Showing posts with label BANTAHAN AKTA 342. Show all posts
Showing posts with label BANTAHAN AKTA 342. Show all posts

Tuesday, December 10, 2024

MAJLIS SERAHAN MEMORANDUM BANTAHAN PINDAAN AKTA 342 KEPADA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG - PPIM - 12/10/2024

Telah berlangsung, Majlis Serahan Memorandum Bantahan Pindaan Akta 342 Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di hadapan Istana Negara.

Memorandum ini mewakili suara rakyat yang prihatin terhadap implikasi pindaan yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat & Dewan Negara terhadap hak asasi dan kebebasan rakyat Malaysia.

Tuesday, November 12, 2024

AKTIVITI | PPIM BERTEMU KETUA PEMBANGKANG BINCANG ISU RUU 342 - PPIM - 11/11/2024

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama wakil-wakil PPIM mengadakan perjumpaan dengan Dato' Seri Hamzah Zainudin pada hari Isnin, 11 November 2024, untuk menyerahkan surat menyatakan kekecewaan terhadap kelulusan Akta 342.

Perbincangan memberi fokus kepada bantahan rakyat terhadap kelulusan pindaan Akta 342 oleh parlimen baru-baru ini.

Saturday, March 19, 2022

PPIM SOKONG PERDANA MENTERI TOLAK PINDAAN AKTA 342 - KENYATAAN MEDIA PPIM - 19/03/2022

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengucapkan terima kasih dan bangga dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memberi jaminan pindaan Akta 342 tidak akan diteruskan di Parlimen.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menyifatkan langkah itu sebagai bukti komitmen kerajaan pimpinan Perdana Menteri kini benar-benar mengutamakan rakyat.

"Saya amat berterima kasih kepada beliau dan mendoakan kesejahteraan beliau atas usaha yang telah dilakukan ini," katanya.

Nadzim turut memuji langkah kerajaan yang membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

Sebelum ini, PPIM mengumumkan persatuan itu dan lebih sembilan juta orang penyokongnya akan menyokong mana-mana ahli parlimen yang menentang pindaan Akta 342.

"Pindaan Akta 342 adalah akta yang zalim dan tidak membawa kebaikan kepada rakyat dan negara, sesiapa yang menzalimi rakyat kami akan pastikan mereka tidak lagi kembali menjadi pemimpin di negara ini," katanya sebelum ini.

Nadzim menegaskan PPIM menentang sepenuhnya usaha beberapa pihak yang mahu membenarkan pihak luar menentukan hala tuju pentadbiran negara khususnya dalam bidang kesihatan awam.

"Mengapa perlu kita membiarkan orang asing menentukan apa yang terbaik untuk negara sedangkan di Malaysia kita mempunyai ramai pakar dari pelbagai kepakaran yang boleh memberi nasihat dan cadangan kepada kerajaan mengenai kesihatan awam khususnya dalam isu menangani pandemik COVID-19," katanya.

Nadzim berharap kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan terus mempertahankan kedaulatan negara dan menolak campur tangan pihak luar dalam urusan tadbir urus negara ini.

Wednesday, March 2, 2022

PPIM BERSAMA GABUNGAN NGO KEMUKA SEBAB PENOLAKAN PINDAAN AKTA 342 - SINAR HARIAN - 28/02/2022

 

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengemukakan beberapa sebab penolakan pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) antaranya surat persetujuan untuk vaksinasi tidak diberi penjelasan sewajarnya kepada rakyat.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka mendakwa kerajaan melepaskan tanggungjawab yang seharusnya membela nasib rakyat.

“Sebagai contoh, tiada pampasan jika berlaku kematian dan kesan sampingan selepas menerima vaksin Covid-19.

“Selain itu, selepas dua tahun pandemik, kerajaan tidak mampu mengurangkan jumlah kes Covid-19, malah jumlah kematian dengan kes kesan advers susulan imunisasi (AEFI) yang tinggi menggambarkan vaksin berupaya memainkan peranan ‘genocide’,” kata kenyataan itu pada Isnin.

Sebab seterusnya, mereka berkata, rakyat dijanjikan ‘istilah herd immunity’ dengan pengambilan Covid-19 bermula dos pertama, kedua dan kini dos penggalak, namun ia seolah-olah satu tipu daya.

“Semua ini terbukti tidak berupaya untuk bertindak sebagai membantu sistem imun, malah masih terpaksa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sama. Paling malang, mengakibatkan ratusan ribu yang terkesan sampingan yang serius.

“Kerajaan juga menabur janji-janji palsu dengan menguar-uarkan dalam iklan televisyen dan sosial media yang mengatakan vaksin itu selamat. Apabila berlaku kematian dan AEFI, kesannya merangkumi perpecahan keharmonian keluarga.

“Rakyat kini sedia maklum yang keseluruhan program vaksin selama dua tahun ini merupakan ‘eksperimental vaksin ke atas manusia’. Ia satu jenayah, perbuatan yang tidak beretika dan melanggar prinsip etika perubatan serta kemanusiaan,” katanya mereka.


Artikel oleh: Sinar Harian

https://www.sinarharian.com.my/article/190214/KHAS/Covid-19/PPIM-bersama-gabungan-NGO-kemuka-sebab-penolakan-pindaan-Akta-342

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL