Showing posts with label harga gula naik. Show all posts
Showing posts with label harga gula naik. Show all posts

Tuesday, March 7, 2017

3538) JANGAN BERI MUKA PADA PENIAGA TAMAK - KOSMO - 6/3/2017

                  kosmo 6.3.2017
 Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan memberitahu pengguna ada hak untuk dipertahankan jika tidak mahu peniaga sesuka hati menaikkan harga barangan. " Jika itu berlaku, saya minta orang ramai segera membuat laporan kepada kami atau pihak yang berkuasa. Jangan beri muka pada peniaga tamak," katanya sambil menambah ada pro dan kontranya dalam isu kenaikan harga gula ini. " Kenaikan harga gula boleh dijadikan alasan kepada pengguna mengurangkan pengambilannya di dalam makanan dan minuman. Jika sebelum kita lima peket, sekarang kita kurangkan kepada dua peket. Selain mengambil langkah berjimat, pendekatan ini juga bagus untuk kesihatan kita," katanya.

Saturday, March 4, 2017

3535) FOMCA RAMAL HARGA GULA PASIR KASAR DIJANGKA NAIK LAGI - KOSMO - 4/3/2017

                    KOSMO 4.3.2017
 Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan menyarankan agar pengguna mengurangkan pengambilan gula berlebihan. " Jika sebelum ini, kita beli lima peket, sekarang kita kurangkan kepada dua atau satu peket. Selain mengambil langkah jimat cermat, pendekatan ini juga baguys untuk kesihatan tubuh kita," katanya. Ditanya kemungkinan peniaga akan menaikkan harga jualan minuman mereka, Nadzim berkata: " Jika ia berlaku, saya minta orang ramai segera membuat laporan kepada kami atau kepada pihak berkuasa tempatan."

3534) MINUMAN KURANG MANIS PERLU DIBERI DISKAUN - UTUSAN MALAYSIA - 4/3/2017

                            UTUSAN MALAYSIA 4.3.2017
 Kuala Lumpur 3 Mac - Orang ramai perlu berani bersuara bagi memperjuangkan hak sebagai pengguna sekirannya mereka merasakan sebarang harga barangan atau perkhidmatan yang dikenakan tidak munasabah. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, sebagai pengguna mereka perlu memastikan tidak harus menjadi mangsa diskriminasi oleh segelintir peniaga yang cuba mengaut keuntungan atas angin. Menurutnya, kebanyakkan pengguna tidak sedar yang mereka sebenarnya ditipu peniaga. " Sebagai contoh, namun mengetahui harga gula naik dan oleh demikian, mereka perlu lebih bijak dalam menangani kenaikan harga barangan tersebut. " Sekiranya pengguna memesan minuman kurang gula di kedai makan, apabila harga yang dikenakan sama sahaja seperti minuman biasa, jadi di sini lah peniaga mengaut keuntungan berlebihan tanpa kita sedari," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL