Tuesday, January 7, 2025

JUAL RUMAH KELUARGA UNTUK LANGSAI HUTANG JUDI DALAM TALIAN - HARIAN METRO - 07/01/2025

 

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bimbang semakin ramai orang Melayu yang terjebak dalam perangkap judi secara atas talian.

Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, aktiviti tidak bermoral itu menunjukkan peningkatan mendadak apabila sindiket kini menggunakan individu tertentu sebagai wajah promosi perniagaan judi mereka di platform media sosial.

Taktik itu, katanya, disifatkan biadab apabila sindiket memanfaatkan sentimen tekanan kewangan atau masalah ekonomi untuk menarik mangsa khususnya orang Melayu.

"Sindiket judi dalam talian menggunakan janji manis seperti menyelesaikan masalah kewangan atau membantu ahli keluarga yang sakit untuk memperdaya mangsa.

"Mereka menjanjikan keuntungan mudah dan pantas, kononnya boleh menyelesaikan segala masalah hidup. Malangnya, ramai yang terjebak tanpa sedar bahawa ini adalah perangkap," katanya.

Beliau berkata, individu yang terbelenggu dengan ketagihan judi bukan sahaja meruntuhkan kehidupan sendiri, malah ahli keluarga turut terpalit selain boleh menjadi 'barah' jika tidak ditangani segera.

Memberikan contoh kes, katanya, PPIM menerima aduan individu yang sanggup meminjam wang daripada Along malah ada tergamak menjual rumah keluarga semata-mata untuk melangsaikan hutang judi dalam talian.

"Ada ibu bapa datang kepada kami meminta bantuan kerana anak mereka berhutang akibat ketagihan judi. Akhirnya, mereka terpaksa menjual rumah untuk membayar hutang itu. Ini contoh situasi yang sangat membimbangkan.

"Walaupun pihak berkuasa dilaporkan sudah menyekat lebih 25,000 laman web judi dalam talian, sindiket terus menggunakan pelbagai platform untuk meneruskan operasi.

"Sindiket memanfaatkan media sosial dan turut menggunakan aplikasi komunikasi untuk mengiklankan perkhidmatan mereka," katanya.

Menurutnya, aktiviti judi secara atas talian sangat mudah diakses dan sindiket didakwa ada menyediakan modal permulaan untuk menarik lebih ramai pemain.

Katanya, masalah ini memerlukan tindakan tegas daripada semua pihak termasuk pihak berkuasa untuk menjadikannya satu kesalahan yang serius dan berat.

Beliau juga menyarankan kempen kesedaran yang berterusan dijalankan di samping memperkenalkan hukuman lebih berat untuk mengurangkan seterusnya menghapuskan kegiatan haram itu.

"Selagi judi dalam talian tidak dijadikan kesalahan serius di sisi undang-undang, ia akan terus berkembang. Kita perlu bersatu untuk menjadikan ini satu isu nasional yang memerlukan perhatian semua pihak.

"Walaupun PPIM bercadang untuk melancarkan kempen kesedaran, kami mengakui berhadapan kekangan sumber.

"Justeru, kami memerlukan kerjasama dengan pihak berkaitan termasuk polis untuk memastikan usaha membanteras judi dalam talian berjaya. Insya-Allah, dengan kerjasama semua pihak, kita mampu menangani masalah ini," katanya.

Katanya, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa judi dalam talian kini menjadi cabaran besar yang memerlukan tindakan segera secara bersama untuk melindungi masyarakat daripada terus terjerat dalam perangkap memusnahkan.

Artikel oleh: Harian Metro

JUAL RUMAH KELUARGA UNTUK LANGSAI HUTANG JUDI DALAM TALIAN

https://www.hmetro.com.my/utama/2025/01/1173729/jual-rumah-keluarga-untuk-langsai-hutang-judi-dalam-talian

Monday, January 6, 2025

20250104 S'TARIAT KEDAULATAN AGAMA NEGARA (SKAN) TERBUKA KEPADA SEMUA YANG BERGERAK DILUAR PARTI POLITIK - MINAQ JINGGO - 06/01/2025

 

20240104 Sekretariat Kedaulatan Agama Negara (SKAN).

Gabungan NGO² Melayu Islam hari ini menubuhkan SKAN untuk memberi ruang kepada penglibatan lebih banyak NGO Melayu Islam yang tidak terikat dengan sebarang parti politik, untuk turut serta dalam mempertahankan agama Islam dari ancaman kepada akidah, syari'ah, moral dan akhlak.

Serangan bertali arus dari dalam dan luar negara dari budaya² yang dibawa masuk oleh pihak Yahudi dan Nasara tidak boleh dipandang begitu saja kerana ancaman nya sangat besar .

#sekretariatkedaulatanagamanegara #skan #perkid #masridzisat #ancamankepadaislam #yahudidannasara #gerakanevangelis #islamaagamakami #islamagamapersekutuan

Sumber: minaq jinggo

20250104 S'TARIAT KEDAULATAN AGAMA NEGARA (SKAN) TERBUKA KEPADA SEMUA YANG BERGERAK DILUAR PARTI POLITIK

https://www.youtube.com/watch?v=ysaT7l5Z1Ok

AKTIVITI | PERJUMPAAN TERTUTUP SEKRETARIAT KEDAULATAN AGAMA NEGARA - PPIM - 04/01/2025

4 Januari 2025 - Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri mesyuarat penubuhan Sekretariat Kedaulatan Agama Negara (SKAN), iaitu gabungan NGO-NGO Islam bagi membela dan mempertahankan isu-isu ancaman serta gangguan terhadap agama Islam dalam negara kita.

Dengan tertubuhnya sekretariat ini, gerak kerja amar makruf nahi munkar dapat dilaksanakan dengan tersusun dan bersepadu.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL