masih mencari kriteria tertentu seperti pendapatan yang baik, memiliki sumber kewangan sokongan selain berhasrat menstruktur semula pinjaman jika berada dalam situasi tidak mampu bayar. Mungkin terdapat bank yang akan meluluskan permohonan sekiranya mereka dinilai berdasarkan faktor-faktor ini.
“Golongan ini merupakan penyambung kepada generasi sekarang dan mereka perlu diberi peluang. Saya tidak melihat memberi peluang kepada peminjam PTPTN yang disenarai hitam untuk membeli rumah sebagai satu isu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran CreditScore versi Bahasa Malaysia di sini hari ini.
Yang turut hadir CEO Kumpulan iMoney, Mitul Lakhani dan Ketua Aktivis Persatuan pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan
Minggu lalu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan peminjam PTPTN yang disenarai hitam dalam rekod CCRIS akan dikecualikan daripada sekatan untuk pembelian rumah pertama.
Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, pengecualian itu hanya diberikan untuk pembelian rumah pertama sahaja.
Dalam pada itu, Lai berkata, tindakan membenarkan peminjam PTPTN yang disenarai hitam membeli rumah pertama bukan didorong oleh keadaan pasaran hartanah semasa.
Katanya, lambakan hartanah yang tidak terjual merupakan agenda yang harus ditangani tetapi bukan dengan cara meluluskan pinjaman kepada pihak yang tidak mampu membayar.
“Kita perlu memberi pinjaman kepada kumpulan yang sepatutnya. Memaksa orang yang tidak mampu membeli demi menangani masalah berkenaan tidak sepatutnya menjadi pertimbangan kerajaan dan institusi perbankan,” ujarnya.
Artikel oleh: Utusan Malaysia
BENARKAN PEMINJAM PTPTN BELI RUMAH
5081) BANK NILAI USAHA BAYAR BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN - BERITA HARIAN - 17/07/2019
KUALA LUMPUR: Terdapat bank dan institusi kewangan yang memberi pinjaman kediaman kepada individu culas membayar pinjaman pendidikan kerana pemohon memiliki pendapatan kukuh serta kemampuan dalam nisbah khidmat hutang (DSR).
Ketua Pegawai Eksekutif RAM Credit Information (RAMCI), Dawn Lai, berkata hutang pendidikan dilihat sebagai perspektif berbeza apabila pihak bank lebih mempertimbangkan permohonan pembiayaan secara menyeluruh dalam menilai keupayaan pemohon memenuhi komitmen pembayaran.
Justeru, katanya, dalam isu permohonan pembiayaan kediaman oleh peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenarai dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS), pihak bank akan turut menilai sekiranya pemohon ada usaha untuk membayar balik.
“Apa yang penting adalah pendidikan kesedaran kepada golongan muda, tidak kira pinjaman pendidikan atau hutang bank sekali pun, mereka perlu ada tanggungjawab membayarnya secara berkala, maka tiada isu untuk tidak memberi mereka peluang membeli rumah pertama.
“RAM masih memerhati rapat implikasi isu PTPTN ini, bukanlah kerana ke arah menyelamatkan industri yang berdepan lambakan hartanah, namun yang dibincangkan adalah untuk menyediakan pinjaman kepada kelompok yang benar-benar layak.
“Benar, kita perlu selesaikan masalah lambakan hartanah yang tidak terjual, namun untuk memaksa pengguna membeli hartanah itu sedangkan mereka tidak mampu adalah tidak wajar bagi pihak bank atau kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas pelancaran CreditScore iMoney berbahasa Melayu di sini, hari ini.
CreditScore iMoney adalah kemudahan dalam talian dwi-bahasa yang ditawarkan kepada pengguna untuk menyemak skor kredit masing-masing menerusi laporan analisis kedudukan kewangan secara percuma.
Pelancaran bersempena kempen #JomSkor itu turut menyediakan nasihat peribadi kepada pengguna untuk memperbaiki tahap kredit dan cara untuk meraih penjimatan daripada produk kewangan perbankan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan iMoney, Mitul Lakhani, berkata berdasarkan data iMoney, empat daripada 10 pengguna CreditScore iMoney memiliki skor penilaian rendah dan wajar berdepan kesukaran ketika mendapatkan pinjaman dan permohonan kad kredit.
Katanya, matlamat pihaknya adalah untuk menarik lebih ramai rakyat Malaysia berdaftar dengan kemudahan itu bagi mendapatkan skor kredit masing-masing supaya memahami tahap kewangan dan menguruskan hal kewangan dengan lebih bijak.
“Melalui #JomSkor dan kemudahan CreditScore Bahasa Malaysia, kami harap dapat meluaskan jangkauan kepada lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara,” katanya.
Artikel oleh: Berita Harian
BANK NILAI USAHA BAYAR BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN
5079) iMONEY LAUNCHES FREE BAHASA MALAYSIA VERSION OF CREDITSCORE - THE SUN DAILY - 17/07/2019
KUALA LUMPUR: iMoney has launched the free CreditScore tool in Bahasa Malaysia to increase financial awareness among consumers.
According to iMoney CEO Mitul Lakhani, its data suggests that more efforts are required to help Malaysian take control of their finances.
“Our goal is to get more Malaysian to sign up to get their credit score, understand their financial health and empower them to make intelligent decisions on their money matters,“ he said at a media briefing today.
He explained that the tool would also help consumers understand the steps they could take to improve their credit score.
iMoney’s partner RAM Credit Information (RAMCI) provides the dataset used in the tool. RAMCI CEO Dawn Lai explained that the score is a rating of a consumer’s financial health and profile.
“Credit score is made up of a number of components which include conduct of payment, timeliness of payment, length of credit history, number of credit application and utilisation rate that indicates how much of the credit limit is utilised.”
She revealed that with credit rating, one of the most common misconceptions is that a good credit score can be achieved if a person does not have any credit facility with the banks.
“This is not true as there are no credit history to establish is a person is a good paymaster or not.”
iMoney’s tool would also provide suggestions for consumers to improve their ratings. For example, for those without any credit history, the tool will recommend a person to take a credit card and check if their credit exceeds the debt service ratio.
Lai recommends the public to check on their credit score every three to six months, depending on their needs.
“For those with big purchases such as a house or a car, it is recommended for them to check their score three to four times annually, while those without any major purchases, twice a year is sufficient.”
Among the 5,774 iMoney CreditScore users, the highest number of people in the low score category belongs to 30-39 age group with 47.5%, followed by 25-29 age group with 24.5%.
The CreditScore tool was first introduced in English last August.
Article by: The Sun Daily
iMONEY LAUNCHES FREE BAHASA MALAYSIA VERSION OF CREDITSCORE
Subscribe to:
Comments (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(157)
-
▼
April
(23)
- AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA S...
- CAN CHEAPER LATTE AND STARTING THE DAY EARLY SOLVE...
- KEBUN KOMUNITI KONDOMINIUM VILLA PUTERI MODEL SEMA...
- AKTIVITI | PROGRAM PENGUKUHAN SINERGI MAJLIS AGAMA...
- KRISIS TENAGA GLOBAL: ELAK BERI KENYATAAN KELIRUKA...
- PODCAST PPIM | ISU SEMASA MALAYSIA: KOS SARA HIDUP...
- 'PENGGUNA ADA KUASA TENTUKAN HARGA PASARAN' - BERI...
- AKTIVITI | MAJLIS RUMAH TERBUKA RAYA AIDILFITRI MA...
- AKTIVITI | DUA SUASANA, SATU UKHUWAH: SAMBUTAN AID...
- AKTIVITI | RUMAH TERBUKA 2026 KK MART - PPIM - 10/...
- AKTIVITI | PERBINCANGAN DUA HALA PPIM–PERKESO BAGI...
- AKTIVITI | JEMPUTAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI ZAIYA...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA K...
- AKTIVITI | MESYUARAT PENGUKUHAN SOCIAL SYNERGY BIL...
- AKTIVITI | BNM ANNUAL DIALOGUE WITH CONSUMER ASSOC...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-45: BERKEBUN DI KEBUN BA...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN MAIWP–PPIM DALAM MENANGANI K...
- AKTIVITI | PERTEMUAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA OC...
- ((LIVE)) : HARGA MINYAK DUNIA MELAMBUNG: RAKYAT PA...
- AKTIVITI | SESI BUAL BICARA TOQQI BERASAMA MALAYSI...
- MTUC, NGO GESA TANGGUH PELAKSANAAN AKTA PEKERJA GI...
- 11 NGO DESAK RUU PEKERJA GIG DITANGGUH, DAKWA TIAD...
- 11 NGO DESAK MORATORIUM AKTA PEKERJA GIG 2025 - SI...
-
▼
April
(23)






