Thursday, June 22, 2023
KONTRAK VAKSIN: PPIM PERSOAL MENGAPA AHLI PARLIMEN KELU LIDAH PERJUANG KEPENTINGAN RAKYAT - DAGANG NEWS - 20/06/2023
Friday, June 24, 2022
PPIM, CRESCENT DIGITAL LANCAR APLIKASI YAKIN PERKASA USAHAWAN, PENGGUNA ISLAM ERA DIGITAL - DAGANG NEWS - 16/06/2022
KUALA LUMPUR 16 Jun - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkolaborasi dengan Crescent Digital Sdn Bhd (Crescent Digital) untuk membangunkan dan mengendalikan aplikasi mudah alih rasmi dalam talian PPIM yang dikenali sebagai YAKIN.
Menerusi aplikasi YAKIN yang sudah pun sedia untuk dimuat turun secara percuma, pengguna-pengguna boleh menjadikan aplikasi YAKIN sebagai 'one stop centre' untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh PPIM.
Perkhidmatan itu melibatkan aduan hal ehwal pengguna, bantuan mangsa ah long atau ceti haram, sumbangan derma kepada saluran sahih dan berdaftar serta sebagai informasi paling terkini PPIM dari telefon pintar pengguna.
Turut disediakan dalam Modul lbadah aplikasi tersebut adalah waktu solat, kiblat, doa harian, tasbih dan pelbagai lagi.
Dalam pada itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, beliau mengalu-alukan inovasi ke arah digital dari PPIM dan Crescent Digital.
"Inisiatif untuk membina aplikasi ini dalam Bahasa Melayu adalah langkah yang sangat tepat demi memartabatkan bahasa tersebut sebagai bahasa kebangsaan.
"PPIM juga mempunyai jumlah pengikut media sosial yang ramai dalam kalangan masyarakat Muslim di Malaysia iaitu lebih daripada 1.5 juta orang merentasi 5 platform media sosial. Justeru, aplikasi YAKIN berkemampuan menjadi aplikasi gaya hidup Muslim tempatan yang utama dan paling komprehensif bukan sahaja di Malaysia malah di rantau ini," katanya selepas pelancaran aplikasi itu.
Presiden dan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan pula berkata, aplikasi itu bukan sahaja menyasarkan pengguna, malah dibangunkan dengan matlamat untuk membantu perniagaan-perniagaan yang ingin mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka secara khusus dan efisien kepada kumpulan pengguna Islam dan bukan Islam.
"Perlu juga ditegaskan bahawa kempen-kempen derma yang terdapat di dalam aplikasi YAKIN telah disemak dan disahkan terlebih dahulu oleh pihak kami.
"Bagi pihak PPIM, kami yakin bahawa aplikasi ini dapat memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia bersesuaian dengan misi PPIM sendiri iaitu melaksanakan tuntutan fardhu kifayah yang membabitkan kepentingan pengguna dan perniagaan Islam melalui tindakan proaktif dan berstrategi: katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Crescent Digital, Nina Alyssa Zainal berkata, kolaborasi PPIM bersama pihaknya yang menyediakan khidmat transformasi digital dengan tumpuan khusus pada ekonomi digital Islam adalah amat tepat.
"Selain daripada ciri-ciri yang telah disebutkan, kami juga sedang merancang untuk memperkenalkan pelbagai lagi fitur di dalam aplikasi YAKIN merangkumi direktori perniagaan Islam, direktori scammers, tinjauan atau survey, e-Dagang dan lain-lain di fasa akan datang," katanya.
Aplikasi YAKIN dimuat turun secara percuma di Google Play Store, App Store dan Huawei AppGallery untuk semua telefon pintar Android dan iPhone. - DagangNews.com
Artikel oleh: DagangNews
PPIM, CRESCENT DIGITAL LANCAR APLIKASI YAKIN PERKASA USAHAWAN, PENGGUNA ISLAM ERA DIGITAL
Thursday, June 2, 2022
PPIM LANCAR KAJI SELIDIK PANDANGAN RAKYAT TERHADAP ISU SEMASA - DAGANG NEWS - 24/05/2022
KUALA LUMPUR 24 Mei - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan mengadakan program kaji selidik keberkesanan agensi kerajaan bagi mendapatkan pandangan orang awam terhadap beberapa perkara atau isu semasa secara dalam talian.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, program itu bertujuan meningkatkan kesedaran dan pemahaman orang awam mengenai isu semasa yang menghantui pengguna.
"Sudah tiba masanya kita mendapatkan input daripada rakyat dan juga industri berkaitan keadaan yang kita hadapi hari ini, yang mana banyak perkara tidak menjadi. Banyak perkara dilaksanakan tidak mengikut petunjuk prestasi utama (KPI).
"Baru-baru ini isu ayam, daging dan kes scam. Macam-macam keadaan yang kita tengok perlu mendapat maklumat melalui survey dalam talian. Jadi, kita akan buat survey ini untuk tahu kepuasan hati dan komen rakyat yang dibawa ke hadapan biar menteri tengok dan buat sesuatu," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
Nadzim berkata, beliau berharap kaji selidik tersebut akan dijadikan sebagai bahan rujukan pada masa hadapan.
"InsyaAllah, dengan responden yang kita dapat, ia boleh mengubah keadaan kita. Kita perlu dedahkan bukan untuk tujuan negatif tetapi positif, kita buat sesuatu perubahan demi masyarakat kita," katanya.
Dalam pada itu, kaji selidik itu turut dijalankan susulan pengumuman Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung larangan merokok dan vape untuk generasi akan datang serta menghalang penjualan produk tersebut kepada individu yang lahir selepas 2005.
Kaji selidik tersebut juga bagi mendapatkan pandangan orang ramai mengenai tabiat-tabiat negatif lain yang patut dikenakan larangan sama.
Tinjauan tersebut akan dijalankan menerusi portal www.ppimonlinepoll.com yang bakal dibuka untuk orang ramai dalam masa terdekat. - DagangNews.com
Artikel oleh: Dagang News
PPIM LANCAR KAJI SELIDIK PANDANGAN RAKYAT TERHADAP ISU SEMASA
https://dagangnews.com/ppim-lancar-kaji-selidik-pandangan-rakyat-terhadap-isu-semasa-15666
Monday, July 26, 2021
5820) SUMBANGAN INFAK REZEKI KEPADA PEMANDU TEKSI KLIA - DAGANG NEWS - 24/07/2021
PPIM di bawah selian Unit Kebajikan PPIM (UKPPIM) mengadakan kerjasama dengan PERKESO, KINGZ Motorcycle Group, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWIP), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Malaysia Airports (Sepang) Sdn. Bhd & Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM).
Menurut PPIM lagi, barangan tersebut adalah tajaan beberapa organisasi seperti sumbangan.com (Gerbang Sumbangan Sdn Bhd), Yayasan PATRIOT Negara Malaysia (YPNM), Icon Production Sdn Bhd dan SATRIA Intelligence Agency Sdn Bhd.
Pengerusi PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, berdasarkan maklum balas yang diterima daripada penyelaras, pemanduk teksi juga merupakan golongan yang tidak terkecuali berhadapan saat gentir ini.
"Mereka sangat memerlukan sumbangan bantuan dengan kadar segera terutama bagi mereka yang merupakan golongan ASNAF dan B40.
"Kami dengan ini berusaha bersama-sama menguruskan untuk menghantar bantuan sumbangan dan beberapa keperluan pada tarikh yang dinyatakan di atas." Katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Operasi Unit Kebajikan PPIM, Siti Khadijah Hassan Berseri berkata, pihaknya mahu pemandu teksi dan penerima manfaat yang disantuni merasakan ada yang masih peduli dan sayang kepada mereka.
Menurut beliau, bentuk bantuan yang diberikan adalah berupa Barangan Asas Keperluan Dapur.
"Setakat hari ini, sebanyak lebih 100,000 penerima manfaat Infaq Rezeki telah disalurkan. Melalui jalinan kerjasama dari pelbagai agensi ini juga diharap memberikan impak yang positif.
"Kami sentiasa membuka ruang kepada mereka yang ingin bersama-sama dalam Misi Bantuan Infaq Rezeki supaya lebih ramai akan menerima manfaat," ujar beliau.
Beliau berkata, dana bagi gerak kerja ini dikumpulkan melalui sumbangan orang ramai atau pendanaan awam menggunakan platform atas talian iaitu sumbangan.com. — DagangNews.com
Artikel oleh: Dagang News
SUMBANGAN INFAK REZEKI KEPADA PEMANDU TEKSI KLIA
https://www.dagangnews.com/sumbangan-infak-rezeki-kepada-pemandu-teksi-klia-7633
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(178)
-
▼
May
(6)
- AKTIVITI | SESI PERBICANGAN STRATEGIK BERSAMA MANT...
- AKTIVITI | SESI KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE PEJABAT S...
- PODCAST PPIM - FESTIVAL HUJAN MAKSIAT?? - PPIM - 0...
- BERSAMA HENTIKAN BULI | ANTI BULLY CENTRE (ABC) - ...
- ADUAN | BAYAR LEBIH RM100,000, MASIH DITUNTUT: PPI...
- AKTIVITI | TINJAUAN PENGANJURAN RAIN AND RAVE: TID...
-
▼
May
(6)





