Showing posts with label BECOMING HANNAH. Show all posts
Showing posts with label BECOMING HANNAH. Show all posts

Monday, December 30, 2024

POLIS TERIMA TUJUH LAPORAN POLIS TERHADAP HANNAH YEOH - THE SUN - 28/12/2024

 

KUALA LUMPUR: Polis setakat ini telah menerima tujuh laporan terhadap Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berhubung buku tulisannya bertajuk Becoming Hannah: A Personal Journey.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata semua laporan berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini baru-baru ini.

“Saya sahkan setakat ini IPD Dang Wangi telah terima tujuh laporan polis berkaitan isu melibatkan Hannah Yeoh. Semua laporan itu masih dalam tindakan dan siasatan pihak polis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam beberapa badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membuat laporan polis menggesa siasatan ke atas Ahli Parlimen Segambut itu berhubung sebuah buku yang ditulisnya.

Sebelum ini, Hannah dilaporkan berkata beliau akan membuat laporan polis berhubung penyebaran video dan mesej yang memberi gambaran kononnya beliau berhasrat memurtadkan orang Islam atau menjadikan Malaysia negara Kristian.

Artikel oleh: The Sun

POLIS TERIMA TUJUH LAPORAN POLIS TERHADAP HANNAH YEOH

https://thesun.my/cerita/berita/polis-terima-tujuh-laporan-polis-terhadap-hannah-yeoh-DA13464351

7 LAPORAN POLIS TERHADAP HANNAH YEOH - BERITA HARIAN - 28/12/2024

 

KUALA LUMPUR: Polis menerima tujuh laporan dibuat terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hanna Yeoh yang didakwa berhasrat memurtadkan umat Islam dan mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Kristian.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman, hari ini.

"Saya sahkan setakat ini Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menerima tujuh laporan polis berkaitan isu membabitkan YB Hannah Yeoh.

"Perkara ini dalam tindakan dan siasatan pihak polis," katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Semalam, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tampil membuat laporan polis terhadap Hannah.

Laporan polis dibuat di IPD Dang Wangi dalam usaha mereka menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan buku Hannah Yeoh berjudul 'Becoming Hannah: A Personal Journey' yang disifatkan sebagai bahaya dan mengancam keselamatan negara.

Terdahulu, media melaporkan Ahli Parlimen Segambut itu akan membuat laporan polis berhubung penyebaran mesej dan video yang memberi gambaran kononnya beliau berhasrat untuk memurtadkan orang Islam atau menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian.

Menteri berkenaan dilaporkan berkata, laporan polis berkait mesej dan video berkenaan yang disifatkan berniat jahat itu akan dibuat kerana ia boleh menjejaskan proses rayuannya berhubung kes saman fitnah terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Pada Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah difailkan Hannah terhadap Musa berhubung kenyataan pada satu forum di Universiti Teknologi MARA (UiTM), empat tahun lalu.

Menerusi saman difailkan pada 3 Julai 2020, beliau mendakwa Musa memberi ucapan pada forum 'Wacana Isu Semasa Perjanjian Damai Hat Yai 1989: PKM Menyerah Diri?' dengan mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai diri beliau dan dibuat dengan niat jahat serta mencemarkan nama baiknya.

Kenyataan dipertikaikan itu didakwa menuduh Hannah menulis buku bertajuk 'Becoming Hannah: A Personal Journey' untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian, merosakkan Islam dan negara, serta meletakkan kepentingan peribadinya di atas kepentingan negara.

Kelmarin, Ahli Parlimen Segambut itu dilapor memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnahnya terhadap Musa itu.

Artikel oleh: Berita Harian

7 LAPORAN POLIS TERHADAP HANNAH YEOH

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1342022/7-laporan-polis-terhadap-hannah-yeoh

KDN DIGESA HARAMKAN BUKU BECOMING HANNAH - SINAR HARIAN - 28/12/2024

 

Artikel oleh: Sinar Harian

KDN DIGESA HARAMKAN BUKU BECOMING HANNAH

NEGARA KRISTIAN: KDN DIGESA HARAM BUKU BECOMING HANNAH - HARAKAH DAILY - 27/12/2024

 

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) didesak mengharamkan buku ‘Becoming Hannah’ yang merbahaya dan mengancam keselamatan negara, gesa Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah (Perkid), Masridzi Sat.

Menurutnya, buku terbitan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh itu juga membuktikan beliau terlibat dengan Gerakan Evangelis Zionis dan Yahudi yang mahu menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian.

Ahli Parlimen Segambut itu sendiri dalam bukunya turut mengaku mengajar agama Kristian secara halus di Malaysia sekembalinya ke tanah air selepas tamat pengajian di luar negara.

Hannah dalam buku itu mengakui ia bagi menjalankan peranannya sebagai ‘Ambassador of God’ (duta Tuhan) untuk ‘menyebarkan ajaran tuhannya melalui pejabat politiknya’.

“Saya sebagai rakyat Malaysia dan umat Islam merasa terancam dengan pengakuan dan tindakan Hannah Yeoh kerana melanggar kedaulatan Malaysia sebagai negara Islam.

“(Juga) melanggar peruntukan fasal 3 Perlembagaan Negara iaitu Islam adalah agama Persekutuan, melanggar dan cuba merampas hak kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu sebagai ketua negara.

“Beliau juga telah menyalahgunakan kedudukan sebagai sebagai pemimpin dalam Kerajaan Madani dan boleh mengancam masa depan umat Islam khususnya golongan belia Islam di bawah kementerian beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini.

Menurut Masridzi, demi menjaga kesucian agama Islam, keluhuran perlembagaan, kedaulatan raja-raja Melayu dan masa depan belia Islam, beliau memohon siasatan menyeluruh dan tindakan tegas diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya turut memohon Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim memecat Hannah Yeoh daripada menjadi Menteri kabinet kerana melanggar prinsip dan tatakelola Kerajaan Islam Madani.

“Selain menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai ahli politik dan pemimpin kerajaan dengan melaksanakan agenda Kritianisasi melalui jawatan dalam kabinet,” katanya.

Pada Isnin lalu, media melaporkan Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah yang difailkan Hannah terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung ucapannya dalam satu forum di Universiti Teknologi MARA (UiTM) empat tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Arziah Mohamed Apandi membuat keputusan berkenaan selepas mendapati plaintif gagal membuktikan kenyataan dibuat oleh defendan (Musa) adalah fitnah. – HARAKAHDAILY 27/12/2024

Artikel oleh: Harakah Daily

NEGARA KRISTIAN: KDN DIGESA HARAM BUKU BECOMING HANNAH

https://harakahdaily.net/index.php/2024/12/27/negara-kristian-kdn-digesa-haram-buku-becoming-hannah/

AKTIVITI | NGO-NGO MELAYU ISLAM LAPOR POLIS TERHADAP YB HANNAH YEOH - PPIM - 27/12/2024

Laporan polis terhadap isu saman Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh kepada mantan Ketua Polis, Tan Sri Musa Hassan telah dibuat oleh NGO-NGO Melayu Islam di IPD Dang Wangi.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL