Showing posts with label BIRO WANITA. Show all posts
Showing posts with label BIRO WANITA. Show all posts
Tuesday, July 16, 2019
5077) PROGRAM 'ANAK KAMI' PPIM BANTU BAYI TIDAK SAH TARAF DAPAT KELUARGA ANGKAT - BERNAMA - 16/07/2019
MELAKA, 16 Julai (Bernama)-- Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah membantu lebih 170 bayi yang tidak sah taraf mendapatkan keluarga angkat secara sah sejak 2017 sehingga kini menerusi program ‘Anak Kami’.
Ketua Biro Wanita PPIM Suraya Ali,37, berkata program itu adalah bagi membantu ibu terlanjur dan bayi mereka di mana keutamaan ialah bagi menjaga kebajikan bayi, ibu kandung dan keluarga angkat.
Beliau berkata pengalamannya membuat liputan kes pembuangan bayi ketika menjadi wartawan dengan Agensi Berita Nasional Malaysia selama tiga tahun bermula 2012 mencetuskan ideanya untuk mewujudkan program itu.
“Pembuangan bayi berlaku apabila gadis yang terlanjur itu disisihkan keluarga serta teman-teman sehingga mereka binggung dan akhirnya tertekan kerana tiada tempat untuk berkongsi masalah,” katanya kepada Bernama di sini.
Suraya berkata urusan penyerahan bayi kepada keluarga angkat akan dilakukan mengikut syarat ditetapkan ibu kandung serta prosedur Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendaftaran Negara.
"Syarat utama mendapatkan anak angkat melalui inisiatif ini adalah tiada unsur menjual dan membeli bayi dan kami juga tidak membenarkan keluarga angkat menawarkan sebarang sagu hati atau hadiah kepada ibu kandung," katanya.
Beliau berkata semua pemohon diminta membuat sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan PPIM di mana wang itu digunakan untuk membantu ibu kandung yang memerlukan.
"Semua keluarga angkat akan menjaga hubungan baik dengan ibu kandung dan kami memastikan anak mendapat khasiat susu ibu kandung sejak awal kelahiran.
"Kami juga mahu Ibu kandung mengetahui perkembangan anak dan tidak lepas tangan setelah anak diserah kepada keluarga angkat bertujuan mengingatkan mereka agar tidak melakukan kesilapan yang sama," katanya.
Sementara itu, Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata inisiatif tersebut tidak menggalakkan kelahiran luar nikah jauh sekali perbuatan zina.
"Apa yang program ‘Anak Kami’ buat ialah membantu mereka yang pernah melakukan kesalahan untuk kembali ke jalan yang lebih baik,” katanya dan menambah hampir semua ibu kandung yang menerima bantuan program itu kini sudah bernikah, mempunyai pekerjaan yang baik dan menamatkan pelajaran masing-masing.
Nadzim berkata bantuan diberi bukan hanya membantu menyelamatkan bayi, dan memberi kebahagiaan kepada keluarga angkat namun ia juga menyelamatkan wanita yang mengandung luar nikah daripada melakukan jenayah berat seperti membunuh atau membuang bayi.
Program itu turut membantu membimbing mereka untuk menjalani kehidupan yang lebih baik," katanya.
-- BERNAMA
Artikel oleh: BERNAMA
PROGRAM 'ANAK KAMI' PPIM BANTU BAYI TIDAK SAH TARAF DAPAT KELUARGA ANGKAT
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1746648
Tuesday, July 17, 2018
4560) PPIM GESA TINDAKAN TERHADAP KECUAIAN PENGASUH – BERITA HARIAN -16/7/18
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membuat kajian menyeluruh terhadap keperluan serta masalah membabitkan pusat asuhan kanak-kanak.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kajian menyeluruh penting supaya kes penderaan membabitkan kanak-kanak di pusat asuhan tidak berulang selain pemeriksaan lebih tegas terhadap sijil layak menduduki (CF) di semua pusat asuhan berdaftar.
“Kita minta kementerian yang berkenaan beri tumpuan luar biasa terhadap isu penderaan sehingga mengakibatkan kematian kanak-kanak termasuk di pusat asuhan yang tidak berdaftar.
“Kita tidak mahu kes seperti ini terus berulang kerana sudah ramai ibu bapa berdepan masalah sama tetapi tidak dapat pembelaan sewajar daripada pihak berkuasa,” katanya pada sidang media berhubung kes kematian kanak-kanak di rumah pengasuh di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Biro Wanita PPIM, Suraya Ali berkata, pihaknya setakat ini mendapat lima aduan daripada ibu bapa mengenai tiga kes kematian, satu kes kecederaan kekal dan satu kes kecederaan tidak kekal membabitkan bayi berusia lima hingga tujuh bulan.
“Pihak berkuasa maklum mengenai kesemua kes ini kerana mengikut prosedur, pihak hospital akan melaporkan kepada polis apabila berlaku kecederaan tidak semula jadi yang membabitkan kanak-kanak.
“Namun PPIM berasa ibu bapa ini perlu mendapat pembelaan sewajarnya dan mereka yang bertanggungjawab perlu didakwa,” katanya.
Artikel Oleh : Berita Harian
PPIM GESA TINDAKAN TERHADAP KECUAIAN PENGASUH
Subscribe to:
Comments (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(157)
-
▼
April
(23)
- AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA S...
- CAN CHEAPER LATTE AND STARTING THE DAY EARLY SOLVE...
- KEBUN KOMUNITI KONDOMINIUM VILLA PUTERI MODEL SEMA...
- AKTIVITI | PROGRAM PENGUKUHAN SINERGI MAJLIS AGAMA...
- KRISIS TENAGA GLOBAL: ELAK BERI KENYATAAN KELIRUKA...
- PODCAST PPIM | ISU SEMASA MALAYSIA: KOS SARA HIDUP...
- 'PENGGUNA ADA KUASA TENTUKAN HARGA PASARAN' - BERI...
- AKTIVITI | MAJLIS RUMAH TERBUKA RAYA AIDILFITRI MA...
- AKTIVITI | DUA SUASANA, SATU UKHUWAH: SAMBUTAN AID...
- AKTIVITI | RUMAH TERBUKA 2026 KK MART - PPIM - 10/...
- AKTIVITI | PERBINCANGAN DUA HALA PPIM–PERKESO BAGI...
- AKTIVITI | JEMPUTAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI ZAIYA...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA K...
- AKTIVITI | MESYUARAT PENGUKUHAN SOCIAL SYNERGY BIL...
- AKTIVITI | BNM ANNUAL DIALOGUE WITH CONSUMER ASSOC...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-45: BERKEBUN DI KEBUN BA...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN MAIWP–PPIM DALAM MENANGANI K...
- AKTIVITI | PERTEMUAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA OC...
- ((LIVE)) : HARGA MINYAK DUNIA MELAMBUNG: RAKYAT PA...
- AKTIVITI | SESI BUAL BICARA TOQQI BERASAMA MALAYSI...
- MTUC, NGO GESA TANGGUH PELAKSANAAN AKTA PEKERJA GI...
- 11 NGO DESAK RUU PEKERJA GIG DITANGGUH, DAKWA TIAD...
- 11 NGO DESAK MORATORIUM AKTA PEKERJA GIG 2025 - SI...
-
▼
April
(23)

