Showing posts with label ZULKEFLI MOHAMAD. Show all posts
Showing posts with label ZULKEFLI MOHAMAD. Show all posts

Wednesday, June 24, 2020

6049) KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE PEJABAT KETUA PENGARAH JABATAN STANDARDS MALAYSIA - PPIM - 24/06/2020

Kunjungan hormat PPIM ke pejabat Ketua Pengarah Jabatan Standards Malaysia, Tuan Shaharul Sadri Alwi yang diwakili oleh Penolong Setiausaha PPIM, En Zulkefli Mohamad. Seterusnya menghadiri mesyuarat Sistem Pengurusan dari Perspektif Islam, TCI/2.


Tuesday, December 17, 2019

5584) WACANA SINAR SIRI 144: PERKENAL STRUKTUR HARGA UBAT - SINAR HARIAN - 14/12/2019


Artikel oleh: Sinar Harian

WACANA SINAR SIRI 144: PERKENAL STRUKTUR HARGA UBAT

5583) BELI SECARA PUKAL BOLEH TURUNKAN HARGA - SINAR HARIAN - 14/12/2019


WACANA SINAR SHORT 12 DISEMBER 2019


Penolong Setiausaha Agung PPIM, Zulkefli Mohamad mecadangkan supaya kerajaan membeli ubat secara pukal agar harganya dapat diturunkan demi rakyat. Berikut adalah petikan dari Wacana Sinar Live, Isu Harga Ubat Mahal: Siapa Dan Apa Penentunya?

Ikuti kami di:

Laman web: https://www.sinarharian.com.my/

Facebook: https://www.facebook.com/SinarHarian/

Twitter: https://twitter.com/SinarOnline

#SinarHarian #WacanaSinar


Artikel oleh: Sinar Harian

BELI SECARA PUKAL BOLEH TURUNKAN HARGA

https://www.sinarharian.com.my/article/61874/VIDEO/Wacana-Shorts/Beli-secara-pukal-boleh-turunkan-harga

Friday, December 13, 2019

5581) KETELUSAN HARGA UBAT PERLU DILAKSANAKAN - SINAR HARIAN - 12/12/2019


SHAH ALAM - Sudah tiba masanya struktur ketelusan harga ubat di peringkat pengguna di negara ini diperkenalkan.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Dasar Awam, Persatuan Farmaseutikal Malaysia, Azwar Kamarudin berkata, langkah itu perlu bagi membolehkan pesakit atau pengguna mengetahui apa yang perlu dibayar oleh mereka.

Menurutnya, pelaksanaan ketelusan harga di peringkat pengguna lebih penting sebelum sebarang kawalan harga diputuskan oleh pihak yang berkenaan.

"Di Malaysia ini struktur rangkaian bekalan ubat sangat rumit kerana kita ada empat saluran yang boleh kita dapatkan ubat iaitu hospital kerajaan, hospital swasta, klinik dan juga farmasi.

"Disebabkan empat saluran inilah harga ubat yang kita perlu bayar berbeza-beza. Sebagai contoh kalau ada pesakit hari ini pergi ke klinik di Kota Damansara untuk beli ubat, harga ini yang dibayar.

"Hari lain kita pergi ke farmasi untuk dapatkan ubat yang sama, lain pula harganya. Sebab apa? kerana tiada ketelusan harga di peringkat pengguna.

"Berbeza apabila kita pergi ke mana-mana restoran makanan segera yang sama tetapi di lokasi yang berbeza, kita tetap dapat harga yang sama. Kenapa tidak bagi harga ubat. Inilah sebenarnya yang kita perlu beri perhatian," katanya pada Wacana Sinar Harian Siri 144 yang membincangkan tajuk Isu Harga Ubat Mahal: Siapa dan Apa Penentunya? di Dewan Karangkraf di sini malam tadi.

Menurutnya, dengan adanya struktur carta harga ubat di kesemua saluran rantaian bekalan ubat secara tidak langsung membolehkan pengguna tahu jumlah yang perlu dibelanjakan oleh mereka.

"Bagi pesakit apa yang penting saya tahu apa yang saya bayar, kalau tiydak puas hati, saya pergi ke klinik yang lain. Kalau saya tidak puas hati juga saya buat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)," katanya.

Katanya, pengguna dan pesakit mempunyai hak untuk membuat pilihan bagi memastikan wang yang dikeluarkan setanding dengan rawatan yang diterima.

Artikel oleh: Sinar Harian

KETELUSAN HARGA UBAT PERLU DILAKSANAKAN


5580) DIJANGKA RM4.5 BILION DIBELANJAKAN UNTUK UBAT PADA 2020 - SINAR HARIAN - 12/12/2019


SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Peruntukan Kementerian Kesihatan (KKM) sebanyak RM30.6 bilion pada 2020 menjadikan sektor itu ketiga terpenting selepas sektor pendidikan dan kewangan.

Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Amrahi Buang berkata, dari jumlah itu perbelanjaan untuk ubat bagi sektor kerajaan dan swasta pada tahun depan pula dijangka sebanyak RM4.5 bilion.

"Maknanya sektor kesihatan ini adalah nombor tiga terpenting, yang pertama pendidikan (sebanyak) RM64.1 bilion dan sektor kewangan adalah RM37.8 bilion.

"Jadi saya diberitahu dari segi ubatan, bajet diberikan oleh kerajaan kepada KKM lebih kurang RM2.2 hingga RM2.3 bilion.

"Kalau kita tengok cara keseluruhan penggunaan ubat yang diberikan di negara ini termasuk dengan sektor swasta akan ada lagi RM2.2 bilion.

"Maknanya perbelanjaan ubat ini untuk sektor kerajaan dan swasta adalah RM4.5 bilion," katanya pada Wacana Sinar Harian Siri ke-144 bertajuk Isu Harga Ubat Mahal: Siapa dan Apa Penentunya? di Dewan Karangkraf di sini malam ini.

Turut menjadi panelis ialah Penolong Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Zulkefli Mohamad dan Ahli Jawatankuasa Dasar Awam, Persatuan Farmaseutikal Malaysia, Azwar Kamarudin serta Dekan Fakulti Farmasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Dr Mohamed Mansor Manan manakala personaliti TV, Amin Idris bertindak sebagai moderator.

Beliau menambah, peruntukan itu juga menunjukkan keprihatinan pihak kerajaan yang buat pertama kali menyediakan peruntukan tinggi untuk ubat menerusi KKM.


Artikel oleh: Sinar Harian

DIJANGKA RM4.5 BILION DIBELANJAKAN UNTUK UBAT PADA 2020

https://www.sinarharian.com.my/article/61661/KHAS/Wacana/Dijangka-RM45-bilion-dibelanjakan-untuk-ubat-pada-2020

Thursday, November 7, 2019

5467) AKTIVITI | SEMINAR KESEDARAN PERANTI PERUBATAN HALAL - PPIM - 07/11/2019

Setiausaha Penerangan PPIM, En Zulkefli Mohamad mewakili PPIM dalam menghadiri Seminar Kesedaran Peranti Perubatan Halal anjuran Standards Malaysia bertempat di Sama-Sama Hotel, KLIA Sepang. 



Tuesday, November 5, 2019

5458) AKTIVITI | MALAYSIA'S HALAL INCLUSION ROUNDTABLE & MASTERCLASS - PPIM - 05/11/2019

Setiausaha Penerangan PPIM, En Zulkefli Mohamad hari ini mewakili PPIM dalam menghadiri majlis "Malaysia's Halal Inclusion Roundtable & Masterclass" anjuran The Global University of Islamic (INCEIF) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail. 


Monday, November 4, 2019

5456) AKTIVITI | SESI LUNCHEON PROGRAM SINERGI SOSIAL - PPIM - 04/11/2019

Telah berlangsung, Sesi Luncheon Program Sinergi Sosial yang dianjurkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Menara PERKESO.

Sesi ini telah diwakili oleh En. Zulkefli Mohamad, Setiausaha Penerangan PPIM. 



Thursday, October 17, 2019

5404) SELAMATKAH VAPE? | MWTV 16 OKTOBER - MINGGUAN WANITA - 16/10/2019


Larangan merokok sudah di perkenalkan, tapi timbul pula vape. Lambakan penjualan vape di pasaran memudahkan masyarakat untuk mengaksesnya sehinggakan anak-anak di bangku sekolah pun sudah mula menghisap vape. Apakah implikasi tabiat menghisap vape ini kepada pembangunan masyarakat? Ikuti perbincangan di studio Mingguan Wanita ini. #MingguanWanitaTV #AstroPrima


Artikel oleh: Mingguan Wanita

SELAMATKAH VAPE? | MWTV 16 OKTOBER



PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL